Sunday, 6 June 2021

Hebatkah Pemain Naturalisasi atau Kacukan Untuk Malaysia???

Pemain Naturalisasi dan Kacukan harapan mereka..


Setelah tewas 4-0 dengan UAE, pelbagai andaian dibuat terhadap pemain naturalisasi negara. Mungkin peminat bola sepak Malaysia lupa dalam pusingan pertama kelayakan piala Asia dan Piala Dunia, pemain naturalisasi atau kacukan jadi pemain yang hebat. Sampai nak kena cari pemain naturalisasi baru lepas tu. Masalah pemain kacukan atau naturalisasi yang kita ambil kebanyakkan dah berusia. Depa pun dah terbiasa dengan situasi pemain Malaysia. Habih..dah dok makan nasi kandaq, roti canai nasi lemak, laksa, lontong bagai. Tentu corak permainan pun jadi serupa pemain Malaysia. Tak salah pun kalau nak ambik player luar. Kalau boleh cari player muda la sikit, yang rajin ligan bola, yang ada semangat. Ni sebab de paula malaihh...habih hat lain kena getah. 

Kumpulan Asia..harap salah satu pasukan Asia Tenggara Layak ke Piala Dunia


Mungkin dengan Vietnam dan Thailand boleh menang tapi untuk lawan team Asia lain sangat susah lah. Tak apa, mohon ramai pemain yang ada kat luar negara intai-intailah negara mak ayah hangpa. Persatuan bola sepak Malaysia dok cari hangpa semua la ni. Manakala pemain tempatan intai-intailah kelab hebat di luar negara. Kot-kot boleh kaya dapat main dengan Liverpool dak pun kelab Tahiland. Sembang pasai bola ni dari tahun 70an sampai ke la ni tak kesudah ke piala dunia. harap salah satu pasukan asia tenggara dapat layak ke Piala Dunia, baru ada sparring yang kuat. Baru orang nampak Asia Tenggara ada pasukan yang hebat...tak gitu. Layan sajalah.....


Friday, 17 April 2020

Manchester United Masih Berdegil Ingin Merekrut Jack Grealish

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah membuat keputusan mengenai perpindahan Jack Grealish dari Aston Villa. Walaupun kapten Villa telah melanggar peraturan pengasingan, keinginan MU untuk mendapatkan tandatangannya tidak reda.

Ole Gunnar Solskjaer




Sebelum ini, Grealish bertindak. Dia melanggar peraturan pengasingan, menghadiri pesta itu hanya beberapa jam setelah dia mengundang peminat untuk tinggal di rumah untuk menekan penyebaran virus korona atau Covid-19.


Walaupun terdapat kecurigaan kuat bahawa Grealish tidak berdisiplin dengan peraturan pengasingan, Solskjaer masih mahu membawa orang Inggeris berusia 24 tahun itu ke Old Trafford.


Pasukan The Red Devils sebelumnya dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah kelahiran Birmingham, 10 September 1995. Solskjaer juga meminta Timbalan Ketua Eksekutif Ed Woodward untuk menanyakan mengenai Grealish pada musim panas dan pada jendela perpindahan Januari.


Tetapi usaha Man United tidak akan mudah. Kerana, Aston Villa nampaknya enggan melepaskan kapten pasukannya. Tetapi masa depan Grealish di kelab Birmingham tidak dapat dipastikan, sama ada mereka dapat mengelakkan penyingkiran dari Liga Perdana atau tidak.


Seperti yang dilaporkan oleh ESPN, Solskjaer kagum dengan kualiti kepemimpinan Grealish dan membuka peluang untuk membawanya ke United.


Grealish memulakan karier bola sepaknya dengan bergabung dengan akademi Aston Villa sejak dia baru berusia enam tahun. Dia kemudian bergabung dengan pasukan pertama pada tahun 2012. Setelah dipinjamkan di Notts County untuk musim 2013-2014, dia kemudian kembali untuk memperkuat Villa.


Aston Villa, yang menandatangani kontrak dengan Grealish hingga 2023, mungkin akan meminta wang tebusan sekurang-kurangnya 60 juta pound atau Rp 1,1 trilion jika MU ingin membawanya dari Villa Park ke Old Trafford.

Tuesday, 29 July 2014

Nicol David Raih Pingat Emas Kedua


Glasgow: Ratu skuasy negara, Nicol David menghadiahkan pingat emas kedua negara apabila menewaskan Laura Massaro dari England 12-10,11-2, 11-5 pada perlawanan akhir, sebentar tadi.
Kejayaan Nicol itu mempertahankan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu di New Delhi, India.

Wednesday, 16 July 2014

Messi Tidak Layak Kata Maradona


Pemain legenda Argentina, Diego Maradona dengan lantang menilai  Lionel Messi tidak layak meraih gelaran Pemain Terbaik Piala Dunia 2014.

Jelasnya, pemilihan bintang Barcelona itu hanya bertujuan pemasaran semata-mata dan bukannya impak yang ditunjukkan oleh Messi dalam kempen Piala Dunia kali ini.

“Saya boleh beli 'syurga dan bumi' kepada Messi tetapi apabila ada individu yang terlibat dengan pemasaran mahukan dia merangkul anugerah tersebut sedangkan dia tidak layak, ia tidak adil,” katanya.

Messi dipilih sebagai pemain terbaik keseluruhan walaupun pasukannya tewas tipis 0-1 di tangan Jerman, kelmarin.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menilai Messi wajar dianugerahkan trofi Bola Emas hasil daripada pimpinan cemerlang penyerang licik itu sehingga membolehkan Argentina melangkah ke pentas final.

Messi meledakkan empat jaringan di peringkat kumpulan namun, kehilangan bisa di peringkat kalah mati sehingga di pentas final.

“Saya dapat lihat Messi juga tidak mahukan anugerah tersebut dan tidak mahu mengambil trofi itu,” kata Maradona yang pernah meraih gelaran sama pada Piala Dunia 1986.

Thursday, 7 November 2013

Ronaldo Atasi Rekod Messi


Penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo memadam rekod jaringan terbanyak Lionel Messi dalam kempen Liga Juara-Juara apabila mengumpul 14 gol dalam satu musim.

Sebelum ini, Messi yang beraksi buat Barcelona meledak 13 gol pada kempen 2012. Awal pagi semalam, bintang Portugal itu menyinar apabila menyumbat satu gol ketika Real mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Juventus di Turin.

"Saya sangat gembira. Ini detik terbaik dalam karier bola sepak saya," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Wednesday, 6 November 2013

Chicharito Akan Tinggalkan Manchester United



PENYERANG Manchester United, Javier Chicharito Hernandez kecewa apabila kerap disisihkan dari kesebelasan utama.

Malah dia sudah bersedia angkat kaki meninggalkan Old Trafford.

Sumber tersebut diperolehi dari akaun Twitter  rakan baik Chicharito, Meksiko Carlos Vela mendakwa pemain dari Mexico itu akan mempertimbangkan untuk meninggalkan The Red Devils sekiranya tiada tempat dalam pasukan itu.

Vela yang juga penyerang Real Sociedad berkata, dia tidak faham mengapa pemain sebaik Chicharito tiada tempat dalam pasukan sedangkan dia mempunyai kualiti dan naluri 'pembunuh' yang baik ketika bermain.

"Saya berharap dia akan diberi peluang untuk lebih banyak bermain kerana beliau adalah salah satu 'finisher' terbaik di Liga Inggeris.

"Jika tidak, banyak kelab-kelab ternama dan besar mahu mendapatkan Chicharito ketika ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Friday, 1 November 2013

Kapten Kelantan , Badhri Radzi Terima Ancaman Bunuh


Badhri Radzi terima ancaman bunuh lagi. Ini merupakan kali ke dua beliau menerima ancaman sebegini. Sebelum ini diancam bunuh semasa bertemu JDT. Dan ini kali ke dua menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia Ahad ini. Apakah peminat di Malaysia sangat bodoh atau bangang, taksub atau marah teramat sangat kerana pemain bermain dengan baik. Maksudnya mentaliti penonton Malaysia masih sangat teruk. Tidak kiralah beliau daripada pasukan mana sekalipun, jika beliau bermain bola dengan baik, menunjukkan sikap yang baik, itulah pemain yang kita harus sokong. Ugutan bunuh yang diterimanya melalui laman face book menggunakan nama Elman Ganu. Sedap menggunakan nama Ganu disitu menunjukkan jiran negeri Kelantan sendiri. Adakah ini benar?

Baca seterusnya....Badhri seorang yang..  
 
Final Piala Malaysia2013
Penulis pilih Kelantan 2-Pahang 1 . Hanya ramalan. Mana yang menang tahniah diucapkan.

Tuesday, 8 October 2013

Mat Yo Tidak Sengaja Disiku Indra Putra


 Kota Bharu: Penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuka mulut apabila menafikan sengaja menyiku muka Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sehingga menyebabkan pemain Johor Darul Takzim (DT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan.

Sambil menyatakan dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu, Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah.


“Saya tidak melakukan apa-apa (kekasaran) terhadap Mat Yo. Ketika itu, berlaku perebutan bola 50-50 antara saya dengannya. Lagipun, perkara itu berlaku betul-betul di depan pengadil dan juga penjaga garisan. Seandainya saya melakukan kekasaran itu secara sengaja atau mempunyai niat jahat terhadap Mat Yo, tentu saya akan dikenakan tindakan tegas oleh pengadil, termasuk dilayangkan kad merah.


“Malah, Mat Yo atau pemain Johor DT lain akan ‘terkam’ saya jika sengaja melakukan kekasaran itu. Tapi mereka tidak berbuat sedemikian kerana melihat secara jelas bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya yang menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

 Harian Metro semalam melaporkan Indra bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu lalu.

Sumber: Harian Metro

Saturday, 14 September 2013

Malaysia Juarai Pestabola Merdeka Ke-41



 


Pasukan negara, Harimau Muda A menjuari kejohanan Pestabola Merdeka ke-41 setelah menewaskan Myanmar 2-0 di Kuantan, malam ini. Permainan yang agak perlahan pada awalnya menjadi semakin panas apabila Myanmar bermain pantas untuk menyamakan kedudukan. Walaubagaimanapun, kesilapan pertahanan Myanmar membawa padah apabila Junior dapat menyambar bola muntah daripada pertahanan Myanmar lalu menjaringkan gol kedua dalam masa kecederaan. Apa pun tahniah buat pasukan Harimau Muda. teruskan seperti ini apabila menjadi Harimau Dewasa nanti.

Berikut adalah ringkasan mengenai perlawanan.

Pemain Terbaik Pestabola Merdeka 2013: Wan Zack Haikal Wan Nor (Malaysia)

Penjaring Terbanyak Pestabola Merdeka 2013: Rozaimi Rahman - 3 gol (Malaysia)

Thursday, 29 August 2013

Kalah Kepada Sime Darby , Irfan Bakti Letak Jawatan



Kekalahan demi kekalahan yang menimpa skuad Selangor menyebabkan jurulatih utamanya Irfan Bakti mahu melepaskan jawatan. Beliau mungkin kecewa dengan prestasi hambar skuad Selangor. Memang diakui bahawa skuad Selangor merupakan skuad yang dibarisi pemain yang hebat. Jika tidak, masakan mereka dapat menandingi pasukan lain dalam liga super. Mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam skuad Selangor. Penulis orang Kedah dan pastinya menyokong skuad Kedah walaupun turun liga dan prestasi hambar. Begitupun Selangor merupakan negeri mula-mula penulis menjadi kakitangan awam. Justeru, ramai anak didik penulis berada di Selangor. Makanya, penulis suka skuad Selangor berubah ke arah kemenangan. Masih ada ruang untuk mereka bernafas. Walaupun peluang ke pusingan seterusnya sudah tipis atau sudah tertutup, namun sebagai pemain profesional, pemain Selangor perlu mencari mata agar penyokong kuat anda tidak lagi terus membuat protes.

Kenyataan Irfan Bakti letak jawatan ekoran kekalahan Skuad Selangor kepada Sime Darby:

KUALA LUMPUR - Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad Gergasi Merah.

Difahamkan, punca utama Irfan membuat keputusan mengejut itu ekoran prestasi hambar skuad kendaliannya dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.

Kemuncak rasa kecewa Irfan sukar dibendung lagi apabila Gergasi Merah tumbang di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby apabila tewas 0-3 di Stadium Majlis Per bandaran Selayang malam semalam. - KOSMO!

Wednesday, 21 August 2013

Jurulatih Penjaga Gol Tunjuk Kemaluan Kerana Tidak Puas Hati



Bekas jurulatih penjaga gol kebangsaan Indonesia memohon maaf kerana keterlanjuran beliau menunjukkan kemaluan setelah tidak berpuas hati dengan petugas perlawanan bola sepak. Kekecewaan beliau dalam perlawanan tersebut membuatkanya hilang pertimbangan. Apa pun beliau telah memohon maaf .

Artikel bekas jurulatih penjaga gol tunjuk kemaluan:

JAKARTA, KOMPAS.com - Jurulatih penjaga gol PS Bangka, Hermansyah, secara terbuka meminta maaf, khususnya kepada masyarakat Bangka Belitung dan pencinta bola sepak Indonesia pada umumnya.

Hermansyah tertangkap kamera wartawan menunjukkan kemaluannya ketika terjadi cekcok antara dirinya dan salah seorang panitia pelaksana pertandingan PSIS Semarang melawan PS Bangka di Stadium Jatidiri Semarang, Senin (19/8/2013).

Menurut Hermansyah, hal tersebut terjadi akibat pengumpulan kekecewaan. Pasalnya, dalam kejadian tersebut, mulai dari penonton, pengadil, hingga panpel memperolok PS Bangka. Namun, terlepas dari hal tersebut, dia menyedari perbuatan yang ia lakukan adalah contoh buruk dan berharap tidak ditiru.

"Saya peribadi menyedari kesalahan yang saya lakukan dan merupakan contoh buruk, tetapi semua itu kerana sangat kecewa PS Bangka dikerjai melewati batas," kata Hermansyah.


 

Lin Dan Perlekeh BWF


Setelah kemenanganya dalam perlawanan akhir kejohanan badminton dunia baru-baru ini dilanda kontroversi, Lin Dan tidak menyalahkan Chong Wei. Beliau menyalahkan BWF dia atas apa yang berlaku. Walaupun demikian, beliau tetap menempelak Chong Wei kerana masalah pendingin hawa bukanlah masalah besar kepada pemain yang hebat. Lin Dan tetap perlekehkan badan induk tersebut yang dianggap tidak layak kerana mereka bukan pemain badminton.


Artikel berkaitan Lin Dan tempelak BWF

Bintang badminton China, Lin Dan menempelak badan induk badminton dunia selepas gelaran juara dunia kelima yang dimenanginya baru-baru ini dihimpit kontroversi yang berlaku setahun selepas skandal di Olimpik London.

Dalam satu temubual, “Super Dan” mempersoalkan sama ada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) faham dengan kehendak serta keperluan pemain selepas badan induk dunia itu menyiasat dakwaan kerosakan pendingin hawa ketika perlawanan akhir membolehkan dia menang ke atas pemain nombor satu, Datuk Lee Chong Wei.

Dan bintang berusia 29 tahun itu turut me­ngaitkan BWF dengan episod memalukan ketika Olimpik tahun lalu yang menyaksikan lapan pemain termasuk dua dari China, dibatalkan penyertaan masing-masing selepas dikatakan sengaja kalah kepada lawan.


Ketika perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan dunia di Guangzhou, pendingin hawa stadium berkenaan dimatikan pada permulaan set kedua dan secara kebetulan, Lin Dan muncul pemenang pada set berkenaan. 


Lin Dan yang tewas pada set pertama, menang set kedua untuk mengikat kedudukan dan ketika suhu semakin memuncak di set penentuan, Chong Wei terpaksa menarik diri akibat kekejangan paha di hujung permainan. 


Jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock menyalahkan kegagalan pendingin hawa untuk berfungsi sebagai punca yang mengakibat­kan anak buahnya me­ngalami kekejangan otot dan beliau menambah pemainnya tidak boleh bernafas dengan baik dalam keadaan sebegitu. Pegawai perlawanan menafikan mereka mematikan alat pendingin hawa berkenaan.


Tetapi Lin Dan berkata, kedua-dua pemain berdepan suasana sama dan berkata senario berkenaan boleh membantu mening­katkan tahap permainan masing-masing.


“Pertama­nya, anda tidak boleh menanyakan soalan itu kepada saya kerana ketika saya berada di gelanggang, saya tidak hiraukan apa saja yang berlaku di sekeliling,” kata Lin Dan.


“Keduanya, saya rasa keadaan kami adalah seimbang. Ketiga dan yang paling penting, jika pendingin hawa di matikan, saya harap ia benar-benar dimatikan kerana ia akan meningkatkan tahap permainan terbaik seseorang pemain itu.”


Dia menambah: “Ramai orang termasuk yang berada dalam BWF sendiri, tidak faham apakah masalah utama badminton dan apa yang sukan itu perlukan kerana sebahagian besar pegawai bukanlah pemain.Baca seterusnya......

Monday, 12 August 2013

Wan Zack Hanya Tercuit Kaki Fabregas

Perkara Biasa Dalam Bola Sepak
 Penulis memuji sikap WanZack walupun ramai yang mengatakan dia tidak sepatutnya berbuat begitu. Jika anda seorang pemain bola sepak, sudah tentu perkara itu sangat biasa. Namun kegoaan Fabregas yang menganggap dirinya sangat hebat dalam bola sepak menyebabkan dirinya boleh berbuat apa sahaja. Terdapat pemain yang lagi hebat daripadanya diterjah, namun mereka bersikap profesional kerana ini adalah bola sepak. Tahniah kepada Wan Zack Haikal, walaupun anda pemain yang menerima gaji seribu kali ganda kurangnya dari Fabregas, anda berani dan tidak mudah tunduk kepada pemain yang hebat kononya.

Kenyataan Wan Zack tentang beliau hanya tercuit sedikit sahaja kaki Fabregas.

 
ADA satu lagi cerita menarik di sebalik persembahan positif skuad Harimau Malaya meskipun tewas 1-3 kepada Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.

Sudah tentu peminat-peminat tidak dapat melupakan insiden tegang antara pemain tengah skuad The Catalan, Cesc Fabregas dan pemain sayap FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi tersebut.
Keberanian anak kelahiran Maran, Pahang itu bertikam lidah dengan pemain bertaraf dunia itu kini menjadi topik utama perbualan hangat peminat-peminat bola sepak tempatan termasuk menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memuji semangat juang Wan Zack.

Begitupun, situasi itu terkawal apabila Fabregas ditenangkan oleh rakan sepasukan, Neymar dan perlawanan diteruskan seperti biasa. Mengulas lanjut, pemain berusia 22 tahun itu memberitahu, dia tidak menduga bekas pemain Arsenal itu cuba menyerangnya selepas melakukan terjahan. 

"Situasi ketika itu, saya sedang merebut bola dengan dia (Fabregas). Benar, dia berjaya memegang bola tetapi saya hanya 'tercuit' sedikit sahaja kakinya. "Tiba-tiba dia meluru ke arah saya dan sudah tentu saya perlu mempertahankan diri tetapi saya bersyukur kerana tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku kerana perlawanan diteruskan seperti biasa. 

"Ia bukan satu tindakan yang boleh dibanggakan (bergaduh dengan Fabregas) kerana bola sepak memupuk semangat setiakawan dan saya berharap insiden ini tidak akan berulang pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya di Jepun pada 23 Julai lalu, Wan Zack akan pulang ke Okinawa hari ini sebelum menyertai skuad Harimau Muda untuk aksi Pesta Bola Merdeka di Kuantan, Pahang bulan depan.

Friday, 9 August 2013

Lee Chong Wei Singkirkan Tommy


Itulah tajuk yang dinyatakan dalam akhbar Kompas.Com. Penulis sendiri melihat kejayaan Datuk Lee Chong Wei menyingkirkan Tommy Sugiarto daripada Indonesia. Kejayaan Chong Wei sangat mudah dan bolehlah dikatakan bahawa kemenangan ini adalah yang paling mudah bagi beliau. Namun, menanti di Separuh akhir merupakan pemain China yang sedang meningkat naik. Peng Yu dikatakan akan bertemu Chong Wei pada separuh akhir nanti. Justeru, kita sebagai peminat dan rakyat Malaysia mengharapkan Chong Wei dapat menjuarai kejohanan dunia kali ini.

Kenyataan akhbar kompas.com mengenai Chong Wei singkirkan Tommy

GUANGZHOU, KOMPAS.com - Lee Chong Wei terlalu tangguh bagi Tommy Sugiarto. Pebulu tangkis Malaysia tersebut, menang mudah atas Tommy, 21-6 21-9, dalam 30 menit, di babak perempat final BWF World Championships atau Kejuaraan Dunia 2013, di Tian-He Indoor Gymnasium, Guangzhou, China, Jumat (9/8/2013).


Sejak awal, pertandingan berlangsung tidak seimbang. Lee dengan cepat menguasai pertandingan dan terus menyerang Tommy. Dengan mudah, unggulan pertama tersebut meraih kemenangan 21-6.


Di awal game kedua, Tommy tampil lebih baik dan berhasil unggul 7-5. Tapi perlawanan anak pebulu tangkis Icuk Sugiarto tersebut hanya sampai di situ. Lee kembali menjauh dan akhirnya menutup game kedua dengan 21-9.


Hasil ini memastikan Indonesia tak lagi memiliki wakil di turnggal putra.


Sementara Lee akan maju ke semifinal untuk menghadapi unggulan ketiga asal China, Du Pengyu. Lee pun semakin dekat dengan gelar juara dunia yang telah lama diincarnya. 

Tahniah! Datuk Lee Chong Wei.

Tuesday, 6 August 2013

Gaji Christiano Ronaldo Bakal Mengatasi Gaji Lionel Messi


Khabar angin di Sepanyol bertiup kencang mengatakan bahawa gaji penyerang Real Madrid akan mengatasi gaji Lionel Messi. Ketika ini, gaji pemain Barcelona adalah yang tertinggi di La Liga.Ronaldo bakal memperolehi 17  juta euro dan lebih 1 juta uero daripada Messi. 

Kenyataan akhbar Kompas.com mengenai gaji Ronaldo bakal tertinggi di La Liga

Media Sepanyol yang beribu pejabat di Madrid, Marca, melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo sudah sepakat menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid. Akan tetapi, kabar ini belum mendapat pengesahan daripada pemain dengan sebutan CR7 tersebut.

Surat kabar itu mendakwa Presiden Florentino Perez sudah duduk bersama pemain asal Portugal tersebut saat Madrid melakukan tur pramusim di Amerika Syarikat. Mereka membicarakan kemas kini kontrak yang akan membuat bekas pemain Manchester United itu berada di Santiago Bernabeu hingga tahun 2018.

Jika benar, maka Ronaldo akan menjadi pemain dengan gaji tertinggi di La Liga kerana penghasilannya akan mencapai 17 juta euro per musim setelah dipotong cukai untuk lima tahun ke depan. Itu artinya, gaji Ronaldo lebih banyak 1 juta euro dari apa yang diterima Lionel Messi dari Barcelona, dan dia pun memastikan diri akan menghabiskan karier bersama Los Blancos.
 

Setakat ini, Ronaldo berhak atas 60 peratus hak gambar dirinya, dan selebihnya 40 peratus untuk Madrid. Tetapi, dengan kontrak baru nanti, Ronaldo akan menerima lebih besar lagi dari peratusan hak gambarnya.

Beberapa sumber yang dekat dengan Perez dan Ronaldo mengatakan "jelas bahawa saat ini sudah ada pemahaman yang lebih baik lagi di antara mereka", dengan sang pemain sendiri menyedari bahawa dirinya jauh dihargai oleh orang di kelab.
 

Diyakini, Madrid akan mengeluarkan pengumuman secara rasmi mengenai perjanjian tersebut sebelum laga perdana La Liga musim baru pada 17 Ogos akan datang. Mereka pun berharap bintang Tottenham Hotspur yang menjadi incarannya, Gareth Bale, sudah boleh menyertai.
 

Keyakinan bahawa Ronaldo berlangsung di Madrid kerana agennya, Jorge Mendes, mampu meyakinkan pelanggannya tersebut bahawa dia takkan dapat mencari kelab yang lebih baik lagi di dunia selain bermain untuk Madrid.

Saturday, 20 July 2013

Sebab Jersi Dia Didenda


Sanggup Menolak Jersi Tajaan Amalkan Riba
Sebagai seorang pemain bola sepak yang profesional , beliau sepatutnya menurut apa sahaja kehendak kelab. Namun bukan bagi pemain profesional beragama Islam ini. Beliau sanggup didenda kerana enggan memakai jersi yang ditaja oleh syarikat pinjaman yang mengenakan bunga yang tinggi. Lihatlah betapa pemain Senegal ini sangat mematuhi kepada ajaran Islam agar tidak mengamalkan riba dalam perniagaan. Kesanggupan beliau berbuat demikian menunjukkan pemain bola sepak dalam liga perdana Inggeris yang beragama Islam sangat menjaga kepercayaan agama mereka.


Menurut sebuah akhbar tabloid Britain, isu berkenaan bermula apabila empat pemain Newcastle United dikatakan akan memboikot memakai jersi tajaan Wonga.Com kerana menjalankan perniagaan bertentangan dengan syariat Islam. Baca seterusnya di sini.

Sebenarnya ramai lagi pemain profeional di dalam Liga Premier Inggeris dan La Liga Sepnyol yang pemain mereka beragama Islam. Terdapat kelab-kelab yang dapat menghormati agama pemain bola sepak tersebut.Namun begitu, sesetengah masyarakat di negara kita tidak menghormati kepercayaan agama bangsa lain. Mereka sanggup mencetuskan kemarahan umat Islam dengan mempersendakan kepercayaan umat Islam. Justeru, kebanyakan pemilik kelab bola sepak terkenal dunia tahu menghormati kepercayaan pemainya. Persoalanya di sini, mengapakah sesetengah orang sanggup memalukan diri sendiri dengan mempersendakan agama orang lain.

Thursday, 12 April 2012

RANKING MALAYSIA 156 TERBAIK


Inilah ranking terbaru dan terburuk buat Malaysia dalam permainan bola sepak iaitu sukan nombor satu di Malaysia.

Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.

Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.

Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.

Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu.

Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia pada tangga ke-21. Baca sini...

Wednesday, 11 April 2012

FA INGGERIS MOHON MAAF , FA KITA?


KETUA pengadil, Mike Riley memohon maaf kepada Roberto Martinez selepas mengakui kesilapan di pihak penjaga garisan, Dave Bryan ketika pertemuan Wigan Athletic menentang Chelsea, Sabtu lalu.

Martinez yang menerima permohonan maaf Riley berkata, pihak FA menerima teguran yang dibuat dan telah mengakui kesilapan tersebut.

"Riley mengakui tahap pengadilan dalam Liga perlu ditingkatkan lagi dan berharap saya tidak terkilan dengan keputusan yang telah dibuat itu," katanya.

Pihak FA turut mengesahkan pengurus Sepanyol itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar terhadap Bryan ketika kelabya tewas di tangan Chelsea 1-2 dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam perlawanan tersebut, pengurus Wigan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan penjaga garisan yang memberi pasukan Chelsea menjaringkan gol walaupun berada dalam keadaan ofsaid.

Martines yang akur dengan kekalahan Wigan bagaimanapun kecewa dengan tindakan Bryan, yang menganggap keputusan itu tidak adil ke atas kelabnya.

Wigan yang kini berada di kedudukan kedua terbawah liga mengutip 28 mata hasil 32 perlawanan setakat ini, merasakan terlalu banyak ketidakadilan yang menyebabkan kelab itu sering mengalami kekalahan pada musim ini.

Wigan akan bertemu Manchester United dalam perlawanan ke-33 awal pagi esok.

Friday, 6 April 2012

ULTRAS KELANTAN RANCANG PERHIMPUNAN AMAN


Penyokong bola sepak Kelantan merancang mengadakan perhimpunan aman setelah Tan Sri Anuar Musa digantung FAM 2 tahun setengah. Mereka berpendapat, tindakan FAM tidak tepat kerana Tan Sri Anuar hanya memberi komen yang membina dan bukan menuju kepada individu. Jurucakap ultras Kelantan berkata;“Komen yang dinyatakan beliau adalah membina dan bukannya memburukkan sesebuah pasukan mahupun individu, kami semua terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya.

“Ultras Kelantan akan tetap memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bagi kerana kita menyokong apa yang betul dan begitu juga sebaliknya,” katanya. Baca lagi...

Wednesday, 4 April 2012

AKHIRNYA DIGANTUNG ?


Memang orang ramai dapat membuat ramalan bahawa Tan Sri Anuar Musa akan digantung seperti Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM. Nampaknya hukuman FAM lebih keras daripada hukuman tarian tiang yang hanya mengenakan RM25 sahaja. Apa pun kita tidak tahu situasi yang menyebabkan Tan Sri Anuar digantung. Baca lagi


P/S : Majulah sukan untuk negara. Tegaslah undang-undang seperti FAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online