KETUA pengadil, Mike Riley memohon maaf kepada Roberto Martinez selepas mengakui kesilapan di pihak penjaga garisan, Dave Bryan ketika pertemuan Wigan Athletic menentang Chelsea, Sabtu lalu.
Martinez yang menerima permohonan maaf Riley berkata, pihak FA menerima teguran yang dibuat dan telah mengakui kesilapan tersebut.
"Riley mengakui tahap pengadilan dalam Liga perlu ditingkatkan lagi dan berharap saya tidak terkilan dengan keputusan yang telah dibuat itu," katanya.
Pihak FA turut mengesahkan pengurus Sepanyol itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar terhadap Bryan ketika kelabya tewas di tangan Chelsea 1-2 dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam perlawanan tersebut, pengurus Wigan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan penjaga garisan yang memberi pasukan Chelsea menjaringkan gol walaupun berada dalam keadaan ofsaid.
Martines yang akur dengan kekalahan Wigan bagaimanapun kecewa dengan tindakan Bryan, yang menganggap keputusan itu tidak adil ke atas kelabnya.
Wigan yang kini berada di kedudukan kedua terbawah liga mengutip 28 mata hasil 32 perlawanan setakat ini, merasakan terlalu banyak ketidakadilan yang menyebabkan kelab itu sering mengalami kekalahan pada musim ini.
Wigan akan bertemu Manchester United dalam perlawanan ke-33 awal pagi esok.
0 Comments:
Post a Comment