Sambil menyatakan dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu, Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah.
“Malah, Mat Yo atau pemain Johor DT lain akan ‘terkam’ saya jika sengaja melakukan kekasaran itu. Tapi mereka tidak berbuat sedemikian kerana melihat secara jelas bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya yang menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
Harian Metro semalam melaporkan Indra bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu lalu.
Sumber: Harian Metro
2 Comments:
Xsengaja tp sebelah kanan gengam penumbuk mcm nk tomoi. .xperla allah swt lbh tau main bola pun kena professional ikot hati mati
Hahahaha..itulah pemain bola sepak...kena bijak...kalau hati busuk...itulah jadinya.
Post a Comment