Pemain Naturalisasi dan Kacukan harapan mereka.. |
Setelah tewas 4-0 dengan UAE, pelbagai andaian dibuat terhadap pemain naturalisasi negara. Mungkin peminat bola sepak Malaysia lupa dalam pusingan pertama kelayakan piala Asia dan Piala Dunia, pemain naturalisasi atau kacukan jadi pemain yang hebat. Sampai nak kena cari pemain naturalisasi baru lepas tu. Masalah pemain kacukan atau naturalisasi yang kita ambil kebanyakkan dah berusia. Depa pun dah terbiasa dengan situasi pemain Malaysia. Habih..dah dok makan nasi kandaq, roti canai nasi lemak, laksa, lontong bagai. Tentu corak permainan pun jadi serupa pemain Malaysia. Tak salah pun kalau nak ambik player luar. Kalau boleh cari player muda la sikit, yang rajin ligan bola, yang ada semangat. Ni sebab de paula malaihh...habih hat lain kena getah.
Kumpulan Asia..harap salah satu pasukan Asia Tenggara Layak ke Piala Dunia |
Mungkin dengan Vietnam dan Thailand boleh menang tapi untuk lawan team Asia lain sangat susah lah. Tak apa, mohon ramai pemain yang ada kat luar negara intai-intailah negara mak ayah hangpa. Persatuan bola sepak Malaysia dok cari hangpa semua la ni. Manakala pemain tempatan intai-intailah kelab hebat di luar negara. Kot-kot boleh kaya dapat main dengan Liverpool dak pun kelab Tahiland. Sembang pasai bola ni dari tahun 70an sampai ke la ni tak kesudah ke piala dunia. harap salah satu pasukan asia tenggara dapat layak ke Piala Dunia, baru ada sparring yang kuat. Baru orang nampak Asia Tenggara ada pasukan yang hebat...tak gitu. Layan sajalah.....
0 Comments:
Post a Comment