Sunday, 11 August 2013

Hantaran Kahwin Tinggi Haram


Apabila disebut haram, jika pasangan bukan muhrim tidak boleh disentuh. Jika babi, tidak boleh dimakan hatta juga tidak boleh dipelihara. Namun begitu, hantaran kahwin yang tinggi juga dikatakan haram. Bukan penulis suka-suka mengatakan hantaran kahwin tinggi haram sebab ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar-pakar agama. Bagaimana boleg dikatakan haram itu? Sebenarnya, hantaran tinggi untuk menunjuk-nunjuk itulah yang dikatakan haram. Tapi jika kita mampu, itu tidak menjadi masalah. Kalau kita jutawan sekalipun, usahlah menunjuk-nunjuk. Kerana merendah diri itu lagi bagus.


Kenyataan Hantaran kahwin Tinggi Haram melalui akhbar kosmo:

KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak. Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram. 

Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

"Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran.

Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi.

Saturday, 20 July 2013

Apabila Dilakukan Tidak Membatalkan Puasa?


Suntikan Tidak Membatalkan Puasa?
Perkara ini seringkali dilakukan sebelum puasa. Ketika kita belajar dahulu pun, ustaz dan ustazah seringkali mengatakan jangan korek hidung, nanti batal puasa. Jangan korek telinga nanti batal puasa. Sebagai pelajar yang mendengar kata, makanya kita akan membawa pengajaran itu sehinggalah kita dewasa dan belajar lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa. Justeru di sini, penulis ingin ingin memberi beberapa perkara yang kita lakukan tetapi tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan.

1. Ubat titik mata dan telinga , cuci telinga ( earwash )
2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.
3. Memasukkan pessary , ovules ke dalam kemaluan wanita ( vagina ) , cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina, atau memasukkan jari ( oleh doktor/ bidan ) untuk pemeriksaan . Contihnya periksa jalan untuk bersalin.
4. Memasukkan alat urethoroscope ataupun ubatan melalui selarun kencing ataupun irigasi punding kencing.
5. menggerudi, mencabut , mencuci gigi, menggunakan miswak ( kayu sugi ) dengan syarat ia tidak ditelan.
6. Injeksi ( cucuk ) melalui kulit, kedalam otot ( intramuscular), sendi ( intramuscular ), ke dalam pembuluh darah ( intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat
7. Menderma atau menerima darah
8. Menerima oksigen atau gas untuk bius
9. Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
10. Mengambil darah untuk pemeriksaan
11. Memasukkan tiub ( catheter) untuk pemeriksaan
12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur ( endoscopy)untuk pemeriksaan ( diagnostic ) atau rawatan ( intervention)
13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan
14. Pemeriksaan dalam rahim ( Hystereoscopy) atau memasukkan alat dalam rahim ( intrauterine device)
15. Mengambil sel dari hati atau organ orang lain (Biopsy)
16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler ( asma )
17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur ( anoscopes ) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh ( general anaesthesia) jika pesakit mahu berpuasa.
19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis



Rujukan :
IOMS ( Islamic Organization for medical Sciences ), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO , Figh As-Sunnah ( Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah.

Terima kasih kepada sahabat penulis yang bekerja dengan orang yang sakit. Jika tidak memberitahu dan menyebarkan kepada orang ramai, selagi itulah kita akan berpegang kepada kata-kata yang kita buat itu maka terbatalah puasa kita. Sebagai renungan kita bersama setiap kali tibanya Ramadan. Hal ini dalam bidang perubatan, dalam bidang lain kita kena tanya ustaz yang pakar dalam bidang ini.

Sebab Jersi Dia Didenda


Sanggup Menolak Jersi Tajaan Amalkan Riba
Sebagai seorang pemain bola sepak yang profesional , beliau sepatutnya menurut apa sahaja kehendak kelab. Namun bukan bagi pemain profesional beragama Islam ini. Beliau sanggup didenda kerana enggan memakai jersi yang ditaja oleh syarikat pinjaman yang mengenakan bunga yang tinggi. Lihatlah betapa pemain Senegal ini sangat mematuhi kepada ajaran Islam agar tidak mengamalkan riba dalam perniagaan. Kesanggupan beliau berbuat demikian menunjukkan pemain bola sepak dalam liga perdana Inggeris yang beragama Islam sangat menjaga kepercayaan agama mereka.


Menurut sebuah akhbar tabloid Britain, isu berkenaan bermula apabila empat pemain Newcastle United dikatakan akan memboikot memakai jersi tajaan Wonga.Com kerana menjalankan perniagaan bertentangan dengan syariat Islam. Baca seterusnya di sini.

Sebenarnya ramai lagi pemain profeional di dalam Liga Premier Inggeris dan La Liga Sepnyol yang pemain mereka beragama Islam. Terdapat kelab-kelab yang dapat menghormati agama pemain bola sepak tersebut.Namun begitu, sesetengah masyarakat di negara kita tidak menghormati kepercayaan agama bangsa lain. Mereka sanggup mencetuskan kemarahan umat Islam dengan mempersendakan kepercayaan umat Islam. Justeru, kebanyakan pemilik kelab bola sepak terkenal dunia tahu menghormati kepercayaan pemainya. Persoalanya di sini, mengapakah sesetengah orang sanggup memalukan diri sendiri dengan mempersendakan agama orang lain.

Sunday, 25 March 2012

TAK SOLAT HIDUP TAK BERMAKNA


Solat adalah tuntutan yang wajib kita tunaikan. Jika tuntutan utama ini kita tidak lakukan, maka hidup kita tidak bermakna. Lakukanlah amal ibadat yang lain, tetapi jika hidup kita tidak pernah sekali dan bersolat, kita akan jauh daripadaNya. Mengapakah kita tidak bersolat. Baca di sini...

Sunday, 11 March 2012

TIGA GOLONGAN AWAL DIBICARAKAN


Rasulullah SAW telah mneyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tiga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah.

Orang yang pertama dipanggil ialah seorang alim, lalu disoal kepadanya:
" Apakah yang engkau amalkan di salam kehidupan di dunia dahulu"? Lalu dia menjawab:
" Aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu oleh-Mu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai".

Padahal dia menyebarkan ilmu itu dengan tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan:
"Kamu belajar ilmu dan meyebarkanya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku".
Lalu ilmunya ditolak Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.

Sementara orang yang kedua pula ialah seorang yang kaya kemuadian dia ditanya:
" Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?"
Mereka menjawab: " Wahai tuhanku , aku bekerja bertungkus lumus , aku diberi rezeki kekayaan oleh-Mu, aku bersedekah."

Lalu Allah menempelak: "Engkau bohong! Memang betul engkau bersedekah, tetapi dengan bersedekah itu supaya engkau dikatakan bahawa seorang yag pemurah dan bukan kerana Aku."

Lalu amalan mereka ditolak dan diseret ke dalam api neraka.

Manakala golongan ketiga dipanggil merupakan orang yang berjihad. Mereka ditanya oleh Allah: " Apakah yang dilakukan di dunia dahulu?
Dia menjawab: " Wahai tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu."

Lalu Allah berfirman: " Betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani."
lalu amalanya ditolak oleh Allah dan diseret masuk ke dalam api neraka.

Justeru, pentingnya ikhlas kepada Allah supaya amalan kita diterima oleh-Nya.

Tuesday, 6 March 2012

BAHANA ROKOK

Sumber Utusan Online

DAHULU rokok sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Setiap pagi sebelum menjamah makanan lain, rokok perlu diberi keutamaan,'' ujar Lau Swe Teng.

Bagaimanapun keadaan itu sudah berubah, sebaliknya rokok kini menjadi musuh utamanya apabila baru-baru ini dia diserang sesak nafas teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selama 10 hari.

Lebih parah doktor mengesahkan Swe Teng menghidap penyakit sekatan pulmonori kronik (COPD) yang menyebabkan dia sukar bernafas.

Peristiwa itu betul-betul mengubah kehidupan lalu DIA meninggalkan 'buah hatinya' yang mula 'dikenali' ketika usianya baru mencecah 12 tahun.

Dia bermula dengan menghisap rokok daun sebelum lama-kelamaan beralih kepada rokok biasa.

"Biarpun usia masih muda, tetapi waktu itu saya mampu menghabiskan lima batang rokok setiap hari,'' ujarnya lagi yang kini berusia 66 tahun.

AYAT AL-QURAN PADA KAD KAHWIN


Sememangnya ayat yang mulia tiak boleh diletak sewenang-wenangnya. Apabila ayat mulia itu dibuang ataupun di buat sesuatu yang tidak elok, maka kita yang menerima balasanya. Malahan ia juga umpama menghina agama Islam. Kepada yang ingin membuat kad undangan perkhwinan, fikirlah dulu. Petikan daripada akhbar Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Beliau berkata, tindakan itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.
“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Namun, Othman berkata pihak terbabit meletakkan ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan. Baca seterusnya....

Sunday, 26 February 2012

POHON YANG MERENGEK


Daripada Hadis Anas Bin Malik ra katanya: “ Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdiri pada hari Jumaat lalu menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi SAW berkhutbah kepada manusia. Selepas itu , seorang lelaki berasal dari Rom berkata, “ Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk di tingkat yang ketiga. Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar , pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah SAW bakal meninggalkanya. Lalu Rasulullah SAW turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW.

Kemuadian Nabi SAW bersabda:-

“ Demi Tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaanya, kalau aku tidak mendakapnya , nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihanya terhadap Rasulullah SAW.” ( H.R Bukhari- Sahih )

Hasan al Basri akan menangis setiap kali beliau meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata:-

“ Kayu merengek kepada Rasulullah SAW kerana rindukan Rasulullah SAW disebabkan kedudukan Baginda SAW. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah SAW.

Kita sebagai manusia yang beriman seharusnya mengingati Rasulullah SAW sentiasa. Mereka yang menyintai Rasulullah SAW selepas menyintai Allah SAW, dan cintanya melebihi cinta terhadap ibu bapa , saudara dan dirinya sendiri, nescaya ganjaran besar sedang menanti. Orang itu dijamin oleh Nabi Muhammad SAW akan dimasukkan ke dalam Jannah ( Syurga )

Tuesday, 15 February 2011

Hadis Tentang Kelebihan Selawat

Koleksi buku untuk rujukan kita semua

Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:


" Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku".


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku , nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali , dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat".
( Riwayat Ahmad , al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a )



" Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh hari pada waktu petang , maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat".
( Riwayat al-Tibrani daripada Abi darda' r.a )



"Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat , diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun".
( Riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a )



"Di mana sahaja kamu berada , berselawatlah kepadaku , nescaya selawat itu sampai kepadaku".
( Riwayat al-Tibrani daripada husain b Ali r.a )



Justeru, banyakkanlah berselawat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online