Perkara Biasa Dalam Bola Sepak |
Penulis memuji sikap WanZack walupun ramai yang mengatakan dia tidak sepatutnya berbuat begitu. Jika anda seorang pemain bola sepak, sudah tentu perkara itu sangat biasa. Namun kegoaan Fabregas yang menganggap dirinya sangat hebat dalam bola sepak menyebabkan dirinya boleh berbuat apa sahaja. Terdapat pemain yang lagi hebat daripadanya diterjah, namun mereka bersikap profesional kerana ini adalah bola sepak. Tahniah kepada Wan Zack Haikal, walaupun anda pemain yang menerima gaji seribu kali ganda kurangnya dari Fabregas, anda berani dan tidak mudah tunduk kepada pemain yang hebat kononya.
Kenyataan Wan Zack tentang beliau hanya tercuit sedikit sahaja kaki Fabregas.
ADA satu lagi cerita menarik di sebalik persembahan positif skuad
Harimau Malaya meskipun tewas 1-3 kepada Barcelona pada aksi
persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.
Sudah tentu peminat-peminat tidak dapat melupakan insiden tegang antara pemain tengah skuad The Catalan, Cesc Fabregas dan pemain sayap FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi tersebut.
Keberanian anak kelahiran Maran, Pahang itu bertikam lidah dengan
pemain bertaraf dunia itu kini menjadi topik utama perbualan hangat
peminat-peminat bola sepak tempatan termasuk menarik perhatian Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memuji semangat juang Wan Zack.
Begitupun, situasi itu terkawal apabila Fabregas ditenangkan oleh
rakan sepasukan, Neymar dan perlawanan diteruskan seperti biasa. Mengulas lanjut, pemain berusia 22 tahun itu memberitahu, dia tidak
menduga bekas pemain Arsenal itu cuba menyerangnya selepas melakukan
terjahan.
"Situasi ketika itu, saya sedang merebut bola dengan dia (Fabregas).
Benar, dia berjaya memegang bola tetapi saya hanya 'tercuit' sedikit
sahaja kakinya. "Tiba-tiba dia meluru ke arah saya dan sudah tentu saya perlu
mempertahankan diri tetapi saya bersyukur kerana tiada apa-apa insiden
tidak diingini berlaku kerana perlawanan diteruskan seperti biasa.
"Ia bukan satu tindakan yang boleh dibanggakan (bergaduh dengan
Fabregas) kerana bola sepak memupuk semangat setiakawan dan saya
berharap insiden ini tidak akan berulang pada masa akan datang," katanya
ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selepas menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya di Jepun pada 23
Julai lalu, Wan Zack akan pulang ke Okinawa hari ini sebelum menyertai
skuad Harimau Muda untuk aksi Pesta Bola Merdeka di Kuantan, Pahang
bulan depan.
0 Comments:
Post a Comment