Tuesday, 11 January 2022

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor

Ini kali ke dua aku menginap di RPP Pangkor. Semua jenis penginapan aku dah rasa dan sudah tentu unit banglo paling best. Unit lain pun ok. Kita nak rehat dan bermalam sekejap saja kan. Kalau nak buat family gathering atau family day sangat sesuai. Cumanya yang tidak ada, kolam mandi sajalah. Alaaa...boleh jalan kaki mandi kat pantai pasir bogak tu. Dekat saja. 







Jika nak lihat lebih dekat..boleh lihat video kat youtube aku ni. Dah lihat tu subscribe lah sekali ya

.

Thursday, 1 July 2021

Review Minyak Wangi Sugarbomb_Memang wangi oiiiiiii

 

Wangiiiiiii...
Jom kita tengok review minyak ni...wangi oiiiiii



Monday, 28 June 2021

Bunyi Binatang Dalam Bahasa Melayu_Jom Belajar

Menegembek dan mengakak????

Dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang sesuai untuk bunyi binatang. Contoh peribahasa Melayu yang sering kita gunakan iaitu masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang babi...haaa bunyi apa???? jom kita tengok video yang saya sediakan mengenai bunyi binatang dalam bahasa Melayu.


Harap video ini dapat membantu kita semua tahu menggunakan perktaan yang sesuai bagi bunyi binantang.


Tuesday, 22 June 2021

Kata Majmuk_ Dekat Ka Jauh

 Ramai orang keliru penggunaan kata majmuk. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk. Olahraga dan antarabangsa kata majmuk..Apa itu kata majmuk. Nak eja dekat atau terpisah. Dekat ka jauh...peninnnn..jom tengok video kata majmuk ini...


Friday, 18 June 2021

Pusat Beli Belah atau Pusat Membeli Belah



Jom kita tengok video ini berkenaan penggunaan kata perkataan pusat beli belah atau pusat membeli belah. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.


Sunday, 6 June 2021

Hebatkah Pemain Naturalisasi atau Kacukan Untuk Malaysia???

Pemain Naturalisasi dan Kacukan harapan mereka..


Setelah tewas 4-0 dengan UAE, pelbagai andaian dibuat terhadap pemain naturalisasi negara. Mungkin peminat bola sepak Malaysia lupa dalam pusingan pertama kelayakan piala Asia dan Piala Dunia, pemain naturalisasi atau kacukan jadi pemain yang hebat. Sampai nak kena cari pemain naturalisasi baru lepas tu. Masalah pemain kacukan atau naturalisasi yang kita ambil kebanyakkan dah berusia. Depa pun dah terbiasa dengan situasi pemain Malaysia. Habih..dah dok makan nasi kandaq, roti canai nasi lemak, laksa, lontong bagai. Tentu corak permainan pun jadi serupa pemain Malaysia. Tak salah pun kalau nak ambik player luar. Kalau boleh cari player muda la sikit, yang rajin ligan bola, yang ada semangat. Ni sebab de paula malaihh...habih hat lain kena getah. 

Kumpulan Asia..harap salah satu pasukan Asia Tenggara Layak ke Piala Dunia


Mungkin dengan Vietnam dan Thailand boleh menang tapi untuk lawan team Asia lain sangat susah lah. Tak apa, mohon ramai pemain yang ada kat luar negara intai-intailah negara mak ayah hangpa. Persatuan bola sepak Malaysia dok cari hangpa semua la ni. Manakala pemain tempatan intai-intailah kelab hebat di luar negara. Kot-kot boleh kaya dapat main dengan Liverpool dak pun kelab Tahiland. Sembang pasai bola ni dari tahun 70an sampai ke la ni tak kesudah ke piala dunia. harap salah satu pasukan asia tenggara dapat layak ke Piala Dunia, baru ada sparring yang kuat. Baru orang nampak Asia Tenggara ada pasukan yang hebat...tak gitu. Layan sajalah.....


Lakukan Upacara Tarian Iblis Di Venezuela Takutkan Virus Covid 19????

Anggota persaudaraan upacara Venezuela yang dikenali sebagai Dancing Devil pada hari Khamis mengadakan perayaan tahunan Corpus Christi mereka untuk berdoa untuk berakhirnya wabak coronavirus.

Penduduk Venezuela melakukan ritual tarian untuk halau covid19


Sekumpulan lelaki dan anak lelaki di bandar-bandar di sepanjang pantai tengah Venezuela sejak tahun 1700-an berpakaian seperti iblis bertopeng melakukan ritual, di mana mereka menyerahkan diri kepada Tuhan sebagai sebahagian dari simbolik kemenangan kebaikan atas kejahatan. Perayaan percutian Katolik Roma menggabungkan tradisi orang asli, Afrika dan Sepanyol, menurut kementerian budaya.


Perayaan tarian topeng di Naiguata, sebuah kota 52 kilometer di timur laut ibu kota Caracas, bermula pada hari Khamis pagi dan berakhir setelah jam 6 petang waktu tempatan. Penduduk bermain gendang untuk penari yang berpakaian seperti syaitan dalam bentuk binatang, seperti kuda, anjing atau kucing, dengan loceng diikat di pinggang mereka.

Sudah jadi satu perayaan atau temasya untuk hapuskan coronavirus


"Kita harus meminta sakramen paling suci dari mezbah untuk menghilangkan (pandemi Covid-19) di seluruh dunia kerana apa yang kita lalui adalah buruk," kata Henry Gonzalez, yang telah menari bersama kumpulan itu selama 50 tahun setelah memulakannya di umur 7 tahun.


"Kami melakukan ini agar tradisi tidak pernah luntur," katanya.


Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkan Dancing Devil sebagai sebahagian daripada Warisan Budaya Manusia yang Tidak Berwujud pada tahun 2012.


Si anak melihat bapanya memakai topeng kuda...hermm covid19 taku ke??😁😁

Pihak berkuasa membenarkan festival itu kerana penari memakai topeng pelindung di bawah topeng iblis mereka dan upacara luar menghormati langkah menjauhkan pandemik, kata Efren Yriarte, ketua persatuan syaitan menari di Naiguata.


"Beberapa penari berdoa agar wabak ini berakhir, kerana terlalu banyak orang telah mati. Saudara-mara penari juga telah mati," kata Ervis Rodriguez, yang telah menghabiskan lebih dari 20 tahun di komuniti.


Data rasmi Venezuela menunjukkan lebih daripada 238.000 kes koronavirus dan 2.689 kematian, tetapi banyak pakar kesihatan berpendapat jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi.


Sumber: Reuters


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online