Friday, 14 February 2020
Keliru Penggunaan Ayat ialah dan adalah??
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 00:41 0 comments
Labels: BAHASA, Pendidikan, perguruan
Tuesday, 23 July 2013
Soalan Percubaan UPSR
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 11:23 0 comments
Labels: Cikgu-cikgi, perguruan
Monday, 15 July 2013
Capaian Internet Permudah Proses Pengajaran dan Pembelajaran?
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 09:00 0 comments
Labels: perguruan
Kajian Tindakan Syarat Lantikan Guru Cemerlang?
| Gambar Hiasan |
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 06:30 0 comments
Labels: perguruan
Tuesday, 9 July 2013
Teori Pembelajaran Connectivism
George Siemens (2004) menyenaraikan prinsip-prinsip Connectivisme adalah seperti berikut:-
1. Kepelbagaian pendapat: pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian pendapat dan pandangan individu.
2. Proses hubungan dalam rangkaian pada nod yang khusus: pembelajaran dijalankan secara proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam nod-nod yang khusus.
3. Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia.
4. Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting berbanding apa yang telah diketahui sekarang.
5. Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya pembelajaran berlaku secara berterusan.
6. Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep merupakan perkara yang utama.
7. Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism.
8. Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran.
9. Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi kepadatan maklumat.
10. Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 18:21 0 comments
Labels: perguruan
ISU PERTUKARAN GURU - BENARKAH?
![]() |
| Gambar Hiasan |
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 00:03 0 comments
Labels: perguruan, persekolahan
Monday, 19 March 2012
Thursday, 15 March 2012
14,000 CIKGU TERIMA ISENTIF TAWARAN BARU
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 23:26 0 comments
Labels: perguruan
Tuesday, 13 March 2012
GURU SEKOLAH TIDAK BERKUALITI
kerana latihan diberikan tidak mencukupi,” katanya semasa pertemuan dengan Sinar Harian berhubung isu lambakan pusat tuisyen di negara ini.Menurutnya, selain memperbaiki latihan guru, kerajaan juga perlu mengurangkan jumlah pelajar di dalam sebuah kelas dan menambah perbelanjaan pendidikan.
Noor Azimah berkata, lebih memburukkan keadaan adalah sikap menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir jika tidak mendapat kerja lain. Baca seterusnya...
Saya ingin mengulas sedikit atau memberi pandangan kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim.
Pusat tuisyen bukanlah seperti sekolah yang perlu membuat segala macam hal, pusat tuisyen mengamalkan teknik yang berbeza dengan sekolah. Siapakah guru pusat tuisyen tersebut? Sudah tentu cikgu yang mengajar di sekolah. Untuk makluman semua, di sekolah guru tidak dapat membuat seperti di pusat tuisyen kerana sekolah perlu menghabiskan sukatan pelajaran. Di pusat tuisyen pelajar hanya melakukan latihan ualangan apa yang dipelajari di sekolah. Usah menganggap guru-guru sekolah tidak berkualiti. Kita patut bertanya kepada ibu bapa , apa sumbangan yang boleh mereka berikan kepada sekolah. Cikgu-cikgu sudah malas untuk mengadakan kelas tambahan percuma hari ini kerana ibu bapa berkemampuan hantar anak mereka ke pusat tuisyen yang yuranya mahal.
Selain itu, sistem pendidikan sekarang memerlukan pelajar mendapat seberapa banyak A yang boleh. Justeru nilai dan shsiah tidak lagi dipedulikan ibu bapa. Mereka sanggup hantar anak ke pusat tuisyen dengan harapan dapat banyak A seterusnya berjaya dapat biasiswa. Kesanya, keluar dipasaran pekerja yang tiada nilai etika dan moral. Jangan salahkan sekolah atau cikgu sekiranya berlambak pusat tuisyen tumbuh di negara kita. Pandang-pandanglah kesusahan guru di sekolah untuk membuat pelbagai perkara. Jika dapat meniru sistem tuisyen, maka lahirlah generasi yang tidak seimbang mengikut falsafah pendidikan negara.
Hanya pandangan....
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 17:09 0 comments
Labels: perguruan
Friday, 9 March 2012
UNTUK GURU DAN AHLI KPPK
Sila Klik pada Gambar untuk lebih jelas
Pengumuman yang dilakukan oleh PM baru-baru ini. Harapa apa yang diperkatakan betul.
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 17:52 0 comments
Labels: perguruan
Wednesday, 7 March 2012
NUTP RAYU LAKSANA SKIM KHAS

Ini lagi rayuan yang dibuat oleh golongan pendidik di bawah persatuan mereka. Adakah rayuan mereka diterima dan apakah rayuan mereka itu? Baca seterusnya.....
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 10:23 0 comments
Labels: perguruan
Saturday, 25 February 2012
GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH
Petikan sebahagian berita tersebut:
KUALA LUMPUR -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.
Presidennya Hashim Adnan berkata sehubungan itu wakil guru sekolah di Batu Pahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 00:15 0 comments
Labels: perguruan
Friday, 24 February 2012
URUSAN KENAIKAN PANGKAT GURU

Entri petang Jumaat adalah berkaitan penjelasan NUTP terhadap kenaikan pangkat guru dan urusan kenaiakn pangkat 15000 orang PJJ/ OUM yang belum mendapat kenaikan gred. Kepada semua guru , harap anda faham setelah membaca penjelasan nutp di sini. Untuk kenaikan pangkat secara timebased dan hakiki tiada perubahan sebelum pelaksanaan SBPA. Justeru itu hilang kekeliruan para guru berkaitan kenaikan pangkat secara time based selepas ini. Ada yang kata perlu kembali 8 tahun dan macam-macam lagi. Nah...cikgu-cikgu sekalian , harap anda berpuas hati. Jika anda tidak pasti lagi, sila dapatkan Takwim NUTP 2012. Kena jadi ahli NUTP dululah ya...
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 14:59 0 comments
Labels: perguruan
Thursday, 23 February 2012
JADUAL GAJI SEBARIS GURU DG1
Harap-harap boleh nampak dan semua guru DG1 berpuas hati.Kali ini penulis ingin memaparkan jadual gaji sebaris yang dikeluarkan oleh NUTP. Selama ini amat sukar untuk mencari jadual gaji terkini melalui semakan SBPA. Jadual gaji sebaris ini hanyalah bagi klasifikasi perkhidmatan pendidikan dan pengajian tinggi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Mulai 1 Januari 2012.

Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 00:21 0 comments
Labels: perguruan
Monday, 18 April 2011
BMI
BMI ? apa tu...berat makan ikan , atau berat menambah isi. Jangan silap atau salah mengenai BMI yang penulis ingin perkatakan kali ini. Ketika menteri kesihatan suruh cikgu-cikgu isi BMI murid-murid setiap bulan mendatangkan kesinisan kepada semua guru-guru. Kenapa baru sekarang menyuruh cikgu isi tahap kegemukan murid-murid. Perkara ini sepatutnya ibu bapa yang ambil berat mengenai pemakanan anak-anak, tahap kesihatan anak dan sebagainya. Bertambah lagi kerja cikgu di sekolah kerana perlu isi setiap bulan. Cikgu hari ini bukan ada kerja lain hendak dilakukan. Mereka perlu memantau pemakanan anak murid mereka dan melarang ibu bapa daripada memasak makanan yang berlemak.
Sebenarnya , berat murid dan ketinggian telah direkodkan oleh cikgu setiap tahun. Jika ibu bapa ingin tahu berkenaan tahap kesihatan atau BMI anak-anak, mereka boleh kira sendiri. Jika kementerian takut murid gemuk dan ingin mencegahnya perkara yang utama sekali ialah kempen kepada ibu bapa. Biasanya ibu bapa akan membawa anak-anak pergi ke KFC , Mc Donald dan makanan segera lain yang sangat sihat kepada anak-anak mereka. Semua itu tidak dijual di sekolah. Justeru , cegah murid gemuk bukan membebankan guru-guru dengan kerja mengisi data setiap bulan sedangkan banyak lagi data-data lain yang cikgu perlu isi.
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 14:50 0 comments
Labels: perguruan
Tuesday, 12 April 2011
KPLSPM 2011

Entri ini untuk adik-adik yang memohon menjadi guru selepas mendapat keputusan tempoh hari. Mungkin ada yang masuk ke blog ini ingin mengetahui sama ada mereka terpilih untuk menjadi seorang guru. Oppsss..bukan jadi guru lagi , layak untuk masuk belajar jadi guru di Institut Perguruan Malaysia ( IPGM ). Silalah klik kat sini jika ingin tahu keputusan permohonan anda di http://www.moe.gov.my/?id=185&act=appli
atau di http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm
Jika berjaya tahniah diucapkan , Kalau gagal usaha lagi. Mungkin rezeki kita akan tiba nanti.
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 15:39 0 comments
Labels: perguruan
Friday, 8 April 2011
SUSAHNYA JADI CIKGU II
Kalau saya mengatakan kerja sebagai penoreh getah susah , maka sememangnya kerja menoreh getah menjadi susah. Sebab apa? Saya anak penoreh , dibesarkan dengan duit getah sekerap yang dikutip seminggu sekali atau duit belanja dapur habis. Memang ini kerja orang susah sebab saya sendiri mengalaminya. Perit jerih orang tua saya menoreh getah saya alami dan rasai. Kadang-kadang hujan sehinggakan barang dapur tidak ada. Malah saya sendiri menoreh getah walaupun peperiksaan persekolahan menengah semakin hampir. Hatta sehingga bergelar cikgu pun saya tetap menolong orang tua menoreh. Itu dulu , tetapi susana itu sekarang berbeza apabila kerja-kerja itu tidak lagi saya lakukan. Kecuali ibu-bapa saya.
Jika kata kerja sebagai pesawah atau orang utara kata buat bendang susah , sememangnya itu kerja yang susah. Sebab apa? Orang tua saya juga mengerjakan sawah. Saya pernah rasai dan alami sejak kecil sehingga sekarang. Kerja buat sawah di kampung saya bukan seperti di tempat lain yang ada tali air. Hanya mengharapkan air hujan. Saya memegang cangkul membajak tanah dan membuat batas sawah. Oh...sememangnya kerja susah. Baja perlu diangkat , racun perlu disembur. Siapa yang lakukan. Jika saya anak pesawah , maka sayalah yang membantu orang tua saya ketika musim kerja membuat bendang.
Kerja kilang dan kerja kontrak susah , sememangnya itu kerja susah. Sebab saya pernah bekerja kilang dan kontrak. Selepas SPM saya kerja kilang selama beberapa bulan dan saya sendiri merasai betapa peritnya untuk mencari sesuap nasi. Sungguh....ketika ini hidup sangat susah sehinggakan meminta belas ihsan orang untuk makan. Kerja kontrak membina makmal komputer sekolah juga susah. Kerja itu saya lakukan semasa menunggu keputusan posting kerja sekarang. Saya tidak rasa malu atau janggal apabila cikgu kerja kontrak ketika itu. Sehinggalah saya mendapat tawaran mengajar maka semua kerja di atas tidak lagi saya lakukan.
Hidup sebagai nelayan pun saya rasai apabila dapat tinggal selama seminggu semasa aktiviti belajar dahulu dan apa sahaja kerja yang saya boleh lakukan akan saya lakukan hanya mencari duit poket sendiri. Kenapa saya ceritakan semua pengalaman saya kepada semua pembaca berkaitan kerja yang pernah saya lakukan itu susah.
Kerana....susahnya kerja saya hari ini berbanding kerja-kerja yang saya nyatakan di atas. Kerja membentuk manusia yang berjiwa berbeza dengan pergi menoreh getah yang pokoknya tidak bercakap walaupun kita salah menorehnya. Susahnya kerja hari ini kerana saya berhadapan dengan manusia yang inginkan anak-anak mereka sempurna.Dan sememangnya kerja saya hari ini sangat susah kerana kaitan kes yang melibatkan kerjaya saya. Dan susahnya kerja saya hari ini kerana tanpa diduga dihentam , dipukul dan sebagainya oleh manusia yang ingin dimanusiakan.
Walaupun kerja ini susah , saya tetap berbangga dan berpuas hati setakat ini kerana berjaya memanusiakan ramai di luar sana. Terima kasih kepada anak-anak didik yang sekarang telah berjaya. Malah ada yang berjaya dalam bidang sukan hingga peringkat antarabangsa ( pelayar-pelayar negara yang bersekolah di SK Pelabuhan Klang )walaupun mereka-mereka ini mungkin pernah "diluku" oleh saya. Kadang-kadang saya terasa hati apabila ada dalam kalangan masayarakat memperlekeh dan mempertikaikan kerjaya saya hari ini.
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 20:29 3 comments
Labels: perguruan
Wednesday, 30 March 2011
KETUK KEPALA
Ketuk kepala....Ishhhh...awat yang jadi lagu tu. Kepala budak tu bukan buah nyok...kepala budak tu bukan gendang dok ketuk-ketuk..kata seorang guru lelaki di sekolahku. Dia tak tahan dah kot...sebab tu dia pi ketuk. Banyak lagi cara lain aih..nak denda pun. Awat..dia dulu tak pernah kena denda ka. Kita tak tau cerita sebenaq...susah...la ni...macam-macam orang dok cerita. Pasai video hitam putih la...pasai duit banyak dalam rumah la...tu nak percaya lagu mana. Kadang-kadang tengok surat habaq la pun tulih macam-macam. Kita dok baca tiga surat habaq...hat nu tulih lagu lain , hat ni tulih lagu lain. Habih tu lagu mana ni".. kata cikgu yang sorang lagi.
Haaa..itulah senario hari ni kat tempat kerja saya.. Biasalah , siapa yang terlibat dalam bidang macam saya ni , memang banyak cabaran dan dugaan. Tapi...kesalahan ketuk kepala sampai cedera apa kejadahnya ( kalau betul lah ). Saya atau pembaca dulu pun masa belajar mesti kena denda. Mungkin kalau saya katakan saya telah ditempeleng guru muzik sehingga terlentang daripada kerusi masa tahun 3 , pembaca tentu sukar untuk percaya. Bukan saya seorang , malah boleh dikatakan semua di dalam kelas pernah merasai penangan itu. Apa pun cikgu itu dah kembali ke rahmatullah dan saya sangat berterima kasih kepadanya kerana saya mendapat satu pendekatan bagaimana untuk mendekati dan menjiwai murid-murid. Biasalah , kalau murid nakal atau jahat ...itulah yang diingat cikgu sampai sekarang. Tapi , yang bijaksana dan teror belum tentu akan ingat siapa yang menjadikanya sebegitu. Ini pengalaman saya yang baru belasan tahun dalam bidang ini.
Apa pun , ketuk kepala tetap salah. Saya pun terlakukan tetapi bukan kepada budak perempuan. Hanya kerana salah dalam memberikan jawapan , tidak sepatutnya cara itu yang kita ambil. Banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunapakai. Kepada pembaca yang bukan berada dalam bidang ini , cuba bayangkan anda pernah melalui semua perkara ini. Agak-agaklah , bolehkah anda bersabar? Berada dalam bidang ini menuntut anda bersabar. Kalau tak sabar , jadi beginilah. Empat puluh orang dengan empat puluh karenah. Namun , tindakan ketuk kepala sehingga cedera tetap perbuatan yang salah. Mengikut pekeliling kementerian , murid tidak boleh langsung disentuh atau menjeling sekalipun tetap tidak boleh. Pendek kata , apa sahaja keslahan murid di sekolah ...cikgu-cikgu tak boleh buat apa. Macam kata kata ini " BAPALAH YANG BERSALAH , BAPALAH YANG MENGAJAR SAZZALI JADI BEGINI" lebih kurang lah kot. Kalau nak tahu lebih lanjut..tengok cerita anakku Sazaali...pembaca mahu anak-anak kita jadi seperti itu.?
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 23:22 3 comments
Labels: perguruan
Wednesday, 9 March 2011
Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan
Oleh itu, saya kira, salah satu cabaran dalam pendidikan masa kini, datangnya dari sikap dan pemikiran ibu bapa yang berfikiran sekular dan menekankan keduniaan. Kerjaya pendidik sudah dihilangkan 'sisi spiritualnya'. Saya tidak terkejut jika yang datang itu bukan seorang muslim. Tetapi yang menulis 4 halaman surat, tanpa selang, dan bersaiz 10 itu, dan menuduh dengan pelbagai tuduhan liar tanpa asas itu, ialah seorang muslim.
Seorang anak-anak umpama lempung atau tanah liat. Sejak dilahirkan, sebelum menerima pendidikan formal di sekolah, sedikit sebanyak lempung ini telah dibentuk oleh ibu bapa. Selama 5 tahun, misalnya, apakah yang dilakukan oleh ibu bapa, sehinggakan apabila anak-anak mereka masuk ke tahun 1, untuk menghormati guru sendiri tidak tahu. Bagi saya, tugas pendidikan yang terawal, datangnya dari ibu bapa. Bukan dari guru-guru.
Namun, saya kita, jika diberikan kepercayaan, lempung yang sudah mempunyai bentuknya itu, masih boleh dibentuk jika ibu bapa memberikan kepercayaan kepada para guru. Masalahnya timbul apabila ibu bapa seolah-olah tidak percaya. Mereka lebih mempercayai anak-anak mereka, silempung yang belum menjadi bentuknya itu, daripada kejujuran seorang guru. Jadi, bagaimana seorang guru boleh melimpahkan ilmu di atas lempung yang tidak disediakan untuk menampung limpahan ilmu itu? Adakah ilmu akan lekat di atas lempung yang tidak berbentuk?
Saya tidak akan menerima jika guru dipersalahkan. Tidak ada dalam tradisi pendidikan Islam, yang telah membangunkan tamadun-tamadun agung kita - membenarkan guru-guru diperlekehkan sebegitu rupa. Malah, dengan jelas, jika kita tidak menyukai guru itu, atau ilmunya tidak serasi dengan kita, tradisi kita menyuruh kita meninggalkan guru itu. Cari guru yang lain. BUkannya datang dan menghambur guru-guru dengan penuh hinaan.
Hal ini sedikit sebanyak memperlihatkan cara ibu bapa zaman sekarang, berfikir. Mereka melihat guru itu sama tarafnya dengan kerja-kerja lain. Sama saja dengan pekerja kilang yang menjadi operator pengeluaran, biarpun yang ditadbir dan dibentuk oleh seorang guru ialah anak-anak. Jika seorang operator pengeluaran dinilai daripada pretasinya terhadap pengeluaran barang-barang, seorang guru kini dilihat setakat mena melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya. Jika seorang pelajar itu cemerlang akademiknya, tetapi tidak beradab, tidak mengapa. Itu tidak menjadi masalah, kerana ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang.
Ibu bapa juga memikirkan tugas guru sangat senang. Berbanding penjawat awam yang lain, guru-guru mempunyai masa bertugas yang paling pendek. Hanya enam jam sahaja. Sesiapa juga boleh menjadi guru. Bagi saya faham seperti ini memperlihatkan sejenis cara berfikir yang pendek dan tidak berhikmah. Memang guru-guru bekerja selama enam jam, tetapi selama enam itu, mereka berurusan dengan manusia. Dan manusia bukanlah robot. Dan tugas guru ialah tugas profesional dan mulia. Tidak semua orang boleh menjadi guru. Apabila ramai beranggapan semua orang boleh menjadi guru, kini lihat, apa yang berlaku terhadap profesion keguruan apabila dijadikan tempat untuk menyelamatkan ramai siswazah menganggur, yang bila menjadi guru, hanya menjadi penjawat awam yang makan gaji. Jika ibu bapa beranggapan menjadi guru itu mudah, sudah semestinya anak-anak mereka cukup beradab dan menghormati guru apabila disekolah. Jika mereka gagal mendidik anak-anak sejak kecil, mengapa mereka boleh berlagak di hadapan guru-guru seolah-olah mereka berjaya menjadi pendidik yang berjaya. Dalam hal ini, perlulah kita menghayati sikap adil yang ditekankan oleh Islam. Jangan berlaku zalim dan bebal.
Mugkin kita ada pandangan sendiri.
Diambil dari blog sahabatku Lutfi Ishak.
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 23:25 4 comments
Labels: perguruan
Monday, 7 March 2011
BERITA GEMBIRA
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 09:23 0 comments
Labels: perguruan










