Melihat entri di atas pembaca tentu mengatakan kerja apa pun susah. Tapi susah kerja lain saya taidak mahu bercerita sebab saya tidak berada dalam situsi anda. Apa yang saya ingin ceritakan di sini adalah mengenai susahnya kerja saya sekarang. Kerja apa? Oh...kerja yang pukul orang sampai mati tu...Oh...kerja yang pukul budak sampai berdarah tu..Kerja saya tentulah mengajar. Susah kerana kita yang menyusahkan kerja tersebut. Kenapa saya berkata demikian. Hal ini kerana kerja ini membentuk manusia. Justeru kerja ini perlu kita mempunyai sikap dan emosi yang stabil. Entahlah...bagaimana seseorang itu terlepas ke dalam pekerjaan ini semasa ditemuduga. Mungkin guna kabel besar atau pun anak orang berada. Tetapi , saya dan rakan-rakan lain sememangnya memilih pekerjaan ini dengan ikhlas.
Kalau saya mengatakan kerja sebagai penoreh getah susah , maka sememangnya kerja menoreh getah menjadi susah. Sebab apa? Saya anak penoreh , dibesarkan dengan duit getah sekerap yang dikutip seminggu sekali atau duit belanja dapur habis. Memang ini kerja orang susah sebab saya sendiri mengalaminya. Perit jerih orang tua saya menoreh getah saya alami dan rasai. Kadang-kadang hujan sehinggakan barang dapur tidak ada. Malah saya sendiri menoreh getah walaupun peperiksaan persekolahan menengah semakin hampir. Hatta sehingga bergelar cikgu pun saya tetap menolong orang tua menoreh. Itu dulu , tetapi susana itu sekarang berbeza apabila kerja-kerja itu tidak lagi saya lakukan. Kecuali ibu-bapa saya.
Jika kata kerja sebagai pesawah atau orang utara kata buat bendang susah , sememangnya itu kerja yang susah. Sebab apa? Orang tua saya juga mengerjakan sawah. Saya pernah rasai dan alami sejak kecil sehingga sekarang. Kerja buat sawah di kampung saya bukan seperti di tempat lain yang ada tali air. Hanya mengharapkan air hujan. Saya memegang cangkul membajak tanah dan membuat batas sawah. Oh...sememangnya kerja susah. Baja perlu diangkat , racun perlu disembur. Siapa yang lakukan. Jika saya anak pesawah , maka sayalah yang membantu orang tua saya ketika musim kerja membuat bendang.
Kerja kilang dan kerja kontrak susah , sememangnya itu kerja susah. Sebab saya pernah bekerja kilang dan kontrak. Selepas SPM saya kerja kilang selama beberapa bulan dan saya sendiri merasai betapa peritnya untuk mencari sesuap nasi. Sungguh....ketika ini hidup sangat susah sehinggakan meminta belas ihsan orang untuk makan. Kerja kontrak membina makmal komputer sekolah juga susah. Kerja itu saya lakukan semasa menunggu keputusan posting kerja sekarang. Saya tidak rasa malu atau janggal apabila cikgu kerja kontrak ketika itu. Sehinggalah saya mendapat tawaran mengajar maka semua kerja di atas tidak lagi saya lakukan.
Hidup sebagai nelayan pun saya rasai apabila dapat tinggal selama seminggu semasa aktiviti belajar dahulu dan apa sahaja kerja yang saya boleh lakukan akan saya lakukan hanya mencari duit poket sendiri. Kenapa saya ceritakan semua pengalaman saya kepada semua pembaca berkaitan kerja yang pernah saya lakukan itu susah.
Kerana....susahnya kerja saya hari ini berbanding kerja-kerja yang saya nyatakan di atas. Kerja membentuk manusia yang berjiwa berbeza dengan pergi menoreh getah yang pokoknya tidak bercakap walaupun kita salah menorehnya. Susahnya kerja hari ini kerana saya berhadapan dengan manusia yang inginkan anak-anak mereka sempurna.Dan sememangnya kerja saya hari ini sangat susah kerana kaitan kes yang melibatkan kerjaya saya. Dan susahnya kerja saya hari ini kerana tanpa diduga dihentam , dipukul dan sebagainya oleh manusia yang ingin dimanusiakan.
Walaupun kerja ini susah , saya tetap berbangga dan berpuas hati setakat ini kerana berjaya memanusiakan ramai di luar sana. Terima kasih kepada anak-anak didik yang sekarang telah berjaya. Malah ada yang berjaya dalam bidang sukan hingga peringkat antarabangsa ( pelayar-pelayar negara yang bersekolah di SK Pelabuhan Klang )walaupun mereka-mereka ini mungkin pernah "diluku" oleh saya. Kadang-kadang saya terasa hati apabila ada dalam kalangan masayarakat memperlekeh dan mempertikaikan kerjaya saya hari ini.

3 Comments:
cikgu/anjung sena...
Bermacam kerja
cikgu lakukan......itulah pengalaman.......ia terlalu mahal...
tanya mana guru pun....niat cuma satu ....andai anak didikku....melepasi tahap kejayaanku...tidak akan aku cemburu.....
malah itulah....hasil yg telah tercurah.....terbina juga tiang2
harapan.
harapan untuk melihat anak bangsa
berada ditahap sempurna.
walaupun sukar......diharap bersabar.....minda anak2 perlu dibentuk dengan lembut.....kerana mereka mungkin ......mengalami tekanan..........
jasa guru memang tak dapat dibalas......terima kasih......
Terima kasih cikgu...
En Zul dan Kak Pah
Terima kasih cikgu...
Post a Comment