Monday, 15 July 2013

Capaian Internet Permudah Proses Pengajaran dan Pembelajaran?

     
        Melihat tajuk entri  penulis, artikel ini merupakan sebuah artikel yang menarik mengenai capaian internet di sekolah. Banyak kajian yang dilakukan oleh sarjana pendidikan mengenai penggunaan internet di sekolah menyatakan bahawa tahap capaian sangat menyentuh tahap kesabaran paling akhir para guru. Maksudnya, sangat teruk. Walaubagaimanapun, pihak yang berwajib telah memperkenalkan satu bentuk capaian internet yang dikatakan mampu mengubah senario pengajaran dan pembelajaran berasaskan internert. Penulis merupakan salah seorang pelajar sarjana dalam bidang teknologi pendidikan. Banyak bacaan berkaitan kajian mengenai pembelajaran menggunakan multimedia, kosware atau perisian semuanya menyatakan sangat baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru platform pembelajaran maya yang akan dipertingkatkan diharap mampu mengubah persepsi para guru mengenai teknologi.


     Selain itu, kajian harus dilakukan mengenai kesediaan guru untuk melaksanakan pembelajaran maya ini. Jika kajian awal yang dilakukan terhadap para guru di seluruh Malaysia menyatakan mereka tidak pernah menggunakan komputer apatah lagi perisian multimedia yang dibekalkan oleh kementerian pelajaran. Dimanakah silapnya? Adakah Kementerian Pelajaran membuat kajian tindakan mengenai perisian yang mereka hasilkan. Makanya , jangan jadikan pengenalan penggunaan aplikasi Frog VLE dan penggunaan teknologi cloud computing sebagai satu pembaziran kepada rakyat dan keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Baca seterusnya mengenai capaian internet...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online