Friday, 17 April 2020

Nissan Siapkan SUV Kompak Baru, Harga Setara Datsun



Model SUV baru Nissan. Sumber: indianautosblog.com


Nissan tertangkap kamera beberapa ketika yang lalu bersiap untuk melancarkan SUV di Thailand, Nissan Kicks e-Power, yang telah mengadopsi mesin hibrid. Kini Nissan India, juga sedang mempersiapkan wira baru Nissan Magnite yang mempunyai badan yang padat. Nissan SUV disasarkan untuk menjadi pesaing untuk Suzuki Ignis dengan pengguna kereta tahap awal.


Harga yang ditawarkan amat mengejutkan kerana ia setara dengan harga Datsun Go iaitu INR 5.25 lakh atau IDR 107 juta. Harganya akan menjadi SUV segmen B sub-4 meter termurah di India. Bulan lalu dilaporkan bahawa Nissan Magnite dijadualkan dijual pada bulan Mei, sementara pelancarannya berlangsung pada bulan Ogos. Sehingga penjualan juga dapat mengubah jadual


Lampu belakang Nissan Magnite. Sumber: autocarindia.com

Bagaimana Nissan akan menetapkan harga Magnite jauh di bawah standard industri? mungkin ada kaitan dengan platform CMF-A + dan enjin asasnya, enjin Renault BR10. Iaitu enjin petrol tiga silinder 1.0 liter yang menghasilkan kuasa 72 PS dan tork 96 Nm di Renault Triber. Walaupun transmisi manual automatik 5-kelajuan disediakan, pilihan transmisi manual automatik 5-kelajuan adalah mungkin.


Nissan juga akan menawarkan Magnite dengan mesin HR10. Enjin petrol tiga silinder turbocharged ini akan menghasilkan kuasa maksimum sekitar 95 PS dan disambungkan ke MT 5 kelajuan atau CVT. Magnet top-end dengan mesin HR10 dan CVT dapat dinilai di bawah INR 6 lakh atau masih sekitar RM270K


Terdapat sejumlah ciri standard yang akan dibawa oleh Nissan Magnite. SUV sub-kompak baru akan tersedia dengan sunroof, DRL LED, lampu belakang LED, kawalan penghawa dingin automatik, sistem hiburan skrin sentuh, dan kawalan audio yang dipasang di stereng.


Jadi peminat kereta di Malaysia. Nissan akan keluarkan kereta SUV kompak baru katanya di Indonesia. Sedangkan kita sudah lihat Mazda dan branding lain keluarkan SUV. Apa kata kita tunggu dan lihat nanti. Lepas wabak Covid19, kita harap ekonomi berjalan seperti biasa.

Nissan V37 Skyline Dilaporkan Tersedia pada 2021, Pengisi Sementara GT-R

Render Nissan Skyline V37 Diromorkan akan hadir pada 2021. Sumber: bestcar.jp


Sedan Nissan V37 Skyline telah mengalami perbaikan di Jepun pada tahun 2019 dengan mengadopsi lambang empangan Nissan V-Motion grill dari lambang Infiniti. Namun, peminatnya menunggu kehadiran sedan pantas ini dalam bentuk perubahan besar. Khabar angin menyatakan bahawa model baru akan hadir pada bulan Disember 2021.



Menurut majalah Jepun Best Car, generasi seterusnya V38 Skyline belum mempunyai rangkaian model bukan hibrid seperti anjakan kapasiti enjin turbo 6 silinder 3.0 LV semasa. Sistem hibrid yang menggabungkan enjin turbo dan e-POWER akan diperkenalkan, dan model berprestasi tinggi yang dikatakan mampu menyemburkan tenaga sekitar 435ps dengan tork maksimum 700Nm.
Facelift 2019



Walaupun prestasinya belum diperjelaskan, kereta baru ini dijangka lebih hebat daripada 400R kelas yang lebih tinggi. Dan jika sistem hibrid dipasang sebagai bonus, ia pasti menambahkan daya kilas dan ekonomi bahan bakar.



Di samping itu, Nissan nampaknya mempunyai rancangan untuk memperkenalkan spesifikasi 5 EV dan 5 kereta dengan spesifikasi e-POWER pada tahun 2022. Sebagai tambahan kepada gen baru V38 Skyline, versi perubahan kecil akan dikeluarkan pada bulan Jun, Nissan Kicks baru, dan X-Trail yang dijadwalkan akan dikeluarkan pada Februari 2021. Kemudian Nissan Note yang baru dijadualkan akan dilancarkan sekitar Disember 2020, dan akhirnya Nissan Serena dengan e-Power dijadualkan untuk dilancarkan sekitar April 2021.




Hiroshi Tamura, Ketua Pakar Produk GT-R, mengatakan bahawa R36 GT-R berikutnya mungkin tidak muncul hingga 2027, tetapi dalam keadaan seperti itu, model berdasarkan R35 akan hadir. Rumor telah muncul bahawa model GT-R R35 Final Edition akan menjadi ketenangan dengan dilancarkan pada tahun 2022.



Best Car memanggil edisi terbaru model khas yang terhad kepada 20 unit sahaja, dan hanya jumlah yang sangat terhad dijual, dengan julat harga sekitar 40 juta yen, sebagai sebuah kereta domestik. Jadi model yang sangat mahal bahkan melepasi Lexus "LFA" yang paling mahal pada 37.5 juta yen pada pelancarannya.




Powertrain bergantung pada mesin turbo berkembar 3.8 LV 6 silinder berdasarkan model terhad khas GT-R 50 oleh Italdesign, yang dikembangkan bersama oleh Nissan dan Italdesign dengan jumlah keseluruhan hingga 50 unit. Dalam bentuk persaingan GT3, pengecas turbo VTEC dan versi Nismo yang ditingkatkan dengan intercooler yang lebih besar untuk meningkatkan prestasi crankshaft dan engine di dalamnya. Oleh itu, ada kemungkinan bahawa enjin ini dapat menghasilkan output maksimum 720ps dan tork maksimum 780Nm.


Ini di Indonesia. Harga di Malaysia memnag harga kayangan???

Monday, 29 July 2013

Koleksi Lukisan Graffiti Di Beberapa Bandar Dunia

Os Gemeos – Brazil

Industry Definition Transfer (IDT) — China

Nikita Nomerz – Russia

Yantra — India
Though some artists are beginning to earn substantial commissions, most continue to spray cement and are far from entering the gallery circuit.
Photos:  ArtAsiaMagazine; Nomerz; Respect-mag.com; Osgemeos.com.br

Saturday, 17 March 2012

UNTUNG TANAM CENDAWAN



Salah satu perusahaan yang boleh dijalankan oleh petani dan pengusaha pertanian ialah penanaman cendawan disebabkan beberapa faktor.

Faktor utama adalah keuntungan yang tinggi yang boleh diperoleh dalam jangkamasa pendek di samping kos pengeluaran yang rendah dimana bahan-bahan sampingan pertanian boleh digunakan.

Potensi dari segi pemasaran dan kandungan nutrien pemakanan yang tinggi juga menyumbang kepada minat petani untuk menceburi bidang perusahaan ini.Baca seterusnya...

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

IKAN PARI GERGASI


Ikan pari ini dipercayai ditangkap oleh sekumpulan nelayan Nigeria. Mereka tertangkap ikan ini. Memang besar ikan ini.

Sunday, 11 March 2012

TRIP KE PULAU AMAN 2


Antara hasil pancingan yang kami perolehi. Bukan ikan keli ni....


Tiba di jeti Pulau Aman dan itulah pengangkutan yang kami naiki untuk ke tempat pancingan.

Kali ini penulis ingin meceritakan pengalaman ke Pulau Aman kali ke 2. Setelah merancang dan berbincang , kata sepakat telah diambil. Kami bertiga kali ini akan menduga lagi tempat biasa yang kami kunjungi. Rasanya ini kali pertama dalam tahun 2012 kami memancing di Pulau Aman. hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Dapatlah seeokr dua ikan, tetapi itu bukan pematah semangat kami untuk datang lagi. Memang seronok datang ke sini. Rasanya kami akan datang lagi ke Pulau Aman. Melihat jambatan Pulau Pinang yang ke dua sangat hampir dengan pulau, kami merancang untuk memancing di atas pelantar jambatan ke dua pula nanti. Dengar kata, banyak hasil yang diperolehi kaki pancing disitu.
Air pasang sehingga ke tebing, pada waktu ini ikan kerapu , tetanda dan sembilang galak memakan umpan.




Rakan-rakan pancingan penulis yang sememangnya meminati hobi memancing ini.

Friday, 17 February 2012

Ikan Pari Atau Ketuka ?


Hari ini penulis ingin menceritakan tentang dunia pancingan. Penulis biasa mendapat ikan ini. Ikan ini jika dimasak asam pedas atau dicicah dengan cili semasa panas sangat sedap. Apabila kita menperkatakan tentang ikan ini, mari kita selami dunia pari dan ketuka ini. Ini petikan yang saya ambil dari wikipedia mengenai pari dan ketuka ini.kan Pari atau nama saintifiknya Dasyatidae adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.

Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.

Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine.

Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."

Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat.

Wednesday, 15 February 2012

MALAYSIA BOLEH?


Melihat tajuk entri saya kali ini adalah berkaitan dengan sukan. Walaupun boleh dikatakan rakyat Malaysia sangat menggemari sukan ini, namun bolehkah Malaysia menang dalam pertemuan dengan Korea nanti. Kita sedia maklum bahawa negara mengalami kemerosotan bakat dalam permainan badminton. Kehebatan Datuk Li Chong Wei penulis rasa tiada lagi pengganti buat masa sekarang. Dengan Hong Kong pun kita terkial-kial hendak menang, bagaimana pula nanti dengan pasukan yang sepuluh kali lebih baik daripada itu. Justeru, BAM perlu mencari bakat baru dan segera membuat penyelesaian. Usah mengharapkan hanya pemain yang sememangnya kita tahu kemampuan yang tidak seberapa. Jika pihak lain melahirkan pemain berkualiti dan terbaik untuk masa hadapan , bagaimana dengan negara kita. Negara ada pemain terbaik remaja duni , asia dan benua. Tetapi pada umur sebegitu, sepatutnya beliau telah boleh menempatkan diri dalam kalangan sepuluh pemain terbaik dunia. Mungkin pendedahan atau pilih bulu berlaku menyebabkan pemain muda dan berbakat tidak diketengahkan. Apa pun kita tunggu sahaja perkembangan badminton negara yang pada pandangan penulis mengalami kemerosotan.

Sunday, 20 March 2011

MEMANCING DI PANTAI MERDEKA


Inilah hasilnya memancing di Pantai Mereka


Ikan apakah Ini? Cuba teka..


Lokasi saya berada bersama kawan berbaju merah...


Cantik kan pemandangan gunung Jerai lokasi Hikayat Merong Mahawangsa diceritakan ...Kedah Tua...


Hari ni dapat juga akhirnya memancing sebelum bekerja esok. Cuti seminggu macam sehari sahaja rasanya. Biasalah , masa cepat berlalu dan kita senakin tua bersama usia masa. hari ini ke Pantai Merdeka. Jika anda menedengar lagu Cinta Pantai Merdeka , haaa inilah lokasinya. Saya melepaskan gian memancing di sini. Hasilnya , boleh la buat lauk sehari. Tak payah beli ikan esok atau lusa atau tulat. Kenapa? sebab tak sempat nak masak. Biasalah sibuk kerja. Tunggu cuti lain pula untuk ke destinasi baru melepaskan gian mengail. Jika , kelapangan ..silalah ke Pantai Merdeka.

Tuesday, 8 March 2011

PULAU JEREJAK , PENANG

Setiap tahun saya bersama beberapa kaki pancing pasti akan ke Pulau ini untuk melepaskan gian memancing. Trip biasanya dilakukan pada cuti sekolah. Biasalah , kami semua dok kat sekolah dari dulu sampai sekarang. Sampai pencen lah rasanya. Ini kali ketiga kami ke Pulau ini. Memang seronok. Kali pertama...dapat lah dua tiga ekor ikan. Kali ke dua..kami semua pi makan angin sampai ke patang dan kali ke tiga dapat ikan dan yang paling seronok.



Pemandangan di belakang Pulau Jerejak...kalau kat Pantai Seagate tak nampak ...


Walaupun hari tu hujan sangat lebat...kami bertolak dari Kulim , Sungai Petani , dan Kepala Batas. Memang cuaca tak mengizinkan pada awalnya.


Air surut....nampak bakat air

Basah juga kami sebelum sampai ke destinasi pancingan. Plan asal kami nak ke Pulau Rimau..namun keadaan cuaca yang tak menentu..kami batalkan niat asal lalu kami ke Pulau Jerejak ini. Memang seronok...tak dapat ikan pun tak apa. Yang penting dapat lepaskan tekanan kerja kat sekolah. Sesiapa yang nak cuba mancing ke , atau nak bercuti kat Pulau ni ..silakan. Anda pasti tidak rugi... Pulau Jerejak ada lagi dalam perancangan tahunan kami tahun ini......


Kali ke tiga aku dapat ketam....hai memang kaki ketam aku ni.....




Bertolak pulang...tunggu kenderaan air datang ambil

Sunday, 27 February 2011

IDAMANKU SELEPAS INI

Entri hari ini mengenai motorsikal idamanku selepas ini. Semasa aku belajar dahulu, aku pergi sekolah naik motorsikal RC suzuki. Hari ini motor tu dah jadi bangkai. Entah di mana sisa-sisa kehidupanya pun aku tak tahu. maklumlah , motor orang tua aku punya. Motor tu rasanya macam nilah:

Apabila aku masuk belajar kat Maktab perguruan, aku guna motorsikal yang baik sikit. Maklumlah nak pergi buat praktikum , lagipun elaun RM345 sebulan tak cukup. Semuanya kena berjimat kerana nak jaga motor ni. Orang tua aku beli bagi motor KRISS Modenas, bayar bulan-bulan sehingga aku habis buat diploma. Seronok dapat motor baru dan motor ini aku guna daripada aku posting sampai tahun 2009. Lagu ni lah motor aku yang banyak berjasa kepada tuanya. Dah banyak kali berulang alik dari Klang ke Alor Setar. Dasyat.....tu.Lebih kurang macam nilah..tapi motor aku keluaran pertama modenass.
Pada tahun lepas , aku hantar motor Kriss aku balik kampung. Adik aku nak guna. Bagilah dia guna pula. Dia nak guna motor tu pergi belajar. Ganti tempat aku sebagai tuan baru. Sudahnya aku beli motor baru. Haaa...inilah motor baru aku beli. Setelah diracun oleh seorang kawan, aku pun terpengaruh. SYM 200cc menjadi milikku , aku ni bukan biasa bawa skuter ni. Tapi bila dah bawa , nikmat tak terkata. seronok aku berulang alik ke tempat kerja. Sehari jauh perjalanan tempat kerja 110Km. Penat juga kalau aku naik Kriss aku dulu tu. Haaa...inilah motor yang aku guna sekarang. Harganya murah sahaja. Kalau Tunai RM9200 sahaja. Hutang dalam RM10000 lebih-lebih sahaja. Kelihatan disebelah SYM ada lagi Kriss aku masa tu. Setelah merasa naik motor yang boleh dikatakan laju la juga. Aku mula berminat dalam dunia motorsikal ni. Terasa motor aku dah tidak berapa laju lagi. Jadi aku bercadang nak tukar motor ni la pulak.Kalau dapat Honda CBR 250 ni aku kira dah ok dah. Tapi.....

Aku masih mengidam motor ini sebenarnya, tahun ni aku kena pergi ambil lesen B penuh kalau nak bawa motor ni. Haaa....selepas ni aku sasarkan motor ini pula menggantikan SYM 200 cc aku. Tapi harga dia boleh tahan...sebuah kereta VIVA atau My Vi. Kalau dah minat..apa salahnya kan?
Inilah motorsikal Kawasaki Er6f...11. Kalau nak tahu harganya , klik sini

Saturday, 26 February 2011

HILANG IDEA ATAU HILANG SEMANGAT ?

Melihat tajuk entri saya hari ini , tentu perkara ini pernah berlaku kepada sesiapa sahaja. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai saya kehilangan idea dalam bidang yang cukup saya minati iaitu penulisan sajak. Bermula dari tahun 1996 hinga hari ini minat menulis sentiasa ada. Namun yang menjadi masalahnya , idea menulis semakin hari semakin luntur. Apatah lagi setelah berpindah balik ke utara ini. Saya menulis secara suka-suka dan tidak menganggap saya sebagai seorang penulis yang hebat. Adakah saya seorang penulis di Malaysia ini? Oh jauh panggang dari api! Tapi , jika anda semua ingin lihat hasil penulisan saya dalam Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ) boleh klik sini.
Itulah sebahagian hasil penulisan saya yang tersiar dalam akhbar dan majalah di Malaysia ini.

Tapi semangat menulis dah semakin hilang. Sejak 2010 saya tidak lagi menhantar karya ke mana-mana akhbar atau majalah kerana hilang idea ataupun saya hilang semangat. Mungkin kurang membaca menyebabkan saya semakin malas menulis. Anda pernah alami perkara ini?

Thursday, 17 February 2011

TRIP KE PULAU AMAN

Entri kali ni , aku nak bercerita pasal trip ke Pulau Aman , Pulau Pinang. Baru-baru ni kan ada sebuah drama yang menjadikan Pulau Aman sebagai lokasi pengambaran mereka. Jadi aku nak tunjuklah koleksi aku semasa trip ke Pulau Tioman bersama member-member sepancing.


Sedang menunggu bot ke Pulau Aman . Air surut terpaksa tunggu sampai pukul 10 pagi baru air pasang semula.



Sempat berposing di jeti Bukit Tambun nak ke Pulau Aman.


Bertolak pulang dengan hati yang gumbira walaupun hasil tak lah banyak sangat.



Pergi memancing dapat lah dua tiga ekor ikan. pergi pagi , petang balik lah ke tanah besar. Satu lagi , sesiapa yang berkunjung ke Pulau Aman ni , jangan lupa singgah pekena mee udang..terangkat......

Inilah hasilnya berada di Pulau Aman...pergi siang saja tu...kalau bermalam dah tentu kawan aku ni tak nak balik.


Apa tunggu lagi , sesiapa yang berminat untuk menduga ikan di Pulau Aman ...silakan...anda pasti gembira.

Friday, 4 February 2011

MEMANCING IKAN AIR TAWAR

Melihat entri saya di atas sudah tentu semua tahu salah satu hobi saya adalah memancing. Haa..kat sini saya akan menunjukkan kehebatan memancing walaupun tak lah sehebat orang lain. Saya percaya setiap orang ada hobi masing-masing. Orang kata memancing ni buang masa , buang duit dan buang segala-galanya. Tapi bagi saya dan geng-geng pancing lain tak beranggapan sedemikian. Haaa..ni salah satu kehebatan saya dalam bidang memancing... Gambar ni diambil masa pergi memancing kat Sungai Tandop Chegar Jitra , pada hari raya Cina Kedua. Ikan belida ini cukup cantik , agak-agak pembaca semua berapa kilo ikan belida ini ? Nanti saya bagi tau...kalau nak try pancing kat sini nanti saya bagi tau kat mana lokasinya.
Haaa...yang ni pula ikan-ikan yang terdapat dalam sungai tersebut...


Kalau rasa nak makan ikan pekasam lampam bolehlah hubungi saya. Promosi ikan pekasam la pula. Bukan saya yang buat..tapi ada lah. kalau nak tebgok pekasam tu rupanya lagu ni....


Ikan pekasam ni hanya ada kat Jitra sahaja..kalau nak coba atay try hubungi saya melalui emel lah ya.

Ini pula lokasi-lokasi yang pernah saya cuba menduga ikanya jantan atau betina. Tetapi kadang-kadang pulang hampa... Bawah Jambatan Pulau Pinang yang menenangkan
Ke Pulau Jerjak , Pulau Pinang yang menyeronokkan.


Ada lagi koleksi-koleksi hobi memancing saya ini...hobi ini bermula sejak kecil lagi. bila dah posting ke Pelabuhan Klang , lagi la seronok kerana berdekatan dengan laut. Apa lagi sampai sekarang pun dok memancing. Namun demikian , tak semestinya saya pulang dengan membawa banyak ikan, kena kutuk lagi ada kerna tangan kosong. tak ada rezeki kan. Nak buat lagu mana dak. Moralnya..sabar ke tidak kita ni kalau pancing tak disentuh ikan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online