Wednesday, 15 February 2012

MALAYSIA BOLEH?


Melihat tajuk entri saya kali ini adalah berkaitan dengan sukan. Walaupun boleh dikatakan rakyat Malaysia sangat menggemari sukan ini, namun bolehkah Malaysia menang dalam pertemuan dengan Korea nanti. Kita sedia maklum bahawa negara mengalami kemerosotan bakat dalam permainan badminton. Kehebatan Datuk Li Chong Wei penulis rasa tiada lagi pengganti buat masa sekarang. Dengan Hong Kong pun kita terkial-kial hendak menang, bagaimana pula nanti dengan pasukan yang sepuluh kali lebih baik daripada itu. Justeru, BAM perlu mencari bakat baru dan segera membuat penyelesaian. Usah mengharapkan hanya pemain yang sememangnya kita tahu kemampuan yang tidak seberapa. Jika pihak lain melahirkan pemain berkualiti dan terbaik untuk masa hadapan , bagaimana dengan negara kita. Negara ada pemain terbaik remaja duni , asia dan benua. Tetapi pada umur sebegitu, sepatutnya beliau telah boleh menempatkan diri dalam kalangan sepuluh pemain terbaik dunia. Mungkin pendedahan atau pilih bulu berlaku menyebabkan pemain muda dan berbakat tidak diketengahkan. Apa pun kita tunggu sahaja perkembangan badminton negara yang pada pandangan penulis mengalami kemerosotan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online