PASIR PUTEH – Seorang remaja berusia 15 tahun bertindak di luar
dugaan apabila memandu sebuah bas ekspres yang dicurinya sejauh 45
kilometer sebelum dia diberkas selepas kenderaan itu nyaris merempuh
pagar sebuah wakaf di Jalan Wakaf Tuan Farrer dekat sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila remaja berkenaan dikatakan melarikan bas
tersebut dari sebuah kedai mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota
Bharu pada pukul 9 malam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal
Zainal berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 malam,
bas dipandu suspek telah menghimpit dan nyaris merempuh pagar bulatan
wakaf tersebut.
Sumber: Kosmo
0 Comments:
Post a Comment