Suntikan Tidak Membatalkan Puasa? |
Perkara ini seringkali dilakukan sebelum puasa. Ketika kita belajar dahulu pun, ustaz dan ustazah seringkali mengatakan jangan korek hidung, nanti batal puasa. Jangan korek telinga nanti batal puasa. Sebagai pelajar yang mendengar kata, makanya kita akan membawa pengajaran itu sehinggalah kita dewasa dan belajar lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa. Justeru di sini, penulis ingin ingin memberi beberapa perkara yang kita lakukan tetapi tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan.
1. Ubat titik mata dan telinga , cuci telinga ( earwash )
2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.
3. Memasukkan pessary , ovules ke dalam kemaluan wanita ( vagina ) , cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina, atau memasukkan jari ( oleh doktor/ bidan ) untuk pemeriksaan . Contihnya periksa jalan untuk bersalin.
4. Memasukkan alat urethoroscope ataupun ubatan melalui selarun kencing ataupun irigasi punding kencing.
5. menggerudi, mencabut , mencuci gigi, menggunakan miswak ( kayu sugi ) dengan syarat ia tidak ditelan.
6. Injeksi ( cucuk ) melalui kulit, kedalam otot ( intramuscular), sendi ( intramuscular ), ke dalam pembuluh darah ( intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat
7. Menderma atau menerima darah
8. Menerima oksigen atau gas untuk bius
9. Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
10. Mengambil darah untuk pemeriksaan
11. Memasukkan tiub ( catheter) untuk pemeriksaan
12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur ( endoscopy)untuk pemeriksaan ( diagnostic ) atau rawatan ( intervention)
13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan
14. Pemeriksaan dalam rahim ( Hystereoscopy) atau memasukkan alat dalam rahim ( intrauterine device)
15. Mengambil sel dari hati atau organ orang lain (Biopsy)
16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler ( asma )
17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur ( anoscopes ) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh ( general anaesthesia) jika pesakit mahu berpuasa.
19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis
Rujukan :
IOMS ( Islamic Organization for medical Sciences ), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO , Figh As-Sunnah ( Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah.
Terima kasih kepada sahabat penulis yang bekerja dengan orang yang sakit. Jika tidak memberitahu dan menyebarkan kepada orang ramai, selagi itulah kita akan berpegang kepada kata-kata yang kita buat itu maka terbatalah puasa kita. Sebagai renungan kita bersama setiap kali tibanya Ramadan. Hal ini dalam bidang perubatan, dalam bidang lain kita kena tanya ustaz yang pakar dalam bidang ini.
0 Comments:
Post a Comment