Friday 17 April 2020

Kisah Coronavirus Sebagai Pandemik Paling Bahaya Abad Ini


Dr Li Wenliang Semasa Masih Sihat Dan Muda Lagi


Kita semua tahu bahawa Dr. Li Wenliang mula menyedari sesuatu apabila beliau menangani sejenis penyakit di Wuhan pada Disember 2019. Simptom-simptom penyakit yang ditemui beliau sama seperti penyakit SARS yang pernah melanda China pada tahun 2003. Beliau bersama sahabat sahaabat di hospital berpendapat bahawa penyakit ini perlu ditangani dengan baik kerana wabak ini berjangkit dengan sangat cepat. Dengan memakai alat perlindungan keselamatan, pasukan Dr Li dan pakar hospital berbincang untuk melawan penyakit tersebut. Namun demikian , perkongsian perbincangan mereka telah tersebar melalui media sosial pada Disember 2019.

Perkataan #WuhanSARS telah menjadi viral di China dan lama mikro blog Wiebo menyebabkan rakyat mula panik. Hal ini menyebabkan nama Dr li Wenliang mula menjadi sebutan. Mesej beliau tular menyebabkan kerajaan China risau akan wabak baru ini. Justeru, mesej itu secara automatik ditapis terlebih dahulu oleh keraajaan. Dr Li telah dipanggil oleh pihak kerajaan untuk menerangkan apa yang belaiu ingin sampaikan. Beliau telah dituduh untuk menakut-nakutkan rakyat. Namun beliau tetap memberi penjelasan kepada pihak berkuasa. Dia telah diberi amaran keras dan tindakan akan diambil ke atasnya sekiranya masih lagi menyebarkan berita sebegitu. Jadi, perkongsian beliau telah ditutup dan didiamkan walaupun pada masa yang sama kes jangkitan paru-paru semakin meningkat terutama di Huanan salah satu daerah di Wuhan. 




Perkongsian Dr Li Wenliang Mengenai Coronavirus 

Akibatnya, amaran Dr Li Wenliang menjadi kenyataan. Keraajan China ingin menutup apa yang disampaikan oleh beliau. Namun penyakit ini akhirnya menjadi satu pandemik baru dunia buat masa sekarang. Pandemik ini pada mulanya diberi nama wabak jenis baru 2019-nCov pada Januari 2020.Amaran Dr Li bahawa penyakit ini akan menjadi serius tidak diendahkan kerajaan China. Akhirnya, situasi mula menjadi kucar kacir apabila wabak ini mula merebak. Dr Li wenliang merupakan orang yang pertama dijangkiti kerana beliau mula merawat seorang pesakit coronavirus. Pada 8 ke 9 Januari beliau merawat pesakit, dan 10 Januari beliau telah menampakkan tanda dijangkiti apabila mula batuk -batuk dan demam panas. Beliau cuba bertahan, namum tetap dimasukkan ke hospital untuk rawatan rapi pada 12 Januari. 

Pada 20 Jannuari 2020, kerajaan China mengisyitiharkan 2019-nCov sebagai wabak yang memerlukan proses kuarantin penuh dilakukan. Darurat atau lockdown diumumkan di Wuhan. Dr Li Wenglian akhirnya memberitahu melalui Weibo bahawa beliau telah dijangkiti Coronavirus pada 30 Januari 2020. Maka tercetuslah panik di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia.Apa yang sedih mengenai cerita Dr Li Wengliang ini, beliau sedang menanti kelahiran anak keduanya ketika beliau disahkan positif coronavirus. Beliau tidak lagi takut dikenakan tindakan apabila berterus terang bahawa penaykit ini akan menjadi lebih besar. Aamaran awal beliau tidak diendahkan oleh kerajaan dan beliau sendiri telah menjadi mangsa.



Saat -saat akhir Dr Li Wenliang terlantar di hospital akibat Covid-19.

Akhirnya, pada pukul 2.58 minit pagi waktu China bertarikh 7 Februari 2020, beliau tidak mampu lagi berlawan dengan virus Corona. Beliau menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan coronavirus. Apa yang menghairankan netizen dan rakyat China, beliau dibiarkan terlantar di hospital sedangkan kerajaan China tidak mengambil langkah sewajarnya untuk melawan virus ini. Boleh dikatakan bahawa, virus ini pada awalnya boleh ditangani dengan baik jika pihak kerajaan China mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Dr Li Wengliang. Dan menghairankan kita semua, mengapa kes melibatkan doktor sendiri ditutup dengan sebuah penipuan. 

Rupanya, Coronavorus ini ada keturunanya. Nantikan untuk episod seterusnya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online