Friday 17 April 2020

Thermomix Jadi Viral Masa PKP Sebab Boleh Masak 57000 Resepi


Katannya Berlaku Dua Tahun Lepas di Perth


Sebelum ni tak ramai pun yang ambil tahu pasal mesin masak ini. Tapi apabila diperintah berkurung di rumah atau mematuhi arahan PKP mesin ini menjadi tular. Maklumlah ramai yang sudah menjadi pakar memasak masa zaman wabak covid19 ni. Itulah mesin Thermomix yang kita rasa bukan semua orang mampu memilikinya. Nak tahu berapa harga mesin Jerman ini? Periuk mewah ini dikatakan bernilai RM7188. Nah harganya boleh beli beribu ribu periuk cap buaya???

Baik, bila menjadi tular pasal harga dan 57000 resepinya, makanya adalah viral pasal mesin ajaib ini meletup. Ya lah, nak masak kena sediakan bahan bahan dia. Bukan suka-suka kita oder dari mesin terus boleh makan. Pada Januari tahun 2016 seorag wanita di Perth mengalami luka terbakar tahap dua di dada, lengan dan perutnya selepas Thermomix TM31 meletup, terbuka dengan sendiri ketika dia sedang menyediakan makan malam. Nah, benda manusia yag cipta sudah tentu ada kelemahan di sana sini. 


Revolusi Periuk Supermahal

Wanita yang bernama Danika Jones yang ghairah masak untuk makan malam akhirnya menyaman syarikat pengeluar Thermomix  sebanyak  $4.6 juta pada tahun 2018. Uishhhh bukan sikit tu, banyak . Boleh beli beribu ribu Thermomix. Tapi Thermomix TM31 merupakan generasi lama yang usianya 14 tahun. Gilaaaa...kita baru tahu 2020 ni sedangkan Thermomix ni dilancarkan pada tahun 2004.Nanti kita tengok beza Thermomix 2004 dengan Thermomix 2020. 


Rupanya selepas disiasat, diakatkan Themomix TM31 tak diselenggara. Mak oiiiii...beli periuk dah mahal, kena selenggara lagi. Macam beli penapis air Coway. Kena servis oiii. Kalau tak...berbau airnya nanti. Dikatakan Danika Jones tidak menservis periuk yag dia beli. Makanya, periuk termahal dunia ini tidak ditarik balik di Australia kerana periku ini masih berfungsi dan didapati kes yang berlaku sebelum ini kerana kecuaian tidak menukar rubber seal sperti yang dicadangkan oleh syarikat dan kemungkinan Danika lapar, dia maak melebihi had kuantiti yang dibenarkan. 


Apa pun terpulang kepada anda semua, nak guna periuk super mahal atau cap buaya sahaja. Anda rasa?????????

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online