Alhamdulillah....walaupun sesi persekolahan
terjejas..kerja sekolah atau kerja rumah utuk pelajar dan murid tetap berlaku.
Malaysia di tempat ke-4 penggunaan google classroom musim wabak covid19 ni. Hal
ini menunjukkan bahawa para guru tetap melaksanakan kerja demi pencapaian anak
didik mereka. Ya..kita kena ingat bahawa bukan semua murid dapat akses
internet...tapi guru akan cari jalan untuk memberikan kerja sekolah.
Untuk melahirkan frontliners pada masa hadapan, para
guru dengan gigih menyediakan soalan agar anak didik mereka tidak ketinggalan
dalam pelajaran. Terutamanya pelajar SPM ,STPM. Mereka perlu mengikut silibus
dan betul betul faham untuk menghadapi peperiksaan jalan ke pusat pengajian
tinggi. Justeru, selagi bukan peperangan yang melibatkan huru hara, para guru
sebolehnya akan menghantar tugasan.
Timbul isu, kerja sekolah yang berlambak atau melambak
jadikan ibu bapa tak setuju atau berasa rimas. Ya...kita kena ingat bahawa
bukan semua ibu bapa mempunyai kemudahan akses internet dan juga gajet untuk
pembelajaran. Ada ibu bapa yang hanya ada telefon sahaja..tanpa ada data
internet. Habis bagaimana mereka nak belajar? Ya..para guru bukan memaksa semua
murid atau pelajar menyelesaikan tugasan yg dihantar..saya rasa semua guru
merasai dan sedar semua itu. Bukan atas alasan bodek atau rasa nak tunjuk bila
banyak tugasan yg dihantar...kalau boleh, guru guru jangam terlalu banyak
tugasan yg diberi...jika banyak mata pelajaran..cuba bayangkan...boleh saja
dalam masa wabak ni...bagi tugasan yg minima.Ada anak sampai 5 orang yg
bersekolah...bayangkan mereka akan berebut telefon atau laptop...juga data yg
perlu digunakan...jadi cikgu sebolehnya cari jalan untuk menghantar tugasan.
Kenapa saya kata minima? Belajar ni perlu ada guru di
hadapan...jika tiada guru, sukar untuk murid faham. Kita nak terang dan jelas
amat sukar...bagi ibu bapa yg selama ni tak pernah pun ambik berat pasai
matapelajaran anak pasti sedar betapa belajar perlu ada cikgu. Bagi saya yang
juga guru ni rasa sangat tak berpuas hati..jika hanya menghantar tugasan tanpa
saya menerangkan dengan berhadapan dengan murid. Jika mata pelajaran
Matematik...anak anak perlu guru untuk belajar. Jika tidak...sangat susah.
Cukuplah pandangan saya bagi musim pkp ni. Jangan
anggap kerja atau tugasan yg dihantar sebagai beban...buat setakat mampu. Tak
ada guru yg akan denda pelajar seperti waktu persekolahan dahulu..misanya,
siapa yg tak siap kerja saya..berdiri di luar...tak akan berlaku sebab guru
faham...kita di musim wabak dan bukan semua murid atau pelajar ada akses
internet. Kita tak perlu banyak komplen dalam masa wabak ini...kita jalankan
tugas dengan sebaik yg mungkin. Para guru usah stress...jangan diganggu dengan
kluster Jaafar dan seangakatan denganya..itu segelintir yang tak faham tugas
orang lain..😁..para
ibu bapa pun usah stress...buat setakat yg mampu. Jika musim wabak
berakhir...kita pastikan..anak2 dapat pendidikan yg baik demi masa depan
mereka.
0 Comments:
Post a Comment