Gambar Hiasan |
Laporan yang dimuat dalam Hong Kong Medical Journal menyebutkan, keanehan keadaan lelaki tersebut disebabkan dua kelainan genetik. Ia menderita sindrom Turner, yang biasanya dialami anak perempuan akibat kelainan kromosom.
Sindrom Turner menyebabkan seseorang mengalami perawakan pendek dan juga gangguan kesuburan. Lelaki tersebut mempunyai tinggi 1,37 meter. Ia adalah yatim piatu. Tubuhnya berhenti tumbuh selepas umur baligh dan ia juga diketahui tidak mempunyai testis.
Menurut pasukan doktor, lelaki tersebut memutuskan untuk meneruskan identitinya sebagai lelaki dan akan diberikan suntikan testosteron.
Kelainan genetik lain yang dialami lelaki tersebut adalah kelainan bawaan adrenal hyperplasia, suatu keadaan yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki sehingga ia mempunyai janggut dan zakar yang sangat kecil. Tak heran jika selama ini ia dianggap sebagai lelaki.
"Jika ia tidak mengalami pembesaran kista, mungkin kelainan genetik yang dialaminya tak akan pernah ketahuan," kata pasukan doktor dari dua rumah sakit di Hongkong yang menanganinya.
Doktor menyebutkan, setakat ini dalam kesusasteraan perubatan baru ditemui tujuh kes kelainan genetik seperti yang dialami lelaki tersebut.
Sindrom Turner sendiri dianggarkan dialami satu dari 2.500-3.000 perempuan. Lelaki mempunyai kromosom X dan Y, sedangkan perempuan memiliki sepasang kromosom X. Namun, orang dengan sindrom Turner hanya mempunyai kromosom X atau kehilangan sebahagian kromosom X.
0 Comments:
Post a Comment