Inilah jadinya apabila membuat sesuatu tanpa memikirkan terlebih dahulu kebaikan dan keburukanya. Sudah terang lagi bersuluh , perbuatan yang dilakukan mengundang banyak keburukan, si pelaku sanggup melakukanya juga. Akhirnya diperas ugut dengan aksi-aksi panas yang dilakukan. Tambahan pula, aksi itu dikatakan akan dimuatnaik ke dalam you tube. Takut akan perkara itu, sanggup pula membayarnya, tapi sampai bila?
Kenyataan akhbar Sinar Harian:
BANDARAYA MELAKA - Kenakalan dua lelaki di alam siber mengundang padah
apabila aksi panas mereka digunakan sebagai bahan untuk memeras ugut
mereka.
Dalam kedua-dua kes berkenaan, mangsa berusia 45 dan 18 tahun itu membuat laporan polis minggu lepas selepas mendapati rakaman aksi mereka dimuat naik ke dalam sebuah laman sosial.
Menurut sumber, penuntut berusia 18 tahun itu, telah melakukan aksi panas tersebut semasa sedang bersembang dengan seorang yang dikenalinya menerusi internet.
“Penuntut itu mendakwa beliau diminta membayar sejumlah wang bagi mengelakkan video berkenaan dimuatnaikkan di laman You Tube,” kata sumber.
Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki berusia 45 tahun turut menjadi mangsa aksi nakalnya apabila dia diminta membayar RM1,000 untuk menghalang video separuh bogelnya daripada dimuatnaikkan.
Dia mendakwa telah memasukkan RM100 menerusi kemudahan pemindahan wang antarabangsa di sebuah bank tempatan kepada seseorang di sebuah negara Asian dan memohon supaya diberi sedikit masa untuk menjelaskan bakinya.
Bagaimanapun, apabila mangsa mendapati videonya masih dipadamkan, dia terus mengambil keputusan untuk membuat laporan polis mengenai kes berkenaan.
Sementara itu, Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kes sebegini semakin menjadi-jadi.
Menurutnya, beberapa bulan lalu, satu kes serupa turut berlaku apabila seorang lelaki berusia pertengahan 20an dipaksa membayar RM3,000 oleh seseorang yang dikenalinya menerusi internet bagi mengelakkan gambar bogelnya disebarkan.
0 Comments:
Post a Comment