Wednesday, 26 November 2008

APAKAH SEJARAH



Perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah pengertianya. Ditinjau dari etimologi Kamus Dewan , Sejarah beerti sastera lama , asal usul ( keturunan ) , salasilah , peristiwa benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah riwayat tambo; tawarikh. R.O Winstedt pula , merumuskan perkataan sejarah berasal dari perkataan Arab. Beliau mendifinisikan sejarah itu sebagai salasilah , tawarikh dan babad. Di dalam bahasa asing khususnya di barat , perkataan sejarah disamakan dengan history ( bahasa Inggeris ) yang pada asalnya berasal daripada perkataan Yunani Purba , historia yang bererti penyelidikan. Caldwell menyatakan bahawa perkataan history telah berubah maksudnya menjadi peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu dan juga ingatan yang tercatat tentang masa lalu itu. Dionysius dari Halicarnasus , sejarawan Yunani abad pertama tahun masihi mengatakan bahawa sejarah adalah satu bentuk falsafah yang memberikan pengajaran melalui contohnya. Masudi , sejarwan Islam kurun kesepuluh pula mengatakan bahawa sejarah adalah catatan yang terhimpun tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia merupakan sains yang paling mulia. Ibnu Khaldun pula iaitu sejarawan Islam teragung pada kurun ke-14 antara lain mengatakan bahawa sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masayarakat manusia dan tamadun dunia. Chang Hsueh-Cheng , sejarawan China kurun ke-18 menyebut bahawa sejarah bukan hanya merupakan usaha mengumpulkan dokumen oleh ahli-ahli birokrasi: tidak juga merupakan satu hiburan bagi para sarjana. Manakala R.G Collingwood mengatakan semua sejarah adalah sejarah pemikiran. E.H Carr mengatakan Sejarah adalah satu proses interaksi berterusan di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dan masa lampau. Manakala sejarawan tempatan seperti Shahrom Hussien mengatakan “ daripada pelajaran tawarikh kita dapat menyingkap semula lembaran sejarah darihal kebangkitan kemajuan , kejatuhan dan kemunduran sesuatu bangsa. Ramai antara kita belajar sejarah , tetapi tidak mengetahui istilah sejarah. Justeru , saya memberikan Istilah Sejarah untuk kita sama-sama mempelajari sejarah.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online