Gunung Baling Berbatu Kapur |
Keadaan muka bumi di Baling adalah berbukit dan sekiranya pembaca biasa ke baling akan melihat keindahan bukit bukau di situ. Siapa sangka keadaan seperti itu rupa-rupanya mengundang bahaya gempa bumi. Bukit yang berada di Baling dikatakan bukit batu kapur. Bukit seperti ini, keadaanya tidak stabil dan berongga di dalam. Kajian yang dilakukan oleh pakar mengatakan bahawa apabila hujan, pergerakan bawah tanah menyebabkan kedudukan tanah tidak stabil.Justeru, gempa boleh berlaku. Inilah kali pertama penulis mendengar tentang gempa bumi di negeri Kedah dan di Kupang Baling. Keadaan di Baling sebenarnya seperti di negeri-negeri lain juga. Mungkin bukit bukau yang ada disekeliling pekan Baling menjadikan penyebab gempa melanda Baling. Pihak meteorologi harus membuat kajian agar perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak mustahil, akan berlaku lagi gempa dan berskala lebih besar. Ini semua kerja tuhan dan tidak mustahil akan terjadi.
Kenyataan akhbar berkenaan punca gempa di Kupang Baling adalah disebabkan struktur muka bumi:
ALOR SETAR - Kejadian gempa bumi kecil berukuran 3.8 skala Richter yang
melanda Kupang, Baling hari ini berkemungkinan disebabkan struktur tanah
yang tidak stabil dan kukuh pada dasar bumi.
Pakar Sistem Maklumat Geografi (GIS), Shahrol Niza Omar berkata, kejadian gempa bumi kebiasaannya berlaku apabila terjadi pergerakan mengejut di permukaan bumi.
Menurutnya, apabila berlaku pergerakan atau pergeseran batu dalam tenaga yang tersimpan di dalam bumi, permukaan bumi akan turut bergerak.
Pakar Sistem Maklumat Geografi (GIS), Shahrol Niza Omar berkata, kejadian gempa bumi kebiasaannya berlaku apabila terjadi pergerakan mengejut di permukaan bumi.
Menurutnya, apabila berlaku pergerakan atau pergeseran batu dalam tenaga yang tersimpan di dalam bumi, permukaan bumi akan turut bergerak.
“Kawasan yang dilanda gempa bumi kebiasaannya mempunyai struktur tanah yang tidak stabil dan kukuh.
“Kemungkinan juga mempunyai bongkah batu yang besar. Apabila berlaku hujan, aliran air akan membawa tanah dan air bawah tanah.
“Ini akan menyebabkan ruang berongga seterusnya kedudukan bongkah batu tidak stabil,” katanya pada Sinar Harian, hari ini.
Hari ini, Bernama melaporkan, gempa bumi lemah berukuran 3.8 skala Ricther melanda Kupang, Baling pada 8.26 pagi tadi.
Menurut laporan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berpusat di 11 kilometer Selatan Baling dan gegaran boleh dirasai di sekitarnya
Sementara itu, Shahrol Niza berkata, keadaan fizikal geografi di Kupang, Baling yang mempunyai ‘limestone’ (batu kapur) juga kemungkinan antara penyebab berlaku gempa berskala kecil.
“Ini antara faktor yang tidak boleh ditolak sebagai penyebab berlaku gemba bumi di situ,” katanya lagi.
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif, SRS Geosurv Solution Sdn Bhd berkata, kejadian sama juga boleh berulang pada masa tertentu.
“Tiada amaran gempa bumi dikeluarkan sebab tidak dapat mengesan gegaran yang terlalu kecil. Selalunya, lokasi yang terdedah dengan kejadian seperti ini membabitkan kawasan yang mempunyai batu kapur dan berbukit.
“Kita tidak berupaya untuk menangani perkara ini, namun Jabatan Meteorologi Malaysia boleh membuat kajian untuk mengesan pergerakan di bawah bumi,” katanya.
0 Comments:
Post a Comment