Oleh sebab hari ini hari sabtu maka saya ingin menjelaskan kepada semua pembaca mengenai hari yang sangat bermakna bagi bumi iaitu " Hari Tanpa Beg Plastik". Mungkin pembaca pernah alami seperti saya apabila suara ini kedengaran" minta maaf encik , hari ini hari Sabtu , hari Sabtu hari tanpa beg plastik", oh..begitu , sedangkan dalam hati dah keluar perkataan yang tidak elok. Bayangkan kita beli barang banyak ni, terutamanya stesen minyak...boleh dia suruh kita pegang barang. Nak plastik bawa sendiri katanya. Tanpa banyak bicara , terus pegang barang berbondong-bondong keluar dari stesen minyak itu. Sampai ke kereta sekali lagi kena marah...Ishhh..dah terbakar hati tadi, sekarang pun kena bakar lagi. Masuk kereta " HARI TANPA BEG PLASTIK". Justeru, peringatan kepada semua...jika anda ke pasar raya atau ke mana saja kedai yang mengikut kempen ini, maka bawalah beg plastik anda sendiri. Namun begitu yang tak seronokknya juga berlaku melalui kempen ini.
Pertama , syarikat atau sesebuah organisasi perniagaan dapat menjimatkan wang mereka pada setiap sabtu. Cuba kita bayangkan , berapakah kos yang dapat mereka jimatkan jika kempen ini dilakukan hari-hari. Tutup kilang plastik beg.
Keduanya , saya biasa diminta RM0.20 sen untuk beg plastik di sebuah pasar raya terkenal. Beg plastik yang kita dapat pada hari biasa dijual kepada kita dengan harga sebegitu. Wahhhh....kaya lah mereka macam ni...beg plastik pun dijual dan ada orang yang membelinya. Habis dah lupa kata hari ini hari tanpa beg plastik...justeru kebaikan yang ingin dibuat tapi keburukan mereka jelas dan nyata.
Mungkin ada lagi kelemahan dalam kempen ini yang tidak kena pada saya. Kena kepada anda semua?????

8 Comments:
Try mai Penang, cikgu..hari2 tanpa beg plastik tau..Pasar raya yg besar2 mmg caj 20 utk satu beg plastik..Sbb itulah..dlm beg tangan akak..mesti ada beg plastik..utk kes yg mcm cikgu tu lah..heee..
bosan dgn pelastik..kat rumah sana sini pelastik...memang penat dengan pelastik...
cerita org dulu2....peraih ikan kat kg2 menggunakan dawai besi untuk ...mencucuk ikan bila jual kat pelangan......atau pelangan menyediakan besin sendiri.....sayuran digulung dgn suratkhabar lama kemudian diikat dgn daun pisang......penggunaan pelastik memang zero.......
Kak Pah
Saya selalu lupa kata hari Sabtu hari tanpa beg plastik..kena tiru kak Pah lah macam ni..ataupun saya nak jual beg plastik yang canggih kat depan pasar raya..boleh buat duit tu...hahahaha
En Zul
Zaman saya kecik-kecik dulu...tangkap ikan lepas tu guna batang kayu saja buat cucuk ikan sebab plastik masa tu susah dapat...tapi la ni..depa semua dah tak buat lagu tu...kan senang kalau hidup kita tak dak plastik...
hahaha pahang masih lum amalkan lagi kempen tanpa beg plastik so kalu gi pasaraya tu kompem bertambun bawak beg plastik balik rumah
pernah kena sekali ..huhuhu.....tapi best juga .....^_^
Man
Bukan ke satu Malaysia dah berjalan kempen ini..kalo tak jalan lagi kita jalankan...jangan bawa beg plastik pi pasar raya..bawa beg sekolah hahahahah
Nulia
Baru kena sekali...lepas ni ingat bagi kena dua kali baru syok...hahahahaha
Post a Comment