Saturday, 18 February 2012

Celop atau Celup?


Hari ini penulis ingin memperkatakan tentang perkataan yang sering disebut kini di TV3.. apakah perkataan yang disebut itu Celup atau Celop?. Setelah penulis mencari perkataan itu dalam kamus dewan bahasa dan pustaka , maka penulis sangat kecewa dengan penggiat drama dan filem hari ini yang suka-suka menggunakan perkataan untuk drama dan filem mereka. Jika begini sikap orang kita sendiri dalam menggunakan bahasa yang tidak betul, sudah tentu selepas ini banyak lagi perkataan yang tidak betul digunakan. Penulis bukan anti kepada drama atau filem kita, cuma gunakanlah bahasa yang betul. Sayang sekali, kita ada dewan bahasa dan pustaka ( DBP ) yang kononya mengaudit penggunaan bahasa. Nah...dah terang-terang tajuk yang digunakan tidak ada dalam bahasa kita. Untuk pengetahuan semua mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan celup dan celop. Minta maaf sekali lagi....penggunaan bahasa pasar tidak sesuai dijadikan tajuk drama atau filem. Beginakah caranya orang filem dan drama untuk menjaga dan mendaulatkan bahasa kita.




Perkataan Celop tidak ada dalam kamus yang ada hanya Celopar iaitu bermaksud...banyak cakap, cerewet. Justeru , betulkah tajuk drama tersebut "Apa Celop" digunakan.....

Untuk maksud Celup pula ialah tiruan , palsu , tidak asli ....jadi bagamana orang drama hari ini boleh menggunakan perkataan yang sering digunakan dalam bahasa seharaian atau bahasa pasar. Mungkin lepas ni ada perkataan " apa Citer Der" " lek lu Der" dan sebagainya. Hanya pandangan penulis bagi kita rakyat Malaysia yang demokrasi boleh melakukan apa sahaja.

2 Comments:

tunz said...

skrg nih bahasa standard pon sudah di salah eja..al maklum semua nya fas..hihi..kdg2 mama tunz pon terpengaruh jugak..huhu<<>

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

salah eja tak pa...boleh pebetoi...tapi perkataan pasar digunakan ,habislah bahasa kita nanti....tambah-tambah budak2 sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online