Sunday, 11 June 2017

Jupe Sempat Sadar dan berbual Sebelum Meninggal Dunia



Ayah tiri almarhumah penyanyi dangdut Julia Perez alias Jupe, Sammy, mendedahkan bahawa anak perempuannya sempat sedar dan berbual sebelum menemui ajalnya, Sabtu (10/6/2017), pukul 11.12 WIB.

Ia menambah, Jupe mula sedar usai menjalani pembedahan pencernaan di RSCM, Jakarta Pusat, beberapa hari lalu.


"Sadar, inget orang, berbual. Tapi masih sedikit fly kerana dikasih obat bius," kata Sammy di TPU Pondok Ranggon, Jakarta Timur, Sabtu sore.Jupe juga pada masa itu sudah kembali ke bilik rawat inapnya di bilik VIP RSCM, tepat sehari selepas dibedah dan masuk ruang ICU.


"Doktor kasih bayangan kalau selepas operasi, tindakan, terus masik ICU itu tiga empat hari. Tapi bagi orang yang sihat. Cuma Jupe keadaan lagi sakit, jadi bisa lebih tiga empat hari. Tapi mukjizat Allah satu hari selepas operasi, balik lagi ke bilik. boleh berbual, "kata Sammy.


"Saya malam di rumah sakit, abis sahur pulang. Ada mama dan lain-lain di RS. Ditelepon saya terkejut juga ya, sambil bawa kereta melayang-melyang," tambahnya.


Sammy berkata, perasaan sedih tentu ada. Namun, dia berusaha ikhlas atas pemergian Jupe."Kami berdoa buat Jupe yang terbaik syurga Allah buat Jupe. Sedih, kehilangan ada, tapi di satu sisi juga Allah yang punya ya. 


Yang pasti kami doanya Jupe di surganya Allah ya. Mama kehilangan, tapi kami beri kekuatan. Jupe milik Allah, harus terima dengan lapang dada, "kata Sammy.

Sebelum ini, Jupe menghembuskan nafas terakhir di RSCM, Jakarta Pusat, Sabtu (10/6/2017), pukul 11.12 WIB. Semasa hidup, Jupe menderita kanser serviks stadium empat.


Sumber: Kompas.com

Friday, 9 August 2013

Siri Kes Tembakan Di Malaysia


Kali ini dalam masa sehari dua kes tembakan berlaku. Tambahan pula hari ini merupakan hari raya aidilfitri pertama. Orang sibuk beraya tetapi kes tembakan berlaku setiap hari. Mungkin ada kesinambungan antara satu kes dan satu kes.

Kes Pertama :
IPOH 8 Ogos - Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.
Chang Keong berkata, mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - BERNAMA

Kes Kedua:
GEORGE TOWN 8 Ogos - Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Kong Meng berkata, polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.
Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Kes ke 3

GEORGE TOWN - Seorang 'bouncer' di sebuah pusat hiburan di Jalan Keramat di sini, cedera di paha selepas terkena tembakan dalam kejadian
awal hari ini.

Chong Peng Meng, 43, dari Flat Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersama rakannya ditembak seorang suspek bertopi keledar sejurus tiba di tempat letak kereta pusat hiburan itu pada pukul 12.50 pagi.
"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang turun dari keretanya jenis BMW dan satu das tembakan mengenai paha sebelah kiri mangsa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama di sini.

Gan berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dilapor dalam keadaan stabil manakala rakannya tidak cedera.Siasatan awal polis di tempat kejadian menemukan tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan mendapati satu das tembakan mengenai kereta jenis Perodua Myvi milik orang awam, katanya.
Katanya polis percaya kejadian ada kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap. - Bernama

Monday, 5 August 2013

Jalan Sidam Kiri Ragut 4 Nyawa

Gambar Hiasan

Hari ini jalan yang selalu penulis gunakan untuk ke tempat kerja meragut 4 nyawa. Keempat-empat yang maut adalah wanita manakala seorang kanak-kanak cedera parah. Sebagai pengguna setia jalan tersebut bermula jam 6.15 pagi dan bertolak balik dalam lingkungan 2.30 petang, penulis rasakan pemandu baru yang melalui jalan tersebut harus tahu dimana kita perlu memotong kenderaan. Jalan Sidam Kiri sangat merbahaya kepada pemandu yang baru. Selama enam lima tahun lebih melalui jalan tersebut, penulis sudah melihat dua kemalangan ngeri di hadapan mata penulis sendiri. Justeru kepada pemndau yang ingin pulang berhari raya dan jarang-jarang menggunakan jalan tersebut, berhati-hatilah.

Gambar Hiasan

SUNGAI PETANI 4 Ogos - Empat wanita maut manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri - Sungai Petani di sini pada pukul 5.40 petang ini.Mayat-mayat dan mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini. - UTUSAN ONLINE

Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia



Pelakon terkenal sekitar tahun 1980an telah pergi menghadap ilahi kira-kira 2.30 petang tadi. Allahyarham meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah tulang pada usia 54 tahun. Allahyarham sangat terkanl dalam drama dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita terbaik di Festival Filem Malaysia ke -5. Allahyarham sebelum itu disahkan mengihdap penyakit barah payu dara dan dikatakan penyakit ini merebak sehingga menajdi penyakit barah tulang. Allahyarham pernah berkahwin dengan Iwan Shahman dan dikurniakan dua orang anak. Allahyarham juga terkenal sebagai penerbit untuk drama. Penulis biasa melihat laonan drama-drama Allahyarham dan sememangnya sangat berbakat. Apa pun penyakit yang datang itu adalah ketentuanNya. Lagi 4 hari umat Islam menanti kunjungan Syawal, Allahyarham pergi dahulu dalam bulan penuh keberkatan ini. 


Kenyataan akhbar mengenai Allahyarham Rosnah Mohd Noor ( Utusan Malaysia )
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pelakon tahun 1980-an Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah tulang pada usia 54 tahun di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 2.30 petang tadi. Baca seterusnya .....

Saturday, 27 July 2013

Video Nahas Kereta Api Laju Sepanyol

Sepanyol menumumkan 7 hari berkabung akibat nahas kereta api laju yang dikatakan terburuk pernah berlaku. Setakat ini dikatakan 77 mangsa mati. Cuba kita lihat video ini.

Dasyat Kan.....

Sumber: Berita Harian dan You Tube

Wednesday, 17 July 2013

Cuka Disimbah atau Dimakan?

      
Mangsa Curahan Cuka  Sangat Teruk
       Satu kejadian baru-baru ini menggemparkan kita semua mengenai tindakan seorang suami yang menyimbah cuka kepada isterinya yang dikatakan curang. Jika melihat keadaan isterinya itu, sangat parah dan teruk. Cuka apakah yang digunakan sehingga mendatangkan kecederaaan yang amat teruk sebegitu. Ya, sudah tentu cuka getah yang digunakan. Kalau cuka makan, kejadian ini tidak akan dilaporkan dalam akhbar tempatan. Walaubagaimanapun, kejadian ini mengingatkan kita bahawa , cuka atau  asid yang digunakan senang diperolehi. Kemungkinan kes serupa akan berlaku lagi jika cuka atau asid yang paling murah ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Marah sahaja, curah cuka getah. Mudah bukan? Hilang pertimbangan menyebabkan manusia sanggup lakukan apa sahaja. Kita kena juga melihat mengapa seseorang itu hilang pertimbangan dan kewarasan. 
Cuka Getah Mudah Didapati

           Melihat kepada kes di Bau Sarawak yang berlaku baru-baru ini, akibat cemburu apabila mengetahui isteri mengadakan hubungan dengan warga afrika menyebabkan si suami hilang pertimbangan. Betul atau tidak cerita itu, hanya suami dan isterinya sahaja yang tahu. Melihat keadaan mangsa, sepatutnya kejadian itu tidak berlaku. Kewarasan manusia akan hilang jika dikuasai nafsu dan amarah. Justeru, bagi umat Islam..beristhigfarlah selalu agar terhindar daripada melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kita kerugian nikmay hidup semasa berada di dunia. Baca cetia suami simbah asid atau cuka getah di sini.

Trauma Disimbah Cuka
Ingat, apabila suami marah ambillah cuka makan di rumah. Rasa cuka itu boleh membuatkan anda tersedar daripada kemarahan anda. Cuba tengok.....

Thursday, 11 July 2013

Hari Pertama Ramadan VS Mercun Buatan Sendiri

           

              Hari pertama Ramadan telah menyebabkan dua orang pelajar menjadi mangasa mercun buatan sendiri. Hai....inilah orang kita yang sangat kreatif sehingga hari pertama Ramadan pun sudah bermain mercun. Bukan hari pertama Ramadan sebenarnya, hari Selasa semasa penulis sedang bermesyuarat di tempat kerja kedengaran satu letupan yang kuat. Rupanya pelajar sekolah menengah berhampiran bermain mercun sehingga dikejar polis. Inilah akibatnya jika nasihat orang tidak mahu didengari. 
            Ini cerita dipetik daripada surat khabar sinar harian. Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam.Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka. Nak tahu lebih lanjut...tentang dua pelajar yang dah glmour ni. Baca sinar harian ini.
                  Justeru kepada pembaca sekelian, tidak kiralah anda dewasa atau kanak-kanak, pelajar ka atau sesiapa sahaja. Jangan sesekali mencederakan diri anda dengan letupan mercun.....

Thursday, 5 April 2012

PENOREH DITUDUH ROGOL ANAK


Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merogol anaknya di Tampin, bulan lalu.

Tertuduh berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di depan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak kandungnya yang ketika itu berusia 13 tahun di rumah mereka di sekitar Tampin, kira-kira jam 5.45 pagi, 28 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376B akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor S Elangoran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes pada 15 Mei depan.

Monday, 2 April 2012

SUAMI ORANG LEBIH SERONOK DARI KEKASIH


Inilah yang berlaku apabila remaja perempuan yang masih bersekolah lebih suka memilih suami orang untuk bermadu kasih. Jelas hari ini, suami orang lebih menepati citarasa gadis muda dan remaja perempuan. Sedikit petikan kes ini;

Masalah mengandung bukan serius seperti dulu. Terdapat ubat tertentu yang dijual di kebanyakan klinik dan ia mudah diperoleh, saya juga pernah memakan ubat itu empat bulan lalu,” itu kata seorang pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali sebagai Adik.

Adik mengakui dia menjalin hubungan cinta dengan suami orang berusia 26 tahun sejak setahun lalu.

Menurutnya, teman lelakinya yang mempunyai seorang anak itu bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech.

“Saya rasa lebih terjamin dan selamat sekiranya menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang berbanding rakan sebaya kerana pada saya seorang lelaki bergelar suami merupakan lelaki paling penyayang dan bertanggungjawab,” katanya. Baca lagi

Nah...kalau dah masalah mengandung pun tidak menjadi masalah, apa lagi yang hendak dikata. Suami orang jika asyik melayan...tubuh muda sudah tentu bergoyang imanya. Makanya tepuk dada tanya selera


Sunday, 1 April 2012

TARIAN TIANG RM25


Isu tarian tiang menghangatkan bumi Malaysia baru-baru ini. ramai yang terkejut apabila hanya didenda RM25. Bayangkan , pelajar sekolah rendah pun mampu bayar jumlah seperti itu. dalam khutbah sembahyang Jumaat pun ada disebut tentang perkara ini. Apa sekalipun alasan pihak yang bertanggunggjawab harus memikirkan perkara ini dengan serius. Adakah alasan menteri seperti ini akan diterima orang ramai.

YAN - Hukuman ringan ke atas pesalah kes-kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman itu saja, tetapi pada keperluan memberi kaunseling pada pesalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini. Baca lagi

p/s: pandangan penulis sahaja....pandangan anda?

PONTENG SEKOLAH BUAT MAKSIAT


Tembelang tiga pelajar perempuan tingkatan tiga ponteng pecah apabila mereka ditangkap khalwat bersama dua lelaki di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah dekat Kuala Besut, kelmarin.Semua pelajar berumur 15 tahun sebuah sekolah menengah di sini ditangkap sepasukan anggota Penguat Kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah kira-kira jam 9.15 pagi. Ibubapa ingat anak-anak ke sekolah, tetapi pergi ke solah maksiat. Baru berusia 15 tahun tetapi sudah membuat perkara yang tidak elok. Inilah hasilnya inginkan kejayaan dalam pelajaran , kejayaan dalam ilmu kehidupan terlarang yang dapat. Baca seterusnya

P/s: Nak salahkan siapa? Cikgu , ibu bapa atau pelajar itu sendiri?

Saturday, 31 March 2012

DERITA TERKENA SIHIR


Sihir pastinya ada kerana zaman dahulu hingga sekarang terdapat orang yang menyihir orang lain. Mungkin sifat dengki manusia sukar dibuang sehingga diri menyihir orang lain. Kita tidak perlu rasa hairan kerana muka manusia boleh menutupi hati yang ada. Justeru sihir telah menyebabkan hidup orang lain menderita. “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.Baca seterusnya...

Friday, 23 March 2012

POLIS TRAFIK MAUT DIREMPUH BAS


Inilah risiko yang perlu ditanggung oleh anggota polis trafik apabila bertugas. Seorang anggota polis trafik maut dirempuh sebuah bas.Kpl Ismayuddin Ismail, 50, yang bertugas di Cawangan Trafik di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru Selatan mati di tempat kejadian.Baca seterusnya..

BAYI DITIKAM TETAPI TIDAK MATI


Seorang ibu muda yang melahirkan anak tidak sah taraf menikam bayinya sendiri. Gara-gara malu denagn kelahiran bayai tersebut, ibu muda ini terus menikan anaknya sehingga 11.5 sentimeter. Ibu muda yang bernama Siti itu mengaku bahawa dia tidak mampu membesarkan anaknya lalu tindakan itu diambilnya.Baca seterusnya...

Thursday, 22 March 2012

KERANA BABI


Seorang lelaki meninggal dunia kerana babi. Jika kita marah, sesetengah tempat berkata begini, " Babi sungguh babi ini melintas jalan sehingga lelaki itu meninggal dunia", Mungkin Babi yang dilanggar akan turut berkata begini, " Babi sungguh lelaki ini, naik motor sampai tak tengok aku melintas". Jadi tidak tahu siapa yang bersalah. Penunggang motorsikal yang ingin pulang ke rumahnya di Pantai Remis dari Sitiawan. dalam perjalanan pulang , mangsa dikatakan merempuh sekumpulan babi hutan yang sedang melintas jalan. Pengguna jalan raya membantu mangasa membawanya ke klinik. Namun mangasa meninggal dalam perjalanan. Baca berita penuh kerana babi....

Monday, 19 March 2012

AKIBAT SELUAR DALAM


Hal ini melibatkan seorang wanita yang didenda RM500 kerana merembat seluar dalam dan baju dalam yang berharga RM74.50. Wanita ini tidak mempunyai pekerjaan. Apakah yang menyebabkan dia sanggup mencuri selaur dalam dan pakaian dalam. kadang-kadang terfikir juga kita, mungkin ada sebab tertentu dia melakukanya...kasihan pun ada sedih pun ada. Baca lagi...

Sunday, 18 March 2012

LAKUKAN HUBUNGAN SEKS DEMI MODAL


Kes ini melibatkan pelajar sekolah tingkatan lima di Kulim Kedah. Untuk menggugurkan janin setelah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki, Shasha terpaksa menawarkan dirinya untuk ditiduri beberpa lelaki. Dia akan mengenakan bayaran dan wang itu akan digunakan untuk membeli pil menggugurkan kandungan. Dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara tindakanya itu. Setelah tidak lagi mempercayai lelaki, dia kini melakukan hubungan sejenis, kerana ibu bapanya mempercayai hubunganya dengan perempuan.

Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu.

“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.

“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya.Baca seterusnya...

Saturday, 17 March 2012

WANITA HAMIL DUA BULAN MATI DIKELAR


Sangat sedih membaca kes ini. Sejak akhir-akhir ini kita sering dikejutkan dengan kes bunuh. Baru dua tiga hari lepas seorang pensyarah dan bapanya dibunuh. Hari ini kita dikejutkan dengan ke seorang kerani yang dua bulan mengandung dibunuh.

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani kewangan sebuah syarikat swasta di Ampang ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah pangsapuri di Sungai Besi, di sini petang ini.

Mayat mangsa, Suzila Sabtu, 27, yang hamil dua bulan itu ditemui pada pukul 5.30 petang dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah tersebut oleh seorang lelaki yang merupakan rakan kepada suami wanita itu.

Polis mengesyaki suami wanita berkenaan telah mengelar leher mangsa. – UTUSAN


TOUCH AND TOP UP


Kejadian yang berlaku di Kulim Kedah ini sangat tidak bermoral. Bayangkan untuk tambah nilai kad pra bayar syarikat telekomunikasi , seorang remaja sanggup meyerahkan tubuh untuk disentuh.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, remaja yang berusia 17 tahun itu akan pergi ke kaunter berpura-pura untuk membeli barang sebaliknya menyelak pakaian dan membenarkan pekerja berkenaan meraba buah dadanya.

“Dia juga sanggup melayan nafsu seks pekerja ini di bilik air yang terletak di belakang stesen. Namun, kegiatannya itu dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya. Baca seterusnya...


Biasanya pendidikan yang diterima menyebabkan seseorang itu tahu mana baik dan mana buruk. Mungkin pendidikan agama yang kurang menyebabkan remaja ini sanggup menyelak kain amalah memberi tubuhnya untuk dirasa oleh orang ramai. Sangat sedih kerana remaja hari ini mengejar peperiksaan daripada nilai-nilai murni itu sendiri. Fikir-fikirkan....

Friday, 16 March 2012

KETUA PENGAKAP CABUL DUA PELAJAR?


Hari ini seorang ketua pengakap telah didakwa mencabul dua orang pelajar. Perkara ini berlaku tahun lalu. Berita penuh;

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pengakap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan dua pelajar perempuan tahun lalu.

Ho Lee Fong, 44, dituduh mencabul kehormatan kedua-dua pelajar perempuan itu, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, di sebuah bilik di No 11, Jalan Daun Inai, Sunway SPK, Damansara, di sini pada 4 petang pada Jun 2011.Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Azmil Muntapha Abas membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,OOO dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April untuk sebutan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad, mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Maurice Scully dan Yoh Siang Ting.

Pada 1 Mac, Ho mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya kerana mencabul kehormatan lapan pelajar di bawah jagaannya. - BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online