Taukey peruncitan terbesar di Malaysia Ameer Ali Mydin mencadangkan agar gaji kakitangan awam dipotong 50% atau separuh. Pada awalnya beliau mencadangkan semua tetapi mendapat maklum balas dari beberapa pihak, beliau mengubah ayat kepada yang berpendapatan RM3000 ke atas.
Heboh diperkatakan sehingga sekarang daripada netizen Malaysia terutamanya 1.6 juta kakitangan awam yg selama ini mungkin 90 peratus berbelanja di Mydin. Ramai yg mula keluarkan kenyataan boikot Mydin. Patutnya bos Mydin bagi pandangan yang menyenangkan orang ramai tambahan pula nak sambut Ramadan. Belanja tetap belanja.
Bagi aku orang biasa dan tidaklah pandai sangat bab ekonomi ni ada pandangan aku sendiri. Mungkin sama dengan anda atau sipi sipi. Kalau kata aku tidak setuju sebab aku kakitangan awam, itu terpulang kepada anda. Kalau bukan kakitagan awam pun aku juga tidak setuju. Biasanya untuk waktu macam ni, kerajaan dah berfikir panjang untuk melaksanakan bajet rangsangan ekonomi kepada semua rakyat. 250 juta bukanya sikit. Ini adalah utk kesinambungan ekonomi Malaysia.
Asasnya begini, jika dipotong separuh gaji kakitangan awam, bagaimana mereka hendak berbelanja. Kitaran ekonomi perlukan wang utk berbelanja. Jika wang di tangan tidak ada atau kurang, maka barangan akan menjadi kurang. Kuasa beli rakyat tiada maka pengeluaran utk jualan juga makin kurang pembelinya. Sebab nanti takut golongan yg dipotong gaji akan menyimpan wang mereka kerana mereka tidak tahu apa akan berlaku lagi pada masa hadapan.
Aku ada lah juga belajar ekonomi masa sekolah dulu. Ada diesebut, kalau pengeluaran banyak..tidak ada yg berbelanja makanya tidak bagus utk perkembagan ekonomi kita. Sebagai contoh, kerajaan memberi bantuan dan moratorium untuk menggalakkan rakyat berbelanja, bukan untuk disimpan.kalau kita simpan duit tak belanja bagaimana nanti dgn sektor peruncitan, perladangan dan pelancongan.
Makanya di sini, kerajaan dah habis fikir bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup rakyat. Jika potongan gaji 50% yang rata rata kakitangan awam adalah dlm golongan M40 apa yg ada untuk mereka berbelanja. LPPSA tetap dipotong dan berapa baki yang tinggal.
Sebagai taikun yg mewarisi kekayaan, beliau harus memberi cadangan yang bukan mengguris hati kakitangan awam. Juga tidak melaga-lagakan kakitangan awam dgn swasta kerana masing - masing ada kepentiganya untuk negara.
Jangan pandang masalah setiap orang sama. Dan jangan pandang setiap makanan berbuka puasa di setiap rumah adalah sama. Jika kita tak dapat membantu, usah kita menjadi seperti batu. Dilempar habis kena kepala, tidak kira kakitangan awam atau swasta.
Yang nak boikot atau apa sekalipun terpulang. Duit anda, sikit ka banyak ka..terpulang kepada anda. Hak masing- masing...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
0 Comments:
Post a Comment