Kes Pertama :
IPOH 8 Ogos - Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah
selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman
Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata,
dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam
kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak
mengalami kecederaan.
"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta
mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan
dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita
selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di
sini hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face'
semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat
dikenal pasti buat masa sekarang.
Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian
berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang
saksi berhubung kejadian itu, katanya.
Chang Keong berkata, mangsa yang bukan berasal dari sini sedang
dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. -
BERNAMA
Kes Kedua:
GEORGE TOWN 8 Ogos - Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang
lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di
Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng
berkata, mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW
warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak
oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya
berasal dari Ayer Itam.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Kong Meng berkata, polis
menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.
Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan. - BERNAMA
Kes ke 3
GEORGE TOWN - Seorang 'bouncer' di sebuah pusat hiburan di Jalan Keramat di sini, cedera di paha selepas terkena tembakan dalam kejadian
awal hari ini.
Chong Peng Meng, 43, dari Flat Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersama rakannya ditembak seorang suspek bertopi keledar sejurus tiba di tempat letak kereta pusat hiburan itu pada pukul 12.50 pagi.
"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang turun dari keretanya jenis BMW dan satu das tembakan mengenai paha sebelah kiri mangsa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama di sini.
Gan berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dilapor dalam keadaan stabil manakala rakannya tidak cedera.Siasatan awal polis di tempat kejadian menemukan tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan mendapati satu das tembakan mengenai kereta jenis Perodua Myvi milik orang awam, katanya.
Katanya polis percaya kejadian ada kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap. - Bernama
0 Comments:
Post a Comment