Thursday, 13 February 2020

Simbol Kebiadaban

Alhamdulillah, hasil penulisan  pertama aku yang dapat lolos ke majalah Dewan Sastera Bulan Februari 2020. Sebelum ni dah beberapa kali hasil penulisan aku tersiar dalam mmajalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sebenarnya untuk lolos ke Dewan Sastera sangat sukar tapi aku tak pernah berputus asa untuk menghantar karya kepada Dewan Sastera. Makanya, Simbol Kebiadaban dah menjadi hak Dewan Bahasa Dan Pustaka buat seketika. Untuk membaca majalah Dewan Sastera hanya melalui majalah elektronik sahaja. Pergi ke laman Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kulit Hadapan Majalah Dewan Sastera Februari 2020

Hasil Penulisan aku yang tak seberapa ini.

Monday, 14 February 2011

SEBUAH INGATAN


Hadirmu Muhammad S.A.W

menjadi manusia pilihan

membawa cahaya kebenaran

menerangi ruang minda umatmu

dengan perutusan yang jelas ‘iqra’

tersemat ilmu di dada khalifah bumi

sebagai benteng menentang keangkuhan

gelombang abad, titik perubahan tajdid manusia.


Hadirmu Muhammad S.A.W

menggugah mandiri manusia jahiliah

dengan tindak serta cela bahasa mereka

namun kecekalan hatimu meleburkan

segala ranjau yang melambai di hadapan

jadi pedoman pewarismu mewujud dimensi

aqli yang syumul.


Kulaungkan sirahmu kekasihku

renungan insan yang semakin alpa

sesudah mendaki kemuncak tinggi

lupa mengenali diri dan sunnah agung

lambang kebesaran umat pilihan pencipta

sejak dirimu dilahirkan Ya Rasulullah

kembara perjuanganmu membawa ke akhir zaman.



Kuhampar sirahmu, Ya Rasulullah

sebuah ingatan, keindahan namamu sentiasa digugat

akal hedonisme idelogis-ideologis sekular

yang tidak akan mengaku

sebagai umatmu .


ZABRI ZAINOL ABIDIN

Anjungsena , BPJ s.p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online