Sunday, 21 July 2013

Mencegah Penyakit Jantung Dengan Dua Langkah

 
Serangan Jantung Datang Tiba-tiba
Sehingga saat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih meletakkan penyakit kardiovaskular, seperti jantung koroner, stroke, dan juga tekanan darah tinggi sebagai penyebab kematian nombor satu.

Agar kita boleh terhindar dari penyakit yang terus memakan korban jiwa ini, menjalankan gaya hidup sihat menjadi wajib hukumnya. Salah satu hal yang boleh kita lakukan untuk memastikan organ jantung selalu sihat adalah menjaga kadar tekanan darah dan kolesterol.

Para penyelidik dari Medical University of South Carolina menyelidiki, pesakit-pesakit tekanan darah tinggi yang menurunkan kadar tekanan darah saja atau kadar kolesterol saja, risiko terkena serangan jantung hanya menurun  kepada  20 peratus dan 35 peratus. Berbeza hasilnya jika seorang pesakit hipertensi berusaha menjaga agar kadar tekanan darah dan kolesterolnya tetap normal. Risiko terkena serangan jantung berkurang sehingga  lebih dari 50 peratus.

 Tekanan darah tinggi akan merosakkan lapisan pembuluh darah sehingga kolesterol mudah diserap masuk. Namun, jika menjaga kedua-dua faktor tersebut, anda akan mengehadkan jumlah kolesterol yang boleh masuk sekaligus melindungi kerosakan arteri.Kebanyakan doktor lebih fokus untuk menurunkan kadar kolesterol pesakitnya, padahal tekanan darah juga penting untuk diperiksa secara berkala dan dijaga agar selalu normal.
Jantung Sebagai Organ Terpenting Dalam Tubuh Badan

Menurut kajian yang dimuat dalam jurnal Annals of Internal Medicine, untuk mengetahui kadar tekanan darah yang tepat, diperlukan ukuran sampai dengan enam kali. Kerana itu, selain di ruang doktor, anda juga boleh mengukur tekanan  darah di kedai-kedai ubat atau di rumah jika mempunyai alatnya.

Selain itu, sebaiknya ukur tekanan  darah pada kedua lengan. Menurut Aaron Michelfelder, penyelidik dari Loyola University Stritch School of Medicine, hasil ukuran yang berbeza boleh menjadi gejala penyakit pembuluh darah periferal yang akan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online