Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku mengenai vaksin covid19. Aku antara rakyat Malaysia yang terawal mendapat vaksin selepas frontliners. Ya lah kerja aku ini berhadapan dengan budak. Ramai pula tu, jadi kami diberikan suntikan vaksin lebih awal. Mungkin ramai yang sudah menerima vaksin pada ketika ini. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis jenama vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca dan lain lain digunakan untuk vaksinasi. Aku terima suntikan vaksin pfizer dan sudah selesai untuk dua dos.
Aku terima dos pertama 10.4.2021 |
WHO telah meluluskan semua vaksin yang akan diterima rakyat Malaysia. Harap kita semua akan mendapat vaksin agar langkah mengecilkan serangan covid19 dapat mencapai objektif vaksinasi. Justeru jom, aku nak kongsi pengalaman aku untuk suntikan vaksin pfizer yang aku terima baru-baru ini.
Untuk dos pertama, aku terima pada 10 April 2021 iaitu sebelum puasa Ramadan. Walaupun belum bulan puasa pun aku tetap jaga pemakanan atau dengan kata lain aku diet kalori. Namun, maklumat yang aku terima sebelum cucuk, aku disarankan untuk minum banyak air dan makan isi perut agar perut tidak kosong. Aku ikut langkah tersebut. Apabila sampai di PKD yang ditetapkan, aku kena update dulu Mysejahtera untuk scan kehadiran. Beratur panjang dengan menjaga sop yang telah ditetapkan. Dipanggil nama dan masuk untuk ditanya maklumat tentang kesihatan terlebih dahulu. Aku juga diberikan kaunseling iaitu nak terima suntikan atau tidak. Aku terima sahaja. Seterusnya ke bilik cucuk seramai 9 orang dalam satu kumpulan. Untuk dos pertama, aku tidak rasa apa-apa. Cuma lenguh tangan sahaja. Itu perkara biasa. Aku diasarankan makan panadol selepas itu. Jadi aku pun ikutlah saranan tersebut. Alhamdulillah untuk dos pertama au boleh lagi pergi kerja macam biasa.
Seterusnya pada 1 Mei 2021, aku perlu ke PKD untuk suntikan dos ke 2. Daripada maklumat yang aku dapat. Dos kedua ni lagi kuat daripada dos pertama. Sebetulnya maklumat itu benar. Justeru, aku makan panadol dan makan sahur bagi kenyang. Ya lah, kali ni aku kena suntik bulan puasa. Jadi aku makan panadol siap siap. Kesan dos ke 2 lagi kuat. Kita akan rasa seram sejuk badan macam nak demam. Tapi bila buka puasa aku makan lagi panadol. Makanya, kesan dos ke dua tidaklah menyebabkan aku demam dan tidak pergi kerja. Cuma pesanan aku kepada yang nak terima suntikan pastikan perut kita tidak kosng dan banyak minum air.
Aku terima dos ke dua 1Mei 2021 |
Ada orang kata, kalau dah terima vaksin kenapa makan ubat. Alaaa..vaksin akan kekal dalam badan kita dan katanya tindak balas vaksin akan berlaku dalam tempoh sebulan selepas dos ke 2. Betulah tu, dulu pun kita terima macam macam vaksin masa kecil. Yang aku paling ingat, BCG dan campak. Siapa yang pernah kena campak sekali, tentu badan dia dah ada antibodi yang menyebabkan dia susah nak dijangkiti campak lagi.
Kita ikhtiar saja. Yang pasti, semua daripadaNYA. Janganlah kita yang divaksin ni berjalan ke sana ke sini dan ingat kita kebal. Ya, ada yang divaksin pun masih kena covid19, tetapi peratus teruk daripada orang yang tak terima vaksin kurang lah. Dan, jangan ingat kita kebal maka kita bawa covid19 merata-rata sebab kita telah divaksin. Selagi peratus vaksinasi di Malaysia masih rendah, risiko jangkitan untuk yang belum disuntik sangat tinggi. Justeru, jom kita ramai-ramai terima suntikan vaksinasi tak kiralah apa jenama sekalipun agar covid19 dapat dibendung dan kita dapat kembali lakukan rutin harian seperti dahulu.
0 Comments:
Post a Comment