Baik kali ini aku nak ceritakan kenapa aku nak kurus. Sebenarnya semua orang ingin kurus dan sihat. Bagaimana kita semua boleh berubah bentuk badan apabila semakin meningkat usia. Percaya atau tidak, semasa umur kita dalam lingkungan belasan tahun hingga ke dua puluhan, berat badan kita masih lagi stabil. Ada yang berat badan tidak berubah walaupun meningkat usia. Hal ini kerana metabolisma badan kita dapat membantu mengekalkan berat badan. Namun, berat badan bukan penentu kita sihat atau tidak. Kalau kurus sekalipun, kita tetap akan kena penyakit jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.
Semakin meningkat usia, semakin berat badan bertambah. Jika kita mengkaji semula mengapa berat kita akan meningkat, sudah tentu dari segi pemakanan dan juga senaman yang kita lakukan. Ada orang yang selepas berkahwin akan meningkat berat badan secara mendadak. Kenapa? mungkin hormon dalam badan kita berubah setelah berkahwin. Apa pun demikian, kita sebenarnya masih boleh mengawal kenaikan berat badan dengan menjaga pemakanan dan juga melakukan senaman.
Jika sekarang kita melihat gambar lama sudah tentu kita akan hairan. Mengapa berat badan aku masa remaja tidak sama dengan sekarang. Bagi wanita, perubahan hormon dan metabolisma akan menjadikan mereka semakin membesar. Tambahan pula masa untuk keluarga lebih penting dengan memasak dan tiada masa untuk lakukan senaman. Manakala bagi lelaki, penampilan selepas itu bukan lagi jadi keutamaan. Ya lah, masa remaja perut masih lagi slim tetapi selepas kahwin dan ada anak, perut makin kedepan. Justeru, kita mempunyai pilihan untuk kelihatan macam mana. Apa yang saya lihat pemakanan merupakan faktor utama perubahan bentuk badan. Makanan segera sangat mudah didapati.
Persoalan saya, kurus untuk sihat atau kerana terpaksa? Bagi saya, kurus adalah untuk sihat. Bagi mereka yang berat badan semakin meningkat pasti akan memikirkan cara untuk menurunkan berat badan. Pelbagai usaha dilakukan agar kita semua mendapat berat badan yang didinginkan adalah untuk menjaga kesihatan. Ya, negara kita syurga makanan. Sebab tu kita tidak dapat mengawal naluri untuk makan. Walaubagaimanpun, saya percaya dengan keazaman yang kuat kita pasti dapat kurangkan berat badan. Jom tetapkan dalam minda, aku kurus untuk sihat dan aku kurus kerana terpaksa. Pasti kita berjaya...
Hanya pandangan saja. Mungkin anda ada pandangan yang lain...
0 Comments:
Post a Comment