Sunday, 30 May 2021

Cara Aku Diet Kalori

Kali ini aku nak cerita bagaimana aku diet daripada 95kg ke 79kg hari ini. Mungkin anda semua boleh jadikan panduan atau ubah suai sikit ikut kemampuan.Bagi aku inilah cara yang aku buat selama beberapa bulan untuk dapatkan berat aku sekarang. Caranya, aku gunakan diet kalori cara aku.


Berat aku 95kg ke 100kg ( 24.5 2020 ) baju raya warna hijau PKP 1.0 dan 13.5.2021 raya aidilfitri berat aku 79kg lebih kuranglah sebab sebulan puasa pun aku tak minum air manis. Dan gambar di bawah ini zaman aku tidak pernah rasa nak turunkan atau kurangkan berat badan. Sehingga aku pernah sakit dada atau cepat penat. 



Jadi aku nekad nak kurangkan berat badan selepas itu. Aku berjaya kurangkan berat badan sama seperti sekarang melalui diet atkins. Tapi tak tahan lama sebab selepas fasa 2 aku makan seperti biasa sehinggakan aku tak jaga kalori yang aku makan. Senaman juga tak buat, maka berat aku kembali ke asal dengan cepat sekali.So, jom tengok cara aku buat diet kalori pula macam mana. Kalau boleh ikut silakan atau anda semua ubahsuai. 

Aku guna apps  samsung health untuk diet kalori ini. Mula sekali aku akan timbang berat dan ukur ketinggian. Isikan dalam apps samsung health. Nanti kita akan diberitahu berapa kalori yang badan kita perlu sehari. Kalau tak ada, search saja dalam internet. Boleh kira jumlah kalori untuk kita lakukan diet kalori ini. Banyak apps yang ada. Pilih saja. Aku sebab dah ada apss samsung. Aku guna saja apps dia.

Berat aku 95kg 1 November 2020


Berat aku 79.8kg 30.5.2021


Jadi aku nekad macam mana sekalipun aku kena turunkan berat badan. Cari maklumat, akhirnya aku nak cuba pula diet kalori. Diet ni bukan tak makan langsung ya. Boleh makan, tapi kena kalori yang kita ambil berapa. 


Selain jaga kalori dalam makanan yang kita ambil, aku jaga lakukan senaman. Tu kat atas contoh senaman aku lakukan selama seminggu. Sebanyak 6039 kalori aku bakar dalam 11 sesi yang aku rekod melalui apps samsung health. Ada kala aku walking atau joging. Apps akan rekod berapa jauh dan banyak mana kalori kita bakar. Anda jangan lakukan workout berlebihan, ikut kemampuan. Seeloknya tengok berapa kalori yang kita ambil dan berapa yang perlu kita bakar kalori tersebut. 

Bab makan, aku hanya tidak minum air manis sahaja. Yang lain aku bedal tapi dalam portion yang sedikit sahaja. Kadang-kadang, seminggu sekali minta wife aku masak yang paling sedap sebab minggu tu aku nak cheat day. Makan sepuas hati, tapi bila kita dah buat diet kalori ni, kita cepat kenyang sebenarnya. Ingat...air manis tidak langsung dibenarkan. Tidur dan rehat yang cukup.

Aku selalu makan ini kalau naik Hiway.



Selalu aku makan buger jika naik hiway. Buger Ramly..so kena tahulah berapa kalori burger tersebut.Lepas tu joging atau walking untuk bakar kalori. Tak susah pun sebenarnya, cuma kena tahan nafsu sajalah...

Ni salah satu rekod aku workout untuk bakar kalori. Paling kurang kayuh basikal dalam rumah hahaha



Misi aku bukan setakat 79kg sebab kalau ikut BMI aku masih dalam kategori obes. So, aku kena turunkan lagi sampai 75kg walaupun bukan berat ideal hahahahaha...aku masih perlu diet lagi. Alhamdulillah size baju dah boleh M dan L dari XL dan XXL. Manakala seluar aku biasa size 42 dan big size..kini dah boleh size 36 ke 38.Moga cerita aku ini jadi inspirasi buat anda yang masih cuba untuk turunkan berat badan anda. Jika ada pertanyaan silakan..atau kita boleh berkongsi pendapat. nanti aku ceritakan bagaimana aku cari maklumat mengenai kalori bagi setiap makanan dan minuman. Jom.. kurus untuk sihat.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online