Friday, 21 May 2021

Mangga Harumanis Perlis VS Mangga Guimaras Flilipina

 Di negara kita, buah mangga yang paling terkenal tentulah harumanis. Tentu semua rakyat Malaysia pasti kenal dan tahu dari mana buah harumanis datang. Jika nak dapatkan buah harumanis kita kena ke Perlis. Bukan tempat lain tak ada, tapi buah mangga ini sememangnya menjadi hak milik negeri Perlis. Tambahan pula harumanis ada musimnya. Sudah tentu penggemar buah mangga tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan buah mangga bila tiba musimnya walaupun mahal. 


Namun begitu, jiran negara kita juga mempunyai buah mangga yang dikatakan paling manis di dunia. Mangga Guimaras keluaran negara Filipina menjadi buah mangga yang dilindingi trade marknya. Makanya, kita tak boleh sewenang-senangnya nak klaim buah mangga Guimaras kita yang punya.Sama seperti Perlis di Malaysia, buah mangga Guimaras ini keluaranya di wilayah Guimaras Filipina. Kawasan ini dikatakan pengeluar buah mangga terbesar di Filipina. Kerajaan Filipina mengeluarkan akta berkaitan buah mangga keluaran negara mereka. Jika hendak tahu, kerajaan kawasan Guimaras tidak benarkan buah dari luar atau benih mangga luar dibawa masuk ke dalam kawasan mereka. Betapa kerajaan Filipina menjaga kualiti buah mangga kebanggaan mereka. 




Paling best, wilayah Guimaras akan adakan pesta mangga untuk semua rakyat merasa keenakan buah mangga mereka. Selama 2 minggu festival diadakan dinamakan Manggahan Festival. Alangkah bestnya kalau kerajaan negeri Perlis juga dapat adakan festival Harumanis selama dua minggu atau sebulan untuk semua lapisan rakyat dapat merasai buah mangga kebanggaan kita. 



Jom..cari buah mangga Guimaras...



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online