Baik..kali ini aku akan ceritakan bagaimana aku melakukan diet kalori sehingga berat aku 96kg ke 80kg dalam masa lebih kurang 3 bulan. Apa-apa sekalipun yang kita lakukan pasti ada kejayaan sekiranya kita tekad dan istiqmah. Untuk melakukan diet kalori ini, pastikan anda semua mempunyai apps tentang kesihatan dalam telefon anda. Aku hanya menggunakan samsung health untuk merekodkan diet kalori yang dilakukan. Kita perlu rajin mencari maklumat berkaitan kalori makanan yang kita ambil. Ok..pada mulanya aku menggunakan suplimen yang ada di pasaran sekarang. Macam-macam yang aku cuba, tak kiralah jenama apa sekalipun. Itu hanya sebagai eksperimen aku sahaja.
Berat 95kg |
Tapi..still kalori makanan tambahan itu sama seperti sepinggan nasi. Ya..aku akui daripada suplimen itulah aku bermula untuk menurunkan berat badan. Melalui apps samsung health aku mengira berapa kalori yang aku perlukan sehari. Berapa yang aku perlu reduce kalori sehari. Timbang berat dan ketinggian kita, apps akan memberitahu kita berapa kalori yang kita perlukan untuk sehari. Semakin lama semakin sikit kalori yang perlu kita ambil. Dan akan menjadi kebiasaan kita untuk mengetahui setiap kaori yang ada dalam makanan kita. Langkah yang aku lakukan. Ini cara aku..mungkin cara anda berbeza. Yang penting kita dapat kurang berat badan.
Berat badan 95kg atau 99kg |
Wanita yang aktif berusia 26 hingga 50 tahun memerlukan 2000 kalori setiap hari untuk kekal dengan berat badan terkini. Jadi untuk mengurangkan berat badan, seseorang wanita perlu mengawal kalori dengan hanya mengambil makanan yang mempunyai 1500 kalori setiap hari.
Manakala bagi seorang lelaki aktif berusia 26 hingga 50 tahun memerlukan sekuran-kuranya 2500 kalori sehari. Jadi untuk mengurangkan berat bada, kita perlu mengurangkan 500 kalori sehari dan disarankan mengambil hanya 2000 kalori sehari. Cara ini akan dapat mengurangkan berat anda maksimum 1kg seminggu. Nampak terlalu ekstrim, tetapi kita boleh melakukan secara perlahan-lahan. Jangan terlampau drastik.
1. Aku tinggalkan nasi buat seketika. Setelah lebih seminggu, baru aku makan nasi mengikut kalori yang diperlukan oleh badan.
2. Aku gantikan nasi dengan sayur-sayuran dan juga sup. Makanan yang di ambil aku kira kalori, tidak kiralah sebiji karipap pun. Jadi. pastikan anda kira kalori yang perlu anda ambil sehari tidak memlebihi had yang badan kita perlukan.
3. Aku tinggalkan air manis seperti teh tarik, nescafe tarik dan air berkarbonat. Jika ambik teh o pastikan gula hanya sedikit atau tidak ada gula langsung. Kalori bagi air yang kita minum boleh dicari dalam pelbagai media. Jika tak salah aku, kalori bagi teh ais atau teh o ais hanya 60 kalori sahaja.
4. Aku mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu melancarkan proses penghadaman. Pakar diet menyarankan kita mengambil nasi pada waktu tengah hari sahaja. Jika aku mengambil burger MC D atau burger Ramly, nahhh...tinggi kalorinya. Maka aku akan kurangkan makan sehingga kalori yang diperlukan badan mencukupi. Hanya minum air kosong kerana air kosong tiada kalori.
Setelah 2 bulan aku diet kalori |
5. Aktiviti ini sangat penting..aku melakukan senaman untuk membakar kalori. Selama 3 bulan aku melakukan diet kalori ini, aku melakukan senaman paling kurang seminggu 3 kali. Bagaimana aku tahu berapa jumlah kalori yang dibakar. Senang saja..dalam apps samsung health ada beberapa senaman yang boleh menunjukkan berapa kalori yang kita bakar. Sebagai contoh, aku akan melakukan kayh basikal dalam rumah sahaja selama sejam atau sejam lebih. Paling kurang 500 kalori akan terbakar. atau aku melakukan aktiviti berjalan dalam 6000 langkah sehari juga dapat membakar kalori. Jika aku melancong ke mana-mana tempat, pasti aku mencari trek joging untuk membakar lemak. Paling kurang sehari aku akan membakar lemak lebih pada 1000 kalori. Ini aku lakukan secara konsisten. Dan..sememangnya berat badan akan turun dengan cepat.
Badan rasa ringan dan size baju bertukar |
Berat 79kg Size Baju pun dah M |
Kurang berat badan bukan sahaja untuk penampilan diri sebenarnya. Tapi untuk jaga kesihatan kita juga. Kita akan dapat rasakan sesuatu yang lain jika berat badan kita dapat dikurangkan.
Setakat ini dahulu perkongsian aku, bagaimana aku dapat kurangkan berat badan daripada 95kg atau 96kg ke 80kg dan sekarang aku berusaha untuk turunkan berat badan aku ke 75kg. Siapa kata aku tak makan nasi kandar, kari kepala ikan. Aku tetap makan tetapi bukan hari-hari sebab aku akan kira kalori yang aku ambil dan petang aku akan joging atau laukan work out untuk bakar semula kalori yang di ambil Baiklah..nanti aku akan tunjukkan data selama mana aku kurangkan berat badan aku melalui apps samsung health yang aku rekodkan data penurunan berat aku. Ada hari naik dan ada hari turun...dan lama-lama berat akan turun. Badan kita bukan sahaja berat lemak tetapi berat air.
Makan untuk sihat, kesihatan jangan lupa. Adiosss.....
0 Comments:
Post a Comment