Sekarang panas dengan isu Orang Rohingya. Baik sebelum aku ulas lebih jauh, jom kita kenal serba sedikit mengenai Orang Rohingya ini.
Sejarah orang Rohingya ni diatakan bermula dari awal kurun ke-7 di negeri Arakan ( Rakhine ). Mereka ini beragama Islam dan memiliki persamaan fizikal bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan iaitu orang Benggali. Semasa pemerintahan empayar Mughal orang Rohingya dikatakan berasal dri keturunan Arab, Parsi dan Pashtun.
Bagaimana permulaan Orang Rohingya ini menjadi pelarian. Pada zaman awal orang Rohingya masih baik dengan junta Myammar, terdapat pemimpin mereka menjadi setiausaha poitik kerajaan U Nu dan dilantik menteri kesihatan. Ramai lagi sebenarnya orang Rohingya dilantik dalam kabinet U Nu. Di Myamnar ada134 etnik, antaranya Karen, Chin dan Mon. Namun Rohingya tidak diitiraf seagai etnik kerana mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 sewaktu perang etnik.
Siapakah U Nu? Beliau merupakan tokoh utama Burma atau negarawan. Beliau merupakan perdana menteri Burma yg pertama dari tahun 1948 hingga 1962. Maksudnya 3 kali dilantik menjadi Perdana Menteri Burma.
Semasa di bawah pemerintahan U Nu. Orang Rohingya masih lagi diterima. Tetapi sejak 1978 Amnesty International menyatakan bahawa orang Rohingya berterusan menderita akibat pencabulan hak asasi manusia oleh Junta Tentera Myanmar. Dianggarkan 200 000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. Hal ini kerana Junta Myanmar melancarkan operasi 'Nagamin' atau raja naga.
Nagamin bermaksud pemeriksaan secara ketat dgn menanda individu yang tinggal dlm negeri tersebut dan menyasarkan orang Rohingya untuk dirogol,dibunuh serta penindasan agama secara besar-besaran. Maka selepas itu bermulalah orang Rohingya mencari suaka di beberapa negara Asean.
Pada tahun 1991-92 seramai 250 000 melarikan diri ke Bangladesh kesan daripada Operasi King Dragon. Mereka mencari perlindungan di Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah orang Rohingya dihantar pulang ke Myanmar. Sesetengah lagi berada dalam buangan di Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, UAE , Thaiand ,Malaysia dan Indonesia.
Bermula 2005 UNHCR mula membantu pulang orang Rohingya ke Burma. Tetapi tidak diterima oleh rejim Burma. Memgapa rejim Burma tidak menerima Orang Rohingya??
Myanmar tidak mengiktiraf etni Rohingya yang berketurunan Benggali kerana mereka memasuki negara itu pada kurun ke-19 semasa pemerintahan British. Menurut perlembagaan Myanmar hanya keturunan Benggali yang tinggal di negara Myanmar swbwlum kemerdekaan dripada Britain pada 1948 serta anak mereka dianggap sebagai warganegara. BERMAKSUD di sini bahawa terdapat Orang juga orang Rohingya yg mendapat kerakyatan Myanmar. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas merdeka diangap sebagai pendatang asing. Sedangkan pelarian yg berada di Bangladesh dan negara -negara asean lain merupakan penduduk asal Arakan. Cuma depa ni lari dari mempertahankan tanah air sendiri.
Hari ini, dianggarkan 800 000 orang yang bersedia untuk masuk ke negara pilihan seperti Malaysia. Kenapa?? Sebab Malaysia ni makmur dan mudah menerima kemasukan mereka. Proses asimilasi yg diharapkan berlaku oleh puak Rohingya ini mampu membolehkan mereka menuntut Malaysia bertanggungjawab. Tapi, Malaysia dan beberapa buah negara Asean lain tidak pernah menandatangani perjanjian penerimaan mereka.
Namun begitu, kemasukkan mereka ke Malaysia nampaknya semakin tidak terkawal. Sentimen politik dan sentimen agama juga sentimen air mata, menyebabkan Malaysia mudah menerima mereka. Akhirnya, kesedaran mulai timbul apabila tingkah laku orang Rohingya sngat jelik.
Kita tunggu dan lihat apakah langkah yg akan diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi mengekang kemasukkan Etnik Rohingya secara beramai ramai ke Malaysia.
Sebenarnya kalau nak karang kisah Rohingya panjang. Cukuplah kita kenal serba sedikit sejarah mereka. Point dia, depa ni lari dari perang ke Bangladesh dan bila balik ke Arakan..kerajaan Myanmar telah anggap mereka sebagai pendatang asing. Hidup tanpa negara dan tanpa kad pegenalan. Apa kata anda tentang Orang Rohingya ini.
* sumber Wikipedia
0 Comments:
Post a Comment