Saturday 25 April 2020

Kuih Buah Melaka Popular Bila Tibanya Ramadan




Kuih ni bila bulan puasa saja dia kembali popular. Memang jadi menu wajib bagi setiap orang di Malaysia. Sebenarnya kita tau tak sejarah Kuih Buah Melaka ini. Walaupun nama dia buah Melaka, tapi rasa rasa bukan kat Melaka saja yang makan.

Kuih buah melaka ni sebenarnya nama dia kuih onde-onde. Diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut,manisan,kelapa muda parut,garam air dan daun pandan.




Buah Melaka ni sangat popular di Malaysia. Ada negeri yang panggil onde onde. Di Indonesia ia dikenali sebagai "klepon". Di Brunei dikenali sebagai " kuih pacit".

Tau asal usul buah melaka atau onde-onde ni. Diramalkan berasal dari Jawa kerana ada tercatat dalam jurnal perubatan Hindia Belanda semasa penjajahan kongsi dagang Belanda di Indonesia.




Tapi, mungkin sudah ada di Malaysia awal awal dulu. Cuma nama saja berbeza. Apa pun, bulan puasa ni tak kena buah Melaka, memang tak sah.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online