Perkahwinan adalah satu sunnah yang sangat dituntut dalam Islam. Bagi pasangan yang dah sampai seru atau masanya, maka eloklah pasangan tersebut berkhawin. Masalahnya, ketika waktu PKP atau perintah kawalan pergerakan, semua bentuk perhimpunan kegaaman dihentikan termasuk akad nikah. Makanya, pasangan boleh menunda perkahwinan atau akad nikah ke tarikh yang lain. Namun negitu, masih ada yang mahu melangsungkan akad nikah sewaktu tempoh PKP ni. Lalu terjadilah kali pertama dalam sejarah Malaysia perkhawinan online walaupun masih berada di tanah air akibat wabak.
kahwin dalam bahasa mudahnya bererti nikah. Hukum nikah pada asalnya merupakan suatu sunnah yang berat di mana dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari).
Kisah Perkahwinan Online Kali Pertama di Malaysia.
Pasangan Pengantin Pertama Di Malaysia Akad Nikah Secara Online Di Rumah Masing-Masing
Semalam tular di sosial media mengenai berita Pasangan Pengantin Pertama Di Malaysia Akad Nikah Secara Online Di Rumah Masing-Masing
Tanggal 18 April 2020 merupakan detik yang bersejarah buat pasangan mempelai Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif selepas mereka diijabkabulkan dalam pernikahan secara atas talian (online).
Lebih menarik perhatian ramai adalah mereka merupakan pasangan pengantin pertama di Malaysia yang melalui fasa pernikahan ini disebabkan sekatan pergerakan akibat pandemik C0v1d-19.
Menerusi laporan yang dipetik daripada Alhijrah Online, majlis pernikahan pasangan pengantin ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di rumahnya di Setiawangsa.
Tulisan Ustaz Abu Syafiq
1- Akad nikah secara online yang seperti dilakukan dalam video itu adalah batil kerana terdapat unsur gharar yang jelas ketika majlis tersebut. Ia perlu dilakukan semula dengan cara wakil pun memadai kerana mazhab 4 mengharuskan wakil yang sah pada Ijab dan Qabul dalam akad Nikah.
2- Agama Islam adalah mudah dan tidak susah sehingga terpaksa buat video akad yang tersangkut-sangkut ketika akad. Kejahilan pemimpin yang memimpin agama juga sangat menjijikkan dan menyusahkan serta menampakkan Islam seolah agama yang main2.
3- Perkahwinan akad nikah bila pasangan saling berjauhan dibenarkan oleh Islam dengan pengantin lelaki atau wali perempuan mewakilkan untuk Qabul atau Ijab kepada wakil yang sah dengan cara yang sangat mudah.
4- Nabi Shollahu’alaihi wasallam mewakilkan Saidina Amru bin Umayyah untuk Qabul akad nikah Saidatuna Ummu Habibah ketika dia di Habsyah. Saiduna Abu Rofi’ juga diwakilkan Nabi Muhammad untuk qabul akad nikah Baginda keatas Saidatuna Maimunah ketika berada dikawasan berlainan.
5- Sistem akad secara wakil ini adalah diyakini halal terutama apabila timbul 1su kesulitan bertemu dua pihak mempelai disisi Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi. Ia lebih Aslam. Jauh dari syubhah bahkan dilakukan oleh Baginda Nabi sendiri untuk memberi panduan kepada kita. Manakala akad nikah online seperti tersebar itu kebanyakkan ulama melarangnya. Mengapa tinggalkan yang yakin, pilih pula yang syubhah.
Kerana itu kita pesan banyak kali. Bila Wahhabi kuasai kepimpinan agama Islam maka lebih celaru dari cerah.
Rata-rata warga maya terkejut dengan kenyataan Ustaz Abu Syafiq
Kita tidak sangat memahami tentang perkara ini. Kita serahkan pada yang pakar. Ada pula yang mempertikaikan, bagaimana pula dengan penceraian?? Bila lafaz bukan sahaja melalui lidah, jika text melalui telefon atau perakam suara pun jatuhlah talak. Islam adalah agama yang memudahkan umatnya. Tapi kita tak semestinya ambil mudah semua perkara.
****Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
******Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
0 Comments:
Post a Comment