Biasanya apabila tiba musim cuti persekolahan atau cuti perayaan, warga kota terutamanya akan mencari lokasi atau tempat yang menarik untuk bercuti bersama keluarga. Nah, kali ini penulis ingin menceritakan serba sedikit mengenai tempat yang menarik boleh dikunjungi apabila bercuti. Pulau Aman terletak dalam negeri Pulau Pinang. Nak ke tempat ini mudah sahaja, keluar sahaja tol Bukit Tambun. Lalu nampak Stadium Batu Kawan tu dah dekat nak sampai dah ke Pulau Aman. Kalau nak tau lebih lanjut lagi cari sahaja dalam internet ni. Penulis nak tunjukkan tempat menarik sahaja dan apa yang boleh kita buat kat sana. Pasti aktiviti santai bersama keluarga dan memancing menjadi tujuan utama kita ke sana nanti.
Keadaan Tenang Dilihat Dari Chalet Penulis . |
Sesiapa yang mengunjungi Pulau Aman pasti akan melihat Chalet ini terapung bila air pasang. Chalet ini sesuai untuk aktiviti memancing. Pasti seronok memancing di sini.
Pemandangan Di Jeti Batu Musang Sebelum Naik Bot ke Pulau Aman. |
Kemudahan parkir kereta terdapat di sini. Anda tidak perlu risau kerana penulis sendiri meninggalkan kereta selama 2 hari di sebelah tanah besar. Terdapat kemudahan penjaga parkir dan kita perlu membayar untuk urusan ini.
Jika ke Pulau Aman pasti anda akan mencari restoran terapung ini. |
Mi udang Pulau Aman pasti menggamit mereka yang menggemari makanan ini. Penulis juga tidak melepaskan peluang untuk merasai mi udang ini. Boleh tahan dan terpulang kepada cita rasa masing-masing. tapi yang pasti, anda semua jika ke sini, sila lah mencubanya.
Ini lah Mi Udang Pulau Aman. |
Ini merupakan salah satu aktiviti yang boleh kita lakukan di Pulau Aman. Penulis sangat teruja apabila dapat bersama kawan-kawan mengadakan aktiviti ini.
Barbeku di Tepi pantai. |
Untuk aktiviti ini, kedai-kedai yang terdapat di Pulau Aman menyediakan
alatanya. Kita hanya perlu sediakan wang sahaja. Arang dan ikan, sotong
dan juga sosej boleh dibeli atau kita bawa sendiri dari tanah besar.
Keadaan apabila air pasang. |
Justeru, kepada mereka yang inigin melihat dan merasai suasana berada di pulau, anda boleh datang ke Pulau Aman. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang penulis tidak paparkan dalam blog ini.Selamat bercuti
Jambatan Ke 2 Pulau Pinang Dapat Dilihat dari Chalet. |
0 Comments:
Post a Comment