Monday, 28 September 2015

Makan Sayur Pun Boleh Gemuk


Sayuran Ini Boleh Menambahkan Berat Badan.
Biasanya kita akan mengambil sayur-sayuran kerana makanan seimbang perlunya sayur-sayuran, Namun begitu, mengikut kajian yang dijalankan oleh Harvard School of Public Health mengambil beberapa jenis sayuran akan menjadikan anda gemuk. bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, pastikan anda mengelakkn daripada mengambil sayuran ini. Manakala bagi mereka yang kurus kering dan ingin memiliki badan yang sedikit berisi, carilah sayuran ini dan jadikan menu diet anda. 


Mengikut kajian yang dilakukan terhadap 130 ribu koresponden di Amerika, setelah mengambil sayuran ini selama empat tahun. Hasilnya, sayuran ini dengan cepat dapat membantu meningkatkan berat badan. Sayuran yang dimaksudkan ialah, kentang kerana kentang sangat tinggi karbohidratnya. Selain itu, jagung manis dan kacang pol juga mempunyai kesan yang sama dengan kentang. Justeru, bagi mereka yang sedang mengamalkan diet menurunkan berat badan, perlu mengelakkan makan sayuran ini. Manakala mereka yang ingin menambah berat badan, bolehlah makan kentang selalu. 


Para penyelidik seperti biasa tidak menghadkan pemakanan kentang bagi mereka yang berada di negara eropah atau negara barat. Mereka mengesyorkan seperti kita yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji dengan mengambil kentang atau sayuran tersebut hanya segenggam sahaja. Malahan sayuran tersebut boleh dicampurkan dengan makanan lain yang boleh membakar lemak. Bagi mereka yang gemarkan kentang dan ingin menambah berat badan, silalah menjadikan kentang sebagai menu utama selain nasi. Penulis gemarkan ubi keledek yang banyak ditanam di negara kita. Khasiat keledek sama seperti kentang. Goreng ubi keledek sangat sedap. Cubalah gantikan kentang dengan ubi keledek pula.

Ubi  Keledek Boleh Digantikan Dengan Kentang.

Sebenarnya  sayuran yang paling rapat untuk menurunkan berat badan anda ialah brokoli dan kobis. Selain itu, amalkan minum air lemon atau perahan lemon yang semestinya membantu anda dalam menyelesaikan malasah berat dan dan juga penyakit. Cubalah turunkan berat badan untuk sihat dan menambahkan berat badan untuk sihat juga.
#andasihatdankuat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online