Friday, 15 August 2014

Suami dilarang Egois, Biarkanlah Isteri Orgasme Duluan

Agar isteri mempunyai peluang lebih besar mencapai orgasme, ada beberapa langkah dan stategi yang boleh ditempuh. Prinsip lady firstharus diberi keutamaan. Biarkan wanita orgasme duluan.

Tanda-tanda wanita orgasme, memang tidak sejelas lelaki, iaitu dengan berejakulasi. Orgasme wanita boleh diketahui dari gejala-gejala fizikal, yang dapat dilihat pada masa berkaitan. Adanya kontraksi di beberapa otot tubuh seperti di kelamin, punggung, lengan, wajah, dan kaki. Penguncupan dan kejang di kawasan faraj, dapat dirasakan langsung oleh suami. Kemudian wajah kemerahan, nafas perlahan, dan denyut jantung yang semakin meningkat.

Membiarkan wanita orgasme duluan boleh dicapai jika komunikasi terjalin dengan baik, sehingga tercipta keterbukaan di antara pasangan suami-isteri. Komunikasikan hal-hal yang kira-kira boleh dinikmati kedua belah pihak. Jika tak pernah ada kejutan, sensasi bercinta menjadi menurun dan boleh menimbulkan kebosanan.

Proses mencari letak G-spot, selain akan mendapatkan sensasi berbeza, isteri juga akan merasa, bahawa suaminya telah berusaha lebih untuk memuaskannya. Lakukan foreplay yang cukup. Tak perlu buru-buru. Ideal, foreplay dilakukan sekitar 10 - 20 minit dengan cara berbeza-beza.

Dari hasil penyelidikan, hanya 34 peratus wanita yang boleh meraih orgasme dengan penetrasi. Walaupun sekitar 12 peratus wanita tidak dapat merasakan kenikmatan orgasme selama hidupnya. Penyelidikan lain menunjukkan, kira-kira 65 peratus wanita yang melakukan masturbasi berjaya meraih orgasmenya. Sebanyak 50 peratus wanita di dunia mengaku memalsukan orgasmenya. "Kira-kira 95 peratus wanita, berjaya meraih orgasmenya saat dirangsang klitorisnya," jelas seorang psikoseksual Dr. Petra Boynton dalam bukunya The Ultimate Guide to Great Sex.

Tingkatkan komunikasi antara suami-isteri, terutama komunikasi seksual. Agar kualiti hubungan seksual menjadi semakin meningkat. Sekali lagi, prinsip lady first harus diutamakan. Biarkan wanita orgasme duluan. Artinya, tidak perlu bergantung waktu. Kalau misalnya isteri sudah boleh meraih orgasme dalam dua minit, suami dalam tiga minit, ini bererti suami telah melaksanakan prinsip lady first dengan benar.

Rasa bimbang dan cemas perlu dikikis habis. Semakin percaya diri, semakin baik pula prestasi seksnya, dan akan lebih gampang untuk mengawal ejakulasi. Pelajari dan terapkan semua gaya dan posisi bercinta. Variasikan dalam setiap melakukan hubungan seksual. Sensasi dahsyat akan diperolehi dan kemungkinan besar pasangan akan mendapatkan orgasme.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online