IPOH: Dua lelaki yang ditemui dengan keadaan kedua tangan dan kaki
diikat sebelum disumbat dalam bonet sebuah kereta di Hentian
Rawat&Rehat Alor Pongsu, Kerian, arah selatan, petang semalam
disyaki diculik sebelum dibunuh.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Ting Liong Chin, 28, dari Sabah dan
Seu Hong Chee, 19, dari Tangkak, Johor disahkan maut akibat sesak nafas
dan leher dijerut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim,
berkata, polis masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan
kedua mangsa itu berkaitan dengan laporan penculikan dua lelaki yang
dilaporkan hilang di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Rabu lalu.
Sumber: Harian Metrro
0 Comments:
Post a Comment