Bogota: Seorang lelaki dari selatan Colombia
terpaksa membenarkan kemaluannya dipotong selepas dia didakwa menelan
dos Viagra secara berlebihan bagi mengambil hati teman wanitanya.
Lelaki berusia 66 tahun dari Gigante itu memberitahu akhbar tempatan,
dia dengan sengaja menelan ubat itu secara berlebihan. Dia kemudian
dikatakan mengalami ereksi selama beberapa hari sebelum dipaksa
mendapatkan nasihat doktor. Menurut laman berita Colombia Reports, ubat
perangsang seksual itu menyebabkan lelaki yang didakwa peladang dan
juga ahli politik itu mendapat tanda-tanda gangren.
Apabila dia mendapatkan bantuan perubatan, doktor di Gigante merujuknya ke pusat perubatan di Neiva dan petugas perubatan di sana menyatakan saraf di kemaluannya mengalami regangan.
Dia diberitahu satu-satunya pilihan yang ada ialah kemaluannya perlu
dipotong agar regangan saraf itu tidak merebak ke bahagian lain
tubuhnya. Seorang doktor memberitahu akhbar La Nacion: “Buah zakar dan
kemaluan pesakit lebam dan dia kini masih dirawat.”
Ekoran kejadian itu, hospital di Neiva memberi amaran kepada lelaki terbabit agar tidak menggunakan ubat perangsang seks tanpa preskripsi doktor.
Sementara itu, awal minggu ini seorang lelaki Yaman mati selepas mengambil Viagra secara berlebihan ketika bersedia untuk tidur bersama isteri barunya pada hari pertama perkahwinan mereka.
Lelaki berusia 25 tahun itu menelan lima pil Viagra sekali gus hingga
membunuhnya, lapor akhbar harian berbahasa Arab Okaz Al Youm. - Agensi
Sumber : Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment