Jika kita melakukan kesalahan, eloklah kita memohon maaf. Itulah yang dilakukan oleh isteri Mat Yo apabila dia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia juga menyatakan sebab-sebab berlakunya situasi tersebut. Meminta orang ramai tidak mengeluarkan spekulasi mengenai kejadian tersebut kerana dia menjadi mangsa pihak tertentu yang memuatnaik video tersebut. Apa pun bagi kes ini adalah disebabkan kata-kata yang dikeluarkan oleh isteri Mat Yo. Jika perkataan dikeluarkan itu bersesuaian makanya orang ramai tidaklah marah sangat. Harap, perkara ini diselesaikan dengan baik.
Kenyataan akhbar:
Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa
motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan
kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video
berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. Baca seterusnya.......
0 Comments:
Post a Comment