Tokyo: Seorang suri rumah memukul suaminya
yang berusia 70 tahun hingga mati dengan koleh kopi selepas mendapat
tahu lelaki itu bermain kayu tiga.
Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, wanita berusia 61 tahun itu
menyerang pasangannya selepas mendapat tahu lelaki terbabit mempunyai
hubungan sulit, memukulnya berulang kali di muka dan kepala dengan koleh
di kediaman mereka di barat daya Tokyo tengah hari kelmarin.
Yasuo Hirose, yang juga profesor kehormat di Universiti Kebangsaan
Yokohama dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal
dunia.
“Dia ada hubungan sulit dengan wanita yang saya benci,” kata Emiko Hirose kepada polis.
“Dia ada hubungan sulit dengan wanita yang saya benci,” kata Emiko Hirose kepada polis.
“Saya berang dan memukulnya lebih 10 kali dengan koleh,” katanya.
Emiko kemudian ditahan atas tuduhan membunuh tanpa niat. - AFP
0 Comments:
Post a Comment