Tuesday, 27 August 2013

Lari Berbogel Kerana Takut


Sekumpulan gadis tukang urut di Klang sanggup lari dalam keadaan bogel kerana takut ditangkap pihak berkuasa. Mereka dipercayai warga asing yang melakukan kerja-kerja mengurut lelaki-lelaki tempatan. Urutan istimewa akan diberi jika diberi tips atau upah yang lebih. Justeru, pihak berkuasa harus memantau keadaan ini yang semakin membimbangkan. Dahulu, perkara ini dilakukan secara tertutup dan senyap-senyap sahaja. Tetapi sekarang sudah biasa dan penduduk tempatan pun dah alah bisa tegal biasa.

Kenyataan akhbar berkaitan tajuk:

SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online