Kuala Lumpur: Keasyikan sekumpulan tonto yang
diupah mengawasi satu medan selera di Jinjang Selatan, di sini, yang
menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) menyaksikan wanita warga
China membuat persembahan mengghairahkan menyebabkan mereka tidak
menyedari kehadiran pihak berkuasa membuat serbuan, kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.45 malam itu, 15 wanita warga China, lapan
wanita warga Indonesia, dua wanita warga Myanmar dan seorang lelaki
warga China ditahan Jabatan Imigresen Putrajaya kerana menyalahgunakan
permit kerja, tinggal lebih tempoh selain tidak mempunyai dokumen
lengkap Timbalan Penolong Pengarah I (Penguatkuasaan) Jabatan
Imigresen Putrajaya, Abdul Malik Bujang berkata, serbuan berkenaan
berdasarkan aduan orang ramai mengenai kegiatan pengusaha medan selera
itu yang menyediakan khidmat GRO warga asing.
“Ketika serbuan, sekumpulan GRO warga China berpakaian seksi sedang membuat persembahan di atas pentas. “Mereka cuba lari sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, namun
masing-masing gagal melepaskan diri berikutan premis itu sudah
dikepung,” katanya.
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment