Sifat yang ditunjukkan lelaki ini agak pelik, namun itulah yang berlaku apabila dia sanggup memotong tanganya sendiri akibat ketagihan mencuri. Caranya dengan meletakkan tanganya di atas rel kereta api. Dia lakukan begitu kerana tidak mahu lagi terlibat dengan kecurian. Ingin menebus dosa yang dilakukan sejak kecil sehingga tabiat itu tidak dapat dibuang. Justeru, kepada mereka yang cuba berhenti dan tidak boleh berhrnti, apa kata ikut cara lelaki ini dengan meletakkan tangan ke atas rel kereta api. Ada berani..?
Kenyataan akhbar metro.com:
Kaherah: Seorang lelaki Mesir mengudungkan
tangannya dengan meletakkan anggota tubuhnya itu pada landasan ketika
sebuah kereta api meluncur laju.
Ali Afifi, 28, berbuat demikian semata-mata untuk menghukum dirinya
dan menghentikan ketagihan mencuri serta mengelak daripada menderita
dalam kehidupan seharian kerana tabiatnya itu dan juga mengelak hukuman
di akhirat.
Ali berkata, tabiat mencurinya bermula sejak muda lagi, apabila dia mencuri bekalan rakan sekolahnya. Dia kemudian mencuri barangan di kedai dan apabila dewasa, dia mula mencuri telefon bimbit serta barangan kemas.
Menurutnya, dia menggunakan wang hasil curinya itu kepada kanak-kanak dan keluarga miskin.
Bagaimanapun, dia gagal mengatasi tabiatnya itu dan akhirnya mengambil keputusan mengudungkan kedua-dua tangannya itu sebagai cara mengakhiri ketagihannya.
Ali berkata, dia kini bercita-cita untuk membantu penduduk di bandar tempat dia tinggal dan membina pusat belia. Dia juga bercadang bekahwin tetapi tidak yakin ada wanita Mesir yang mahu menerimanya kerana kisah lampaunya. - Agensi
1 Comment:
jordan 13
off white
air jordan
moncler
supreme
a bathing ape
hermes handbags
pg 1
moncler jackets
russell westbrook shoes
Post a Comment