Thursday, 30 April 2020

Peminjam Pilih Moratorium Tidak Perlu Buat Permohonan - BNM



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberikan kuasa undang-undang ke atas moratorium.

"Peminjam akan dinasihatkan oleh bank mengenai beberapa langkah ringkas seterusnya bagi melakukannya," katanya.

BNM berkata, moratorium bertujuan untuk memudahkan aliran tunai peminjam yang terkesan oleh pandemik COVID-19.

Tegasnya, seperti pengumuman pada 25 Mac lalu, peminjam dinasihatkan bahawa faedah atau keuntungan akan terus terakru ke atas bayaran tertunggak dan mereka perlu menimbangkannya sebelum mahu mengambil moratorium.

"Pelanggan yang tidak mahu mengambil moratorium boleh berbuat demikian dengan memaklumkan bank masing-masing," katanya.

Sumber: Berita Harian


Baik aku nak ulas sikit saja,

Boleh la tngok slip gaji belah kanan 6 bulan banyak sikit...kena belanja tau sebab pkp ni kerajaan nak kita berbelanja bukan simpan. Dah tangguh bayar 6 bulan. Lepas tu bayar la balik...bukan bulan 10 ni bayar dua kali. Agak agak laaa....nuuuu tambah lagi 6 bulan. Mokalu kata kita habih bayar patutnya bulan 6 tahun depan..lajak p la sampai bulan 12. Dah lajak sampai bulan 12...ada la caj ka apa ka...kalau bayaran berkadar tetap...tak tau la pula. Dah nama pun tangguh dan bayar balik...kena laa bayaq balik..mau tangguh tak bayaq balik bank nak dpt untung kot mana. Ramai sangat kot yg dok lompat bintang awai sangat ni....

Mgkn hat masalah yg tak boleh bekerja dalam masa pkp ni...nak nak lagi depa bukan kerja tetap dan bayar bulan bulan bukan potongan gaji..yang ni kot yg rasanya ada sikit kegusaran. Walau macam mana pun pinjaman kena bayar...tambah ka..caj sebab lambat bayar ka itu biasa...apa pun kita dgar dulu penjelasan bank. Baru nak rasa duit banyak dah jadi macam ni....๐Ÿ˜‚

Banyak laaa....nanti bulan tambah lagi naaaaa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Kadar faedah pun tambah laaa...dah kita yg nak...๐Ÿ˜

Disclaimer: Hanya pandangan aku saja. Bukan dari mana mana pakar kewangan atau pegawai persatuan bank.


2 Comments:

idrissradden said...

Why sports betting is so popular in the USA
Betting is septcasino one ๋ฉ”์ด์ € ๋ฐ”์นด๋ผ ์‚ฌ์ดํŠธ of the main ways sports betting has spread. When you put money 1xbet korean into your ๋ฐ”์นด๋ผ ์‚ฌ์ดํŠธ pocket, you get to ํ† ํ†  ์‚ฌ์ดํŠธ ์ถ”์ฒœ put that

Eliza Eats said...

Great readiing your blog post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online