SUBANG JAYA - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir
terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja
pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di
sini petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua,
dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa,
Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan
tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.
"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pe motongan elektrik
di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki
bertanya mengapa potong elektrik.
"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku
pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua
bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya
ketika dihubungi.
Kata Ah Chua, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya dan
diberi rawatan awal sebelum di hantar ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar
untuk pembedahan.
Sehubungan itu, Ah Chua mengesahkan, dua suspek yang berusia 33 dan 45 tahun kini ditahan untuk tindakan lanjut.Kes di siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan
sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau cara-cara
yang merbahaya. - KOSMO!
0 Comments:
Post a Comment