Sunday, 4 August 2013

Namewee Budak Tidak Tahu Sejarah?



Itulah kenyataan menteri kita , Datuk Mohamed Nazri Aziz selepas budak itu memuatnaik video terbaru yang mencetuskan kontroversi. Benarkah dia tidak tahu sejarah. Sedangkan sejarah merupakan mata pelajaran yang perlu diambil semasa PMR dan juga SPM. Mungkin penulis salah sebab budak ni dia belajar kat Taiwan iaitu negara yang sangat dekat di hatinya. Apapun, lagu yang dimuatnaik itu septutnya tidak berlaku. Jika dia tahu menghormati hak orang lain, sudah tentu orang lain hormat hak dia. Ramai lagi bangsa lain yang tahu menghormati hak orang lain. Kalau dia nak kita hasilkan lagu yang mencerca bangsanya dan bangsa lain, boleh saja kerana orang Melayu Malaysia pun hebat-hebat dalam mencerca dan memaki orang lain.

Dia ni mungkin budak yang inginkan perhatian. Justeru cara dia menarik perhatian orang lain dengan membuat kontroversi sebegini. Jangan ingat orang Melayu suka berdiam diri apabila bangsanya diherdik dan dicerca. Ada satu kes yang melibatkan bangsa dia mencerca bangsa lain, tetapi bangsa yang dicerca tidak mahu menimbulkan kontroversi sebab bangsa yang dihina itu mungkin sedar tindakan marah menyebabkan perkara yang tidak elok keluar daripada mulut seseorang. Tetapi tidak kepada bangsa dia ini. Penulis tidak marah kepadanya, tetapi marah kepada sistem pendidikan kita yang tidak melentur buluh daripada rebungnya. Makanya terhasil generasi yang suka memaki dan mencerca sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi. Penulis sedikitpun tidak akan menonton filem arahanya, beri free cd nya pun penulis akan buang sahaja. Orang seperti ini perlu belajar berada dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Kenyataan oleh Menteri.
PADANG RENGAS 3 Ogos - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.
Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.

"Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.

"Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Namewee dalam video terbarunya berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF. Baca lagi.....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online