Sunday, 4 August 2013

Jumaat Yang Terakhir Dalam Ramadan


Semalam merupakan Jumaat yang terakhir dalam Ramadan, belum tentu lagi tahun hadapan kita akan bertemu Ramadan lagi. Mendengar khutbah Jumaat dalam bulan Ramadan  yang terakhir, membuatkan penulis rasa tercari-cari sifat diri yang perlu ada dalam menunaikan rukun Islam tersebut.

Sebagai umat Islam, melakukan amalan yang terbaik dalam bulan ramadan merupakan satu impian semua orang. Menunaikan solat terawih, kiamulail, dan bertadarus al -Quran merupakan nilai tambah yang perlu ada semasa bulan Ramadan. Namun begitu, adakah kita melaksanakan amalan-amalan tersebut. Kesemua ini tidak hanya dilakukan dalam bulan Ramadan sahaja. Harap semua ini akan berterusan dalam bulan-bulan seterusnya. 

Minggu terakhir ini adalah minggu yang paling sibuk bagi umat Islam menyambut kedatangan bulan Syawal. Tidak salah menanti-nantikan bulan Syawal, tetapi seperti melupakan bulan penuh keberkatan ini. Apa yang penting sebagai umat Islam jangan lupa mengeluarkan Zakat Fitrah. Jika kita terlupa mengeluarkan Zakat fitrah ini, makanya kita akan menyesal seumur hidup kerana zakat Fitrah hanya ada dalam bulan ini sahaja. 

Jumaat yang terakhir ini sungguh mendamaikan. Harapan agar kita akan bertemu lagi dengan Jumaat pada tahun hadapan dalam bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan.

2 Comments:

Unknown said...

sedih ye ramadan sampai ke penghujungnya...

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Sedih...tapi kena lepasknya pergi jua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online